Sabtu, 28 Mei 2011

EX-KT TEAM FC AKUR 2011 BUKAN MILIK MEREKA

Berdiri:Piji,Wadi,Boy -  Duduk:Iman,Pi,Muin  
Musim 2011 bukan milik EX-KT apabila gagal melayakan diri ke final buat tahun ke-4 berturut-turut.Pasukan yang penuh tradisi ini dibentuk sejak zaman persekolahan lagi berjaya mencipta beberapa kejayaan dalam kejohanan yang disertai mereka sebelum ini.Keserasian yang terbentuk sejak lama membantu pemain bermain dengan penuh kesefahaman.

Pada kejohanan 2011 ini,EX-KT tampil gah selaku juara kumpulan dengan rekod tanpa kalah untuk mara ke suku akhir.Keputusan diperingkat kumpulan ini meletakan EX-KT sebagai pasukan pilihan sekali lagi.Namun mereka terpaksa akur kalah pada saingan suku akhir kali ini sekali gus meranapkan impian untuk mara ke final buat kali ke-4 berturut-turut.

Rabu, 18 Mei 2011

STADIUM BERKAPASITI 40 000 BAKAL DIBINA DI KELANTAN

Lakaran daripada YB ADUN Pasir Tumboh ( Ustaz Baihaki)
Saya ingin membuat pengumuman pada hari ini satu berita gembira buat rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat sukan tanahair di mana Kerajaan Kelantan telah bersetuju untuk membina sebuah kompleks sukan bersekali dengan Bandar baru untuk kegunaan aktiviti sukan di negeri ini. Kompleks tersebut yang antaranya akan menempatkan sebuah stadium utama dengan kapasiti 40,000 tempat duduk bertempat di atas tanah milik kerajaan di Bukit Merbau, Pasir Puteh.

Kerajaan berhasrat agar stadium yang akan dibina ini turut memuatkan ruang masjid di merata-rata bahagian yang akan membolehkan penonton-penonton solat berjemaah dengan mudah di dalam stadium. Ini bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri yang mahukan aktiviti sukan di negeri ini tidak berpisah dari roh Membangun Bersama Islam yang menjadi dasar pentadbiran kerajaan negeri.  Bagaimanapun rekabentuk secara terperinci terpulang kepada arkitek yang akan diberikan tanggungjawab ini nanti.

Cadangan pembangunan stadium dan kompleks sukan ini terbuka kepada mana-mana pemaju menghantarkan cadangan atas dasar BOT iaitu bina, operasi dan pindah.

Saya berharap dengan pembinaan kompleks sukan ini nanti, aktiviti sukan di negeri ini dapat berdaya maju dengan lebih baik ke arah membentuk masyarakat yang sihat jasmani dan rohani insya-Allah.
Sekian.

YAB TUAN GURU DATO BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 14 Jamadil Akhir 1432H / 18 Mei 2011M
*kenyataan ini dibaca semasa sidang media selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan pada 18 Mei 2011

Ahad, 15 Mei 2011

SELAMAT JALAN BUAT SEMUA

Bermula minggu ini,ramai kenalanku yang akan meninggalkan kampung halaman dan pergi ke tempat orang.Ada yang menyahut seruan negara,ada yang menyambung pelajaran,dan ada juga yang pergi bekerja.Saat inilah semua pergi dengan urusan masing-masing meninggalkan rakan-rakan yang pernah bersama sewaktu di kampung halaman dahulu.Masa begitu cepat berlalu dan ada antara mereka telah meningkat usia matangnya dan perlu mengharungi perubahan hidup.Tidak ada lagi bagi mereka bergantung harap kepada ibu bapa kerana mereka perlu belajar untuk berdikari mulai saat ini.

Kepada yang akan meninggalkan rumah,kampung,daerah mahupun negeri mulai hari ini (mereka yang terlibat dengan PLKN Kumpulan 2) aku ucapkan selamat jalan dan selamat berkhidmat untuk negara.Pergilah ke sana dengan penuh semangat dan komitmen serta semangat ingin berbakti kepada negara khususnya.Biarlah anda pulang nanti sebagai wira-wirawati negara yang penuh transformasi.Ambil pengalaman di sana untuk diterjemahkan dalam hidup anda selepas ini.

Manakala kepada mereka yang akan meninggalkan kampung halaman mulai minggu depan untuk menyambung pelajaran khususnya pelajar matrikulasi dan pelajar UiTM pergilah ke sana dengan penuh semangat dan ingatlah harapan ibu bapa yang kita pikul .Ibu bapa kita mengharapkan kejayaan kita di menara gading dan kita sepatutnya belajar lebih bersungguh lagi demi masa depan yang cemerlang.Jadikan kejayaan melanjutkan pelajaran ke IPTA sebagai permulaan kepada kejayaan seterusnya.

Isnin, 9 Mei 2011

ALLHAMDURILLAH ALLAH MEMBUKA REZEKI BUATKU


Syukur kehadrat Ilahi atas kurniaanNYA kepadaku kerana membuka pintu rezeki yang seterusnya kepadaku.Dalam menghadapi saingan kompetitif dalam perebutan ke IPTA sudah tentu memberi saingan yang sengit kepada pemohon kerana jumlah tempat yang ditawarkan IPTA adalah terhad.Bagi mendapatkan tempat ke IPTA,sistem merit diguna pakai dengan melibatkan 90% dikira daripada akademik dan 10% daripada ko-kurikulum.Mereka yang terbaik sahaja daripada kiraan merit itulah yang berjaya ditawarkan meneruskan pengajian di IPTA.

Di sinilah aku melahirkan kesyukuran tidak terhingga kerana aku merupakan salah seorang yang terpilih untuk ditawarkan ke IPTA bagi sesi 2011/2012.Di saat ramai antara kenalanku yang gagal ditawarkan tempat ke IPTA,aku bertuah kerana terpilih dalam pemohonan ke IPTA itu.Lebih memaniskan,aku ditawarkan di IPTA pilihan pertama aku iaitu UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) .Untuk makluman,aku sebenarnya memang mahu melanjutkan pelajaran ke UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) dan menaruh harapan agar terpilih untuk ke sana.

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG telah membuat aku jatuh cinta untuk meneruskan pengajian di sana sejak aku mengenali IPTA ini terutama selepas aku melihat sendiri universiti ini sewaktu bercuti di Pahang tempoh hari.Sejak daripada hari itu,aku telah menanam tekad dan azam untuk satu hari nanti menjejak kaki ke sana.UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG juga turut dikenali sebagai Universiti Teknikal kerana menawarkan kursus kejuruteraan.Oleh itu,universiti ini sangat sesuai dengan minat aku dalam bidang kejuruteraan dan aku ditawarkan kursus Diploma Kejuruteraan Mekanikal.Aku berharap semua ini akan menjadi pemangkin kepada aku untuk lebih berjaya pada masa hadapan.

Rabu, 4 Mei 2011

PERODUA BAKAL KELUARKAN MODEL BARU MYVI


Menurut sumber pasaran automotif negara,model Myvi baru akan dikeluarkan PERODUA menjelang bulan Julai atau September 2011.Pengeluaran model baru Myvi ini dilihat sebagai proses penjenamaan semula model tersebut yang telah lama berada di pasaran negara.Model ini juga menjadi penyumbang terbesar kepada jualan PERODUA dan meletakan kereta tempatan paling laris di Malaysia.Pakar automotif menjangka versi baru Myvi 2011 ini dapat meningkatkan lagi hasil jualan PERODUA selaku pengeluar kereta utama negara.







PERODUA dikatakan akan mengeluarkan model Myvi dalam dua variasi yang berlainan iaitu Myvi 1.3 dan Myvi 1.5.Model Myvi 1.3 dijangka akan dikeluarkan pada bulan Mei manakala Myvi 1.5 pada bulan Julai atau September.Model baru ini dikatakan diberi sentuhan baru dari segenap aspek di luar atau di dalam bagi memberi kesegaran pada model yang lama.





Namun,penganalis menjangkakan saiz bagi model baru ini dikecilkan sedikit dan harga di katakan tinggi sedikit daripada model lama tetepi lebih murah daripada PERODUA ALZA.Model Myvi baru ini juga menampilkan kelainan apabila melakukan perubahan pada kedudukan tomboh gear bagi model auto dengan meletakan tomboh gear di dashboard seperti Perodua Alza.Perubahan ini hanya terdapat pada versi auto sahaja manakala versi manual kekal seperti biasa.