Isnin, 28 Februari 2011

MAC 2011 PENUH ENTITI

Tahun 2011 bulan Mac begitu signifikan kepada masyarakat sama ada bagi peringkat pimpinan negara mahupun golongan pelajar.Bulan Mac ini juga merupakan satu fasa atau lembaran baru bagi hidup admin selama menjalani kehidupan yang dianugerahkan ALLAH SWT.18 tahun dahulu,tanggal 5 Mac lahirlah tangisan syahdu seorang kanak-kanak lelaki yang menjadi pewaris keluarga bagi pasangan hidup Abdul Manan Mohammed dan Norhiran Abdullah.Pasangan mempelai ini dikurniakan cahaya mata sulung hasil perkahwinan mereka dan telah mendidik serta mengasuh anak kecil ini ,bagai menatang minyak yang penuh, demi membentuk seorang insan yang berwawasan.

Pada bulan Mac ini juga,dua pilihanraya kecil dilangsungkan pada 6 Mac 2011 nanti yang menyaksikan pengundian di DUN Merlimau dan DUN Kerdau.Pilihanraya Kecil (PRK) ini penting kepada kedua-dua pihak sama ada pihak pentadbir negara mahupun pihak pembangkang.Hal ini kerana PRK ini akan dijadikan platform untuk mengukur tahap kepercayaan pengundi kepada mereka sebelum menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU Ke-13) nanti.Pilihanraya Kecil (PRK) ini merupakan PRK yang ke 15 dan 16 kepada Malaysia selepas menghadapi Pilihanraya Umum ke-12 (PRU Ke-12) pada tahun 2008.

Bulan Mac pada tahun ini menjadi saat yang paling ditunggu oleh pelatih Program Khidmat Negara (PLKN) bagi siri 8/11 untuk kumpulan yang pertama menamatkan latihan mereka.Setelah menjalani latihan lebih kurang tiga bulan dalam kem,semestinya saat ini sangat dinantikan mereka dengan melangkah keluar daripada kem dengan penuh wawasan.Tanggal 13 Mac 2011 menjadi saat paling indah bagi pelatih-pelatih PLKN meninggalkan kem masing-masing dengan perasaan yang pelbagai sama ada sedih,hiba,dan gembira.Apa-apapun syabas dan taniah kerana berjaya menjalani latihan selama tiga bulan di sana.

Di samping itu,bulan Mac ini juga menjadi bulan yang mendebarkan bagi calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2010 kerana keputusan SPM mereka akan diumumkan pada bulan ini.Walaupun sebelum ini ada pihak yang cuba membuat andaian sendiri dengan menyatakan keputusan SPM akan dikeluarkan pada bulan Februari,ternyata sangkaan itu meleset sekali kerana mengikut rekod tiada lagi keputusan SPM diumumkan selain bulan Mac sejak tahun 2000.Jika calon SPM menyatakan keputusan STPM sudah dikeluarkan dan menyatakan keputusan SPM juga akan keluar dalam beberapa hari daripada tarikh itu nyata calon SPM tersalah andaian.Hal ini kerana tahun 2010 menunjukkan perbezaan yang ketara antara tarikh keputusan STPM(25 Februari 2010) dengan SPM (11 Mac 2010).Ini bermakna tempoh keputusan STPM dengan SPM adalah antara 10-15 hari dan tarikh sebenarnya calon-calon SPM tunggulah dengan sabar.

Sabtu, 26 Februari 2011

ADAKAH DEMOKRASI PADA PERINGAT KAMPUS JUGA TIDAK TELUS?

Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) baru sahaja berlangsung pada minggu lepas dengan Kumpulan Pro-Mahsiswa atau Pro-M berjaya merampas banyak kerusi daripada Kumpulan Aspirasi atau Pro-A.Keputusan ini juga telah mencetuskan kontroversi daripada kedua-dua kumpulan sehinggakan tercetusnya kekecohan di kampus.

Hal ini kerana ada antara mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihanraya tersebut dengan mendakwa keputusan itu telah diselewengkan.Pilihanraya kampus pada kali ini juga dikejutkan dengan kehilangan calon bertanding daripada Pro-M yang akhirnya dijumpai dalam keadaan trauma.Pergaduhan yang berlaku di Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menyebabkan kecederaan telah memaksa campur tangan kementerian dengan bantuan daripada pihak berkuasa.

Peristiwa pergaduhan ini juga telah menimbulkan persoalan dalam kalangan masyarakat yang mempersoal sejauh manakah nilai-nilai murni atau kesopanan yang dimiliki oleh mahasiwa dan mahasiswi pada hari ini.Sepatutnya mereka menunjukkan kematangan dalam "berpolitik kampus" kerana mereka jugalah yang akan mewarisi arena politik negara kelak.

Persoalannya,apakah sebab sebenar pergaduhan itu berlaku?.Adakah betul isu ketidak telusan dalam pilihanraya kampus menyebabkan mereka tidak berpuas hati?.Jika benar,di manakah letaknya nilai demokrasi politik kampus yang diuar-uarkan sesetengah pihak sekiranya keputusan itu telah mencemarkan proses demokrasi.Hal ini haruslah ditangani dengan baik agar proses demokrasi bukan sahaja kekal di kampus malah di pilihanraya di Malaysia.

Khamis, 24 Februari 2011

SEDIH DAN SAYU DENGAN KEHIDUPAN PADA HARI INI

Firman ALLAH SWT ,"yaa ayyu hal lazzi na aa ma nuu hu wa aatill hullah haa wa aatill hull raasull haa waa ullil amri kun".Ertinya: ''Taatlah kamu kepada ALLAH,taatlah kamu kepada Rasul,dan kepada pemimpin''.Jika kita merujuk kepada ayat di atas,kita wajub mentaati perintah ALLAH dan taat kepada Rasul serta pemimpin negara kita.Ini bermakna segala suruhan dan larangan NYA mesti diikuti demi memastikan khidupan kita di dunia mampu membawa keakhirat.Begitu juga dengan pemimpin,kita wajib mentaati pemimpin negara kita tetapi pemimpin ini biarlah merupakan seorang yang "Al-Mukminum" iaitu orang-orang mukmin.Sekiranya mereka bukan golongan mukmin,kita wajib menolak pemimpin seperti ini.

Namun,sesudah 50 tahun negara kita mencapai kemerdekaan,maksiat dan kemungkaran semakin menjadi-jadi seolah tiada usaha yang konkrit dilakukan oleh pihak berwajib untuk mengatasi masalah ini.Gejala-gejala lain seperti rasuah,pecah amanah, dan penindasan juga berlaku dalam negara kita terutama dalam pentadbiran negara.Lebih memeritkan,tekanan hidup dalam kehidupan masyarakat dirasai oleh rakyat bawahan yang semakin terasa bahang ekonomi yang semakin mendesak.Di kala pemimpin negara menjalani kehidupan yang serba mewah,rakyat di bawah ini terus menderita menanggung kos sara hidup yang melampau.

Peningkatan kos sara hidup ini tidak seiring dengan purata pendapatan isi rumah per kapita yang semakin tidak relevan dengan kehidupan hari ini.Pemimpin negara hebat memperkatakan yang negara semakin maju dari segi semua aspek termasuklah ekonomi seolah-olah tidak sedar akan hakikat sebenar yang dialami rakyat masa kini.Pemimpin negara yang hidup penuh kemewahan tidak merasakan keperitan hidup yang dialami masyarakat masa kini kerana mereka tidak berada di golongan masyarakat kebanyakkan.

Saya mewakili suara muda negara memohon kerajaan melakukan satu mekanisme baru bagi menjadikan rakyat di golongan bawahan tidak terus ditinggalkan dalam jurang ekonomi.Golongan belia juga harus diberi peluang dengan lebih luas lagi dalam  mengembangkan idea mereka untuk memajukan negara demi membentuk satu komuniti yang lestari.Golongan belia juga menuntut diberi ruang demokrasi yang lebih luas lagi tanpa ada sebarang paksaan dan penindasan kerana suara golongan muda amat penting bagi menentukan kelangsungan pembangunan negara.

Rabu, 23 Februari 2011

TEKANAN BUAT RAKYAT

Admin bukanlah seorang yang pro-pembangkang atau pro-kerajaan tetapi merupakan seorang yang mementingkan kesejahteraan rakyat.Saya mewakili suara majoriti rakyat bawahan merasakan bebanan hidup pada zaman ini di sebuah negara yang dikenali Malaysia tercinta.Saya memuji usaha kerajaan yang mahu meningkatkan taraf hidup atau ekonomi rakyat Malaysia demi mencapai matlamat Wawasan 2020.

Wawasan 2020 merupakan satu mercu tanda baru buat negara untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi berasaskan perindustrian mengikut acuan sendiri.Jika dilihat,kita mempunyai tempoh lebih kurang 9-8 tahun lagi untuk melangkah ke alam 2020.Namun,apa yang admin ingin tekankan ialah bagaimana dengan SEMBILAN CABARAN 2020 yang dilihat masih belum berjaya sepenuhnya.Apakah cabaran yang diuar-uarkan ini mampu dicapai.

Berbalik kepada suara majoriti rakyat bawahan,ramai di antara mereka mengeluh tentang kenaikan harga barang,harga petrol sehingga membebankan perbelanjaan mereka.Malah keluhan ini dikeluarkan sendiri oleh kakitangan kerajaan golongan staf sokongan kepada admin.Mereka merungut dengan kos kehidupan hari ini yang terlalu tinggi termasuklah soal memberi pendidikan kepada anak-anak.

Mereka menyatakan kos sara hidup meningkat saban tahun termasuklah barangan keperluan tetapi gaji mereka sebagai kakitangan awam tidak dinaikan atau dikaji semula.Mereka merayu agar kerajaan tidak hanya memikirkan soal pembangunan semata-mata tetapi perlu mendengar suara kakitangan awam yang berada dalam kumpulan sokongan ini.

Justeru itu,kami dengan penuh rendah diri memohon jasa baik kerajaan di bawah pimpinan Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak mengkaji semula gaji kakitangan awam sokongan yang dilihat kurang sesuai lagi dengan kos sara hidup pada hari ini bersesuaian dengan slogan "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan".Keadaan ini juga sesuai dengan matlamat kerajaan membentuk sebuah negara yang berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Ahad, 20 Februari 2011

SAFEE SALI DISAMBUT HANGAT DI INDONESIA

Safee Sali dilayan dengan mesra oleh rakan sepasukan
Kehadiran Safee Sali ke Indonesia untuk menyertai Liga Super Indonesia(ISL) dengan menyertai kelab Pelita Jaya FC disambut dengan mesra oleh rakyat di sana sama ada orang ramai,pihak media,dan rakan sepasukan.Safee Sali yang sudah berada di sana hampir seminggu dilayan ibarat seorang bintang ternama dengan publisiti daripada media saban hari.
Bersama Ramirez gandingan import daripada Paraguay

Menurut laman rasmi facebook Safee,beliau berasa amat teruja berada di sini dan terharu atas sambutan rakyat di negara itu walaupun menjadi pemusnah kepada Indonesia dalam saingan Piala Suzuki AFF yang lalu.Beliau juga menyatakan rakyat di negara ini tidak segan silu menyapa atau menegur beliau apabila terserempak dan mengambil foto untuk dijadikan kenangan.

Safee Sali juga memuji kelabnya itu yang cukup profesional dengan menyediakan kemudahan kepada beliau dengan begitu baik sekali,Beliau juga ingin menjadikan penyertaan beliau dalam Liga Super Indonesia (ISL) dapat mengeratkan hubungan berjiran dua negara Malaysia-Indonesia.



Credit to Safee Sali_10official

Isnin, 14 Februari 2011

TERIMA KASIH BUAT BLOGGER SUKAN,RIZAL HASHIM


Komen aku masuk TV!!!!.....hehehe
 Hyeee,,,,,,,,,,,nie satu benda yg aku x prnh nk sngka p0n bile aku menonton rancangan KAFE SUKAN terbitan ASTRO ARENA di siaran 801.Topik pada episod ini memang aku tunggu pn c0z mengenai perpindahan Safee Sali ke Liga Super Indonesia menyertai Pelita Jaya FC.Tetamu malam itu adalah Dato Hamidin,Setiausaha FAS dan Rizal Hashim,blogger sukan terkemuka.

Sedang asyik dk tgk ulasan-ulasan dalam rancangan ini,tetiba aku terkejut jgk bila komen aku dipilih oleh Rizal Hashim utk dibacakan dalam program KAFE SUKAN ini.Aku pn tdk menyangka yg komen aku dipilih oleh blogger terkemuka seperti Rizal Hashim.Komen aku ini menceritakan tentang sokongan aku kpd perpindahan Safee Sali ke Pelita Jaya FC.Apa-apapun,aku ucapankan terima kasih kpd saudara Rizal Hashim krn memilih utk membaca komen aku.Thanks bro........MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA

Ahad, 13 Februari 2011

AL-FATIHAH BUAT BEKAS PEMAIN KELANTAN

Bekas pemain Kelantan,Sairozi Daud @ Abe telah menghembuskan nafas terakhir beliau pada hari ini di Hospital Pakar Perdana.Arwah yang menghidap penyakit kanser telah menghadapi penyakit ini sejak setahun yang lalu.Sama-sama kita sedekahkan AL-FATIHAH kepada arwah semoga rohnya dicucuri rahmat.


Credit to www.theredwarriors.com

Khamis, 10 Februari 2011

KELANTAN LANGKAH KANAN PIALA PRESIDEN 2011

Kesebelasan utama Kelantan
Saingan Piala Presiden 2011 membuka tirai dengan Kelantan bertemu dengan Johor FC pada hari ini (10/2/2011) di Stadium Sultan Mohd-IV.Kelantan yang menurukan kesebelasan terbaik mencatatkan kemenangan tipis keatas naib juara musim lalu,Johor FC.

Keputusan Akhir :

KELANTAN FA 1-0 JOHOR FC

*Gol dijaringkan Aris Zaidi

Ahad, 6 Februari 2011

BERGOMO DI LEMBAH KLANG

Haiiiiiii...lama dh aku x update blog aku nie..maklum la...bz la katakan..sdr xsdr dh msuk bulan kedua bg tahun 2011.Bulan lepas,pasukan kesayangan aku,tanah tumpah darahku sekali lagi mencipta sejarah apabila menjulang Piala Sultan Ahmad Shah 2011 menewaskan Selangor di Shah Alam.Fuuhhh,bez gler time tu apatah lagi menewaskan Red Giant di halaman mereka.Aku pun x melepaskan peluang tgk "live" di Shah Alam mlm tu.
2-0 kami menang!!!!!
Hmmm,,,,,,tu bab b0la...dh alang-alang aku kt lmbah klang,aku ambk pluang nie utk kuar lepak-lepak dgn member aku yg kebetulan ada kt sna..hoooooo.....bez gler kuar dgn diorg....enj0y tul tau.....first day,aku kuar date dgn member gurl aku..ceh..date kn0n..xdela..aku kuar lepak dgn s0rg bdk pmpuan..clasmte aku dlu...Leen nmenye...kitorg kuar p lepak2 kt Time Square jew cz xsempat mse..mcm kiteorg bwt..tp part yg plg bez bg aku time tgk wayang...tgk cite b0x 0ffice beb..pecah panggung..."Khurafat"...w0u...sy0k gler layan citer nie..
Aku dan Leen
Itu citer first day aku kuar lepak lps tgk b0la...nie hr yg berikutnya...kali ini aku xkuar dgn Leen dh la bc0z dia ada hal ckit...lg p0m time nie member aku yg dtg tgk b0la ajk aku kuar dgn di0rg...s0,,,,kita0rg kuar ar...r0und sekitar ibu negara..just naik monorail sb nk bwk keta p0m kite0rg bkn biase dgn jln kt sana...mcm-mcm tmpt kami prgi..tp yg last skli kami sggah kt Time Square..kt sana kami ape lagiiiiiii...layan m0vie la beb.....kali ini x kering gusi kami dk layan m0vie sebuah arahan Mamat Khalid...''Hantu Kak Limah Balik Rumah"....huh.....kelakar gler citer nie tau...
With Azim at Time Square
This is Abe Rhadi
Member aku yg dua 0rg nie kira baik la dgn aku time sek0lah dlu...we all semua minat b0la tmbh-tmbh bab rEd WaRriOrS...apa-apa p0n....saat indah ini akan tetap aku ingati walau kemana aku berada kerana mereka lah teman sejati ....aku doakan semua berjaya dalam hidup dunia dan akhirat..