Jumaat, 12 Ogos 2011

HEBATNYA MUSLIM PADA BULAN PUASA

Sama ada kita sedar ataupun tidak,Ramadhan telah mengukir sejarah tersendiri dalam jiwa insan yan benar-benar menghayatinya.Di sini,ana cuba menukilkan sebahagian daripada ribuan kejayaan umat Islam yang terpahat dalam sejarah madrasah Ramadhan.

* PERANG BADAR berlaku pada 17 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah,dan umat Islam telah mencapai kejayaan.

*PEMBUKAAN KOTA MEKAH (Fathu Makkah) berlaku pada bulan Ramadhan pada tahun ke-8 Hijrah.

*BERHALA-BERHALA yang disembah sekian lama di sekitar Baitullah dan Kota Mekah dihancurkan pada bulan Ramadhan tahun ke-8 Hijrah.

*KERAJAAN ISLAM menumbangkan kerajaan Parsi pada bulan Ramadhan tahun ke-15 Hijrah.

*SALAHUDDIN AL-AYUBI mengalahkan tentera salib pada bulan Ramadhan tahun ke-584 Hijrah.

*MESIR DAN SYRIA menewaskan Israel di semenanjung Sinai pada bulan Ramadhan 1393 Hijrah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan