Ahad, 7 Ogos 2011

5 BONUS KHAS RAMADHAN

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : ''Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadhan iaitu : "


Bonus 1 : Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kesturi di sisi Allah

Bonus 2 : Para malaikat beristighfar  untuk mereka sehingga berbuka

Bonus 3 : Allah memperindahkan syurgaNya setiap hari dan berfirman : 'Hampir-hampir hamba-hambaku yang soleh akan dicampakan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu.'(Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagian hidup di dunia dan akhirat)

Bonus 4 : Syaitan-syaitan dibelenggu,tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan selain Ramadhan

Bonus 5 : Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam(orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya).Mengenai bonus lima ini,ada sahabat yang bertanya pada Rasulullah s.a.w. : '' Ya Rasulullah,apakah itu berlaku pada malam Lailatulqadar?'' Baginda menjawab : "Bukan,tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya.'' (Riwayat Ahmad).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan