Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) baru sahaja berlangsung pada minggu lepas dengan Kumpulan Pro-Mahsiswa atau Pro-M berjaya merampas banyak kerusi daripada Kumpulan Aspirasi atau Pro-A.Keputusan ini juga telah mencetuskan kontroversi daripada kedua-dua kumpulan sehinggakan tercetusnya kekecohan di kampus.
Hal ini kerana ada antara mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihanraya tersebut dengan mendakwa keputusan itu telah diselewengkan.Pilihanraya kampus pada kali ini juga dikejutkan dengan kehilangan calon bertanding daripada Pro-M yang akhirnya dijumpai dalam keadaan trauma.Pergaduhan yang berlaku di Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menyebabkan kecederaan telah memaksa campur tangan kementerian dengan bantuan daripada pihak berkuasa.
Peristiwa pergaduhan ini juga telah menimbulkan persoalan dalam kalangan masyarakat yang mempersoal sejauh manakah nilai-nilai murni atau kesopanan yang dimiliki oleh mahasiwa dan mahasiswi pada hari ini.Sepatutnya mereka menunjukkan kematangan dalam "berpolitik kampus" kerana mereka jugalah yang akan mewarisi arena politik negara kelak.
Persoalannya,apakah sebab sebenar pergaduhan itu berlaku?.Adakah betul isu ketidak telusan dalam pilihanraya kampus menyebabkan mereka tidak berpuas hati?.Jika benar,di manakah letaknya nilai demokrasi politik kampus yang diuar-uarkan sesetengah pihak sekiranya keputusan itu telah mencemarkan proses demokrasi.Hal ini haruslah ditangani dengan baik agar proses demokrasi bukan sahaja kekal di kampus malah di pilihanraya di Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan