Ramai di antara kita merungut yang pelajar perlukan hiburan untuk melepaskan tekanan. Namun, kita tidak sedar hiburan yang salah dipilih akan mengundang kemurkaan Allah SWT. Dan akan membawa kepada lebih banyak perkara yang tidak seharusnya berlaku. Lalu, timbul perspektif bahawa Islam mengongkong manusia untuk berhibur. Hakikatnya, Islam bukan sahaja membenarkan hiburan, malah menyediakan panduan yang teratur untuk kita berhibur.
Sesungguh Allah itu cantik, dan Dia suka kepada yang cantik dan indah.
Hiburan itu indah. Hiburan itu cantik. Jika betul cara dan gayanya, hiburan bukan sahaja dapat melepaskan tekanan, ia juga dapat menjadi satu ibadah kepada Allah. Sekaligus kita akan mendapat pakej 2 dalam 1. Sebaliknya, jika salah memilih hiburan, lahirlah generasi hedonisme.
Hiburan dan nyanyian yang harus dalam Islam adalah sesuatu yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia, menghibur dan memberikan ketenangan kepada jiwa di samping mematuhi adab-adab Islam. Ini menuntut kesedaran yang tinggi dari setiap Muslim supaya membentuk hiburan tersendiri dan terpisah daripada pengaruh jahat. Sebarang percubaan untuk menghanyutkan umat Islam ke arah kemaksiatan, kemudharatan dan kefasikan mestilah dihalang sesuai dengan penetapan dan susur galur Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
Dalam menjawab isu seni tarian, maka lebih baik dikemukakan fatwa al-Azhar:
1. Pergerakan dan permainan perempuan yang terbuka kepada khalayak boleh menimbulkan fitnah dan hukumnya haram.
2. Perempuan haram menari walaupun dengan suaminya sendiri dikhalayak ramai dan termasuk didalam kumpulan yang melakukan dosa.
3. Keadaan seperti ini adalah satu perkara yang tidak boleh dipertikaikan lagi dan tidak memerlukan kepada dalil yang jelas bahkan ia boleh difikirkan secara akal sahaja.
4. Sesiapa yang meredhai perbuatan tersebut samada hadir ataupun tidak maka ia adalah maksiat.
Oleh itu, Biro Kebudayaan Islam SAHAM telah menggariskan beberapa panduan tentang hiburan sebagai rujukan setiap warga di Universiti Malaysia Pahang:
1.Hendaklah dipastikan muzik / lagu / skrip / tema yang tidak melalaikan dan membawa ke arah bertentangan dengan aqidah seperti menyalahi syariat Allah SWT, meragui hari kiamat dan pembalasan dosa pahala juga tiada unsur memuja atau taksub kepada wanita.
2- Suatu persembahan yang dijalankan hendaklah tidak berlebih-lebihan sehingga hak-hak Allah dan kewajipan yang lain terabai seperti menunaikan ibadah, hak mencari dan memberi nafkah, menuntut ilmu dan sebagainya. Maka apabila berlaku sedemikian, ia adalah dikategorikan sebagai sia-sia. Oleh itu, ia hendaklah dijauhi berdasarkan firman Allah s.w.t. dalam surah al-Qasas ayat 55 :
وإذا سمعوا اللغو اعرضوا عنه
:Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia (lagha), mereka berpaling daripadanya.."
3- Hendaklah dipastikan tiada percampuran di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa sekatan dan had hingga membawa kepada bersentuhan antara lelaki wanita ajnabi, tiada majlis tari-menari, tidak berlakunya lakonan-lakonan liar dan seumpamanya.
3- Hendaklah dipastikan tiada percampuran di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa sekatan dan had hingga membawa kepada bersentuhan antara lelaki wanita ajnabi, tiada majlis tari-menari, tidak berlakunya lakonan-lakonan liar dan seumpamanya.
4- Orang yang melakukan persembahan tersebut hendaklah dari kalangan lelaki jika penontonya adalah lelaki dan wanita manakala jika persembahan itu tertutup dan semua yang berkait dengannya adalah wanita maka dibolehkan persembahan tersebut dari kalangan wanita. Ini adalah bagi mengelak segala fitnah dan punca kerosakan dari suara wanita dan pergerakan manja dan mengghairahkan.
Rasulullah SAW juga bersabda :
عن أبي مالك الأشعري قال، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ليشربن الناس من امتي الخمر يسمونها بغير اسمها يعزف على رؤوسهم بالمعازف والمغنيات يخسف الله بعم الارض ويجعل منهم القردة والخنازير.Daripada Abu Malik al-Asy'ari daripada Nabi saw bersabda; Sesungguhnya sebahagian daripada umatku akan meminum arak dan menamakannya dengan bukan nama asalnya dan dialunkan muzik kepada mereka dan dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi perempuan. Allah akan membenamkan mereka ke dalam perut bumi dan Allah akan menjadikan mereka kera dan khinzir.~hadis riwayat ibnu majah~
5- Penyanyi, pembuat persembahan dan penonton yang hadir hendaklah menjaga auratnya, tidak melakukan gerak badan yang memberahikan, sekalipun lagu dan senikata yang disampaikan adalah baik, dalam keadaan ini ianya tetap menjadi haram.
Sabda Nabi s.a.w. :
إن من أهل النار نساء كاسيات عاريات مائلات مميلات لا يدخلن الجنة ولا يجدن ريحها
Sebahagian dari penghuni neraka ialah perempuan yang memakai pakaian yang solah telanjang, pakaian yang sesat dan menyesatkan. Mereka tidak masuk ke syurga dan tidak mencium baunya. ~hadis riwayat Muslim~
Islam mengharamkan menampakkan susuh tubuh dibahagian dada dan pinggul,maka terlebih teruk dari itu apabila disertai dengan pergerakan yang gemalai dan membawa kepada fitnah.
Islam mengharamkan menampakkan susuh tubuh dibahagian dada dan pinggul,maka terlebih teruk dari itu apabila disertai dengan pergerakan yang gemalai dan membawa kepada fitnah.
Sekian, wasalam.
Abdul Muin Abdul Manan
AJK Exco Kepimpinan dan Latihan Sahabat Masjid (SAHAM),
Universiti Malaysia Pahang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan