Rabu, 23 Februari 2011

TEKANAN BUAT RAKYAT

Admin bukanlah seorang yang pro-pembangkang atau pro-kerajaan tetapi merupakan seorang yang mementingkan kesejahteraan rakyat.Saya mewakili suara majoriti rakyat bawahan merasakan bebanan hidup pada zaman ini di sebuah negara yang dikenali Malaysia tercinta.Saya memuji usaha kerajaan yang mahu meningkatkan taraf hidup atau ekonomi rakyat Malaysia demi mencapai matlamat Wawasan 2020.

Wawasan 2020 merupakan satu mercu tanda baru buat negara untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi berasaskan perindustrian mengikut acuan sendiri.Jika dilihat,kita mempunyai tempoh lebih kurang 9-8 tahun lagi untuk melangkah ke alam 2020.Namun,apa yang admin ingin tekankan ialah bagaimana dengan SEMBILAN CABARAN 2020 yang dilihat masih belum berjaya sepenuhnya.Apakah cabaran yang diuar-uarkan ini mampu dicapai.

Berbalik kepada suara majoriti rakyat bawahan,ramai di antara mereka mengeluh tentang kenaikan harga barang,harga petrol sehingga membebankan perbelanjaan mereka.Malah keluhan ini dikeluarkan sendiri oleh kakitangan kerajaan golongan staf sokongan kepada admin.Mereka merungut dengan kos kehidupan hari ini yang terlalu tinggi termasuklah soal memberi pendidikan kepada anak-anak.

Mereka menyatakan kos sara hidup meningkat saban tahun termasuklah barangan keperluan tetapi gaji mereka sebagai kakitangan awam tidak dinaikan atau dikaji semula.Mereka merayu agar kerajaan tidak hanya memikirkan soal pembangunan semata-mata tetapi perlu mendengar suara kakitangan awam yang berada dalam kumpulan sokongan ini.

Justeru itu,kami dengan penuh rendah diri memohon jasa baik kerajaan di bawah pimpinan Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak mengkaji semula gaji kakitangan awam sokongan yang dilihat kurang sesuai lagi dengan kos sara hidup pada hari ini bersesuaian dengan slogan "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan".Keadaan ini juga sesuai dengan matlamat kerajaan membentuk sebuah negara yang berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan