Selasa, 23 Ogos 2011

TANGISAN UNTUK RUANG DEMOKRASI

Forum Anak Muda & Demokrasi
Kebebasan dan hak bersuara adalah salah satu daripada fasa yang diperuntukan dalam Perlembagaan Negara bagi menjamin hak sebagai warganegara Malaysia.Adalah menjadi suatu yang bercanggah sekiranya seseorang warganegara dilarang untuk bersuara dan berkumpul bagi melakukan satu perhimpunan kerana perlembagaan telah memaktubkan fasa ini dengan jelas dan nyata.Kebebasan ini bermakna rakyat Malaysia bebas melakukan apa-apa sahaja aktiviti selagi mana tidak bercanggah dengan hak asasi manusia.Oleh yang demikian,sukar untuk diterima sekiranya hak kita sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam negara demokrasi dinafikan hak tersebut.


Mengambil rumusan daripada satu program yang dianjurkan Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan dengan kerjasama NGO Negeri Kelantan,Forum Anak Muda & Demokrasi yang diadakan di sebuah hotel tempatan di Kota Bharu,jelas dan ternyata banyak pencabulan dilakukan keatas hak asasi rakyat di negara ini.Penampilan ahli panel yang berwibawa seperti Hishamuddin Rais (Blogger Tukar Tiub),Dr Wong Chin Huat,dan Mohamed Faizal ( Lawyer buta/Aktivis Hak Asasi) banyak mengupas isu mengenai demokrasi di Malaysia.Kupasan ini berjaya membongkar bertapa REJIM KERAJAAN begitu tergugat sehinggkan sanggup mengunakan keseluruhan kekuatan yang mereka ada untuk mempertahankan mereka.


Antara isi yang dikupas hangat ialah bagaimana Malaysia boleh dianggap sebagai negara demokrasi sedangkan Malaysia bukan negara demokrasi.Hal ini kerana perbezaan demokrasi yang ketara dengan negara yang benar-benar demokrasi dapat dilihat sebagai mana suburnya demokrasi di Turki yang dianggap antara negara yang terbaik dalam mengamalkan sistem demokrasi.Tamsilanya,di Turki pilihanraya diadakan dengan penuh demokrasi apabila semua janji atau manifesto parti politik yang bertanding disiarkan di dalam akhbar dan media massa tanpa mengira kerajaan atau pembangkang.Keadaan inilah sebenarnya memberi ekspreasi bahawa wujudnya demokrasi yang matang dan subur di Turki.




Di samping itu,isu beban hutang seawal usia belasan tahun juga antara menjadi perhatian kerana melibatkan anak muda.Anak muda di Malaysia telah diajar untuk berhutang sejak awal lagi dengan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah merosakan anak muda di Malaysia.Blogger Tukar Tiub (Hishamuddin Rais) mengulas bahawa beliau tidak hairan jika anak muda yang baru menjangkau usia 18-21 tahun telah dibebankan dengan hutan berpuluh ribu ringgit menyamai hutang orang tua kerana sistem yang diguna pakai menyebabkan anak muda menjadi tua.Sepatutnya sistem pendidikan IPTA misalnya diberikan secara percuma apabila berbilion-bilion duit negara yang dibazirkan diambil untuk menaja atau membayar yuran setiap pelajar IPT di negara ini.Ini sekali gus dapat melahirkan modal insan yang berketerampilan dan berdaya maju tanpa perlu memikirkan soal hutang sebelum bekerja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan