Isu kemasukan dua orang pemain ini seolah-olah telah terjawab apabila sumber TRW melaporkan tiada kemasukan pemain ini ke dalam skuad TRW musim 2011.Harapan penyokong setia TRW untuk melihat Safiq Rahim dan Badrol Bakhtiar beraksi bersama skuad TRW mungkin boleh dilupakan.Mungkin ramai yang akan kecewa dengan keputusan ini kerana kedua-dua pemain ini merupakan antara pemain berkualiti yang dimiliki dalam Liga Malaysia yang dilihat mampu memberi kesan positif jika menyertai TRW.
![]() |
Nicholas Chan pemain berusia 19 tahun |
![]() |
Beraksi bersama West Ham United |
Namun,desas-desus terbaru dilaporkan bahawa seorang pemain rakyat Malaysia berbangsa cina yang beraksi bersama dengan kelab di luar negara bakal menyertai skuad TRW musim depan.Pemain berbangsa cina ini dikatakan bermain di posisi pertahanan .Sejauh manakah kesahihan mengenai desas-desus tersebut semuanya hanya ada pada kotak fikiran TSAM yang merencanakan kekuatan TRW.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan