Isnin, 11 Julai 2011

PASCA HIMPUNAN BERSIH 2.0

Adakah jumlah begini dikatakan 6000 orang sahaja?
Tanggal 9 Julai 2011 sejarah telah tercipta di negara kita apabila rakyat yang mahukan keadilan bangkit mengadakan himpunan bagi menyuarakan suara mereka terhadap ketidak puasan hati mereka .Tanpa mengira umur,bangsa,dan agama mereka bergabung dalam menuntut satu ketulusan dan keadilan dalam pilihanraya.Perhimpunan Bersih 2.0 ini yang difatwakan secara membabi buta oleh golongan yang takut kepada keadilan menyatakan Bersih 2.0 satu pertubuhan HARAM.Di sini suka bagi saya ingin menjelaskan bahawa Bersih 2.0 bukan sebuah pertubuhan tetapi satu kempen yang menuntut keadilan dalam sistem pilihanraya di Malaysia ini.

Sedarlah ini adalah suara rakyat !!!
Jika Bersih 2.0 yang merupakan satu kempen dalam menuntut keadilan perlu didaftarkan,mengapa kempen 1 Malaysia tidak turut didaftarkan?.Hal ini kerana kedua-dua ini merupakan kempen dan bukanya pertubuhan dan berbeza daripada visi dan misi.Perkara inilah yang perlu dipersoalkan kerana daripada awal lagi ketulusan dan keadilan dalam sistem demokrasi negara kita telah dicabul.Keadaan ini boleh mewujudkan suasana tidak sihat dalam kematangan berpolitik di Malaysia.

Mereka menggunakan segala kekuatan bagi menyekat kemaraan rakyat.
Senario takut pada bayang-bayang sendiri terus dipancarkan oleh mereka yang takut akan keadilan dan ketelusan.Bersih 2.0 yang didukung oleh 60 lebih NGO yang terdiri daripada Majlis Perguam Negara.Menghalang rakyat mengadakan perhimpunan secara aman juga berlawanan dengan peruntukan Perlembagaan Malaysia Perkara 9 dan 10 iaitu :

 Perkara 9. Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak.
(1) Tiada seorang pun warganegara boleh dibuang negeri dari atau ditahan masuk ke Persekutuan.
(2) Tertakluk kepada Fasal (3) dan kepada mana-mana undang-undang yang berhubungan
dengan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam,
kesihatan awam, atau penghukuman pesalah, tiap-tiap warganegara berhak bergerak dengan
bebas di seluruh Persekutuan dan bermastautin di mana-mana bahagiannya.
(3) Selagi mana-mana Negeri lain berada dalam kedudukan istimewa di bawah Perlembagan
ini berbanding dengan Negeri-Negeri Tanah Melayu, Parlimen boleh melalui undang-undang
mengenakan sekatan-sekatan, antara Negeri itu dengan Negeri-Negeri yang lain, ke atas
hak-hak yang diberikan oleh Fasal (2) berkenaan dengan pergerakan dan kemastautinan.

  Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.
(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)—
(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;
(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.

Malahan,merekalah yang memulakan kekacauan dan keganasan sehingga ada rakyat yang terbunuh dan tercedera.Mereka perlu sedar,jangan sampai rakyat hilang sabar dan mereka bangkit dengan kuat suatu hari nanti bagi menuntut keadilan dan ketelusan dalam negara tercinta ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan