Khamis, 24 Februari 2011

SEDIH DAN SAYU DENGAN KEHIDUPAN PADA HARI INI

Firman ALLAH SWT ,"yaa ayyu hal lazzi na aa ma nuu hu wa aatill hullah haa wa aatill hull raasull haa waa ullil amri kun".Ertinya: ''Taatlah kamu kepada ALLAH,taatlah kamu kepada Rasul,dan kepada pemimpin''.Jika kita merujuk kepada ayat di atas,kita wajub mentaati perintah ALLAH dan taat kepada Rasul serta pemimpin negara kita.Ini bermakna segala suruhan dan larangan NYA mesti diikuti demi memastikan khidupan kita di dunia mampu membawa keakhirat.Begitu juga dengan pemimpin,kita wajib mentaati pemimpin negara kita tetapi pemimpin ini biarlah merupakan seorang yang "Al-Mukminum" iaitu orang-orang mukmin.Sekiranya mereka bukan golongan mukmin,kita wajib menolak pemimpin seperti ini.

Namun,sesudah 50 tahun negara kita mencapai kemerdekaan,maksiat dan kemungkaran semakin menjadi-jadi seolah tiada usaha yang konkrit dilakukan oleh pihak berwajib untuk mengatasi masalah ini.Gejala-gejala lain seperti rasuah,pecah amanah, dan penindasan juga berlaku dalam negara kita terutama dalam pentadbiran negara.Lebih memeritkan,tekanan hidup dalam kehidupan masyarakat dirasai oleh rakyat bawahan yang semakin terasa bahang ekonomi yang semakin mendesak.Di kala pemimpin negara menjalani kehidupan yang serba mewah,rakyat di bawah ini terus menderita menanggung kos sara hidup yang melampau.

Peningkatan kos sara hidup ini tidak seiring dengan purata pendapatan isi rumah per kapita yang semakin tidak relevan dengan kehidupan hari ini.Pemimpin negara hebat memperkatakan yang negara semakin maju dari segi semua aspek termasuklah ekonomi seolah-olah tidak sedar akan hakikat sebenar yang dialami rakyat masa kini.Pemimpin negara yang hidup penuh kemewahan tidak merasakan keperitan hidup yang dialami masyarakat masa kini kerana mereka tidak berada di golongan masyarakat kebanyakkan.

Saya mewakili suara muda negara memohon kerajaan melakukan satu mekanisme baru bagi menjadikan rakyat di golongan bawahan tidak terus ditinggalkan dalam jurang ekonomi.Golongan belia juga harus diberi peluang dengan lebih luas lagi dalam  mengembangkan idea mereka untuk memajukan negara demi membentuk satu komuniti yang lestari.Golongan belia juga menuntut diberi ruang demokrasi yang lebih luas lagi tanpa ada sebarang paksaan dan penindasan kerana suara golongan muda amat penting bagi menentukan kelangsungan pembangunan negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan