Isnin, 28 Februari 2011

MAC 2011 PENUH ENTITI

Tahun 2011 bulan Mac begitu signifikan kepada masyarakat sama ada bagi peringkat pimpinan negara mahupun golongan pelajar.Bulan Mac ini juga merupakan satu fasa atau lembaran baru bagi hidup admin selama menjalani kehidupan yang dianugerahkan ALLAH SWT.18 tahun dahulu,tanggal 5 Mac lahirlah tangisan syahdu seorang kanak-kanak lelaki yang menjadi pewaris keluarga bagi pasangan hidup Abdul Manan Mohammed dan Norhiran Abdullah.Pasangan mempelai ini dikurniakan cahaya mata sulung hasil perkahwinan mereka dan telah mendidik serta mengasuh anak kecil ini ,bagai menatang minyak yang penuh, demi membentuk seorang insan yang berwawasan.

Pada bulan Mac ini juga,dua pilihanraya kecil dilangsungkan pada 6 Mac 2011 nanti yang menyaksikan pengundian di DUN Merlimau dan DUN Kerdau.Pilihanraya Kecil (PRK) ini penting kepada kedua-dua pihak sama ada pihak pentadbir negara mahupun pihak pembangkang.Hal ini kerana PRK ini akan dijadikan platform untuk mengukur tahap kepercayaan pengundi kepada mereka sebelum menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU Ke-13) nanti.Pilihanraya Kecil (PRK) ini merupakan PRK yang ke 15 dan 16 kepada Malaysia selepas menghadapi Pilihanraya Umum ke-12 (PRU Ke-12) pada tahun 2008.

Bulan Mac pada tahun ini menjadi saat yang paling ditunggu oleh pelatih Program Khidmat Negara (PLKN) bagi siri 8/11 untuk kumpulan yang pertama menamatkan latihan mereka.Setelah menjalani latihan lebih kurang tiga bulan dalam kem,semestinya saat ini sangat dinantikan mereka dengan melangkah keluar daripada kem dengan penuh wawasan.Tanggal 13 Mac 2011 menjadi saat paling indah bagi pelatih-pelatih PLKN meninggalkan kem masing-masing dengan perasaan yang pelbagai sama ada sedih,hiba,dan gembira.Apa-apapun syabas dan taniah kerana berjaya menjalani latihan selama tiga bulan di sana.

Di samping itu,bulan Mac ini juga menjadi bulan yang mendebarkan bagi calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2010 kerana keputusan SPM mereka akan diumumkan pada bulan ini.Walaupun sebelum ini ada pihak yang cuba membuat andaian sendiri dengan menyatakan keputusan SPM akan dikeluarkan pada bulan Februari,ternyata sangkaan itu meleset sekali kerana mengikut rekod tiada lagi keputusan SPM diumumkan selain bulan Mac sejak tahun 2000.Jika calon SPM menyatakan keputusan STPM sudah dikeluarkan dan menyatakan keputusan SPM juga akan keluar dalam beberapa hari daripada tarikh itu nyata calon SPM tersalah andaian.Hal ini kerana tahun 2010 menunjukkan perbezaan yang ketara antara tarikh keputusan STPM(25 Februari 2010) dengan SPM (11 Mac 2010).Ini bermakna tempoh keputusan STPM dengan SPM adalah antara 10-15 hari dan tarikh sebenarnya calon-calon SPM tunggulah dengan sabar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan