Kalaulah saya menjadi pemimpin saya, Dato' Seri Najib, saya akan buat begini: Saya akan buat sidang media. Dan berkata - "Saya maafkan sahaja Adam Adli. Dia bukannya buat apa-apa. Turunkan bendera wajah saya, tetapi kemudiannya dia naikkan semula. No big deal. Tak payahlah nak pukul-pukul, sampai nak bunuh. Buat apa? Tindakan mahasiswa, maka kita kena matang menanganinya. Apatah lagi, tiada pun undang-undang yang menyatakan salah turunkan bendera. Ini hanya melibatkan adab dan sopan sahaja." Sah-sah rakyat akan lebih sayang Dato' Seri Najib kalau dia cool buat begitu.
Tetapi nampaknya tidak. Membiarkan saudara-saudari saya di bawahnya berkeliaran melakukan kezaliman terhadap Adam Adli. Jauh lebih biadab, menganggu keluarganya, mengugut bunuh dan sebagainya. Buat gambar yang tidak senonoh, menuduhnya gay, dan sebagainya.
Jika begitu, oleh kerana ini isu 'adab dan sopan', saya suka juga mahu claim tindakan yang kencing pada banner bergambarkan Tuan Guru Hadi dan Tuk Guru Nik Aziz. Kencing sudah satu hal. Cuci balik tak? Merngapa isu itu tidak digembar-gemburkan? Saya boleh terima 'ketidak matangan' Adam Adli. Nak hukum dia? Boleh. Hukum yang setimpal(setimpal dengan turun bendera la Semestinya pukul, bunuh, bukan dari kalangan 'setimpal').
Tetapi saya tidak boleh terima ketidakmatangan ayah-ayah dan ibu-ibu saya dalam 'menangani masalah Adam Adli'. Dan kalau nak hukum sangat, bagi adil. Adam Adli boleh kena, mengapa tidak kenakan kepada orang-orang yang menyokong Kerajaan saya hari ini, yang turut tidak beradab dalam banyak hal juga (tanpa menafikan, ada juga yang beradab.)? ------------------------------
Credit to Berita Universiti (Hilal Asyraf)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan