Selasa, 28 Jun 2011

KELANTAN KOMITMEN DALAM MEMBANTU PALESTIN

Orang ramai bersedia melihat gimik pelancaran program
Kerajaan negeri Kelantan dibawah kepimpinan Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat terus komitet dalam membantu rakyat Palestin yang ditindas rejim zionis.Komitmen ini diteruskan sejak zaman -berzaman lagi dan kali ini Kerajaan Negeri Kelantan terus memperkasakan gerak kerja membanu rakyat Palestin.Komitmen ini jelas ditunjukkan apabila Kerajaan Negeri melancarkan bantuan kemanusian ke Gaza pada minggu lepas di Medan Ilmu sejurus sahaja tamat Kuliah Dhuha.


Majlis tersebut di ceriakan lagi dengan kehadiran rakyat Palestin yang memberi jutaan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Kelantan yang telah menunjukkan komitmen sejak dahulu lagi dalam membantu mereka di Palestin.Bantuan yang akan dihantar ke Palestin nanti diharapkan dapat meringankan beban penduduk di sana yang terus di zalimi rejim zionis.Simbolik bagi acara ini ialah sesi melepaskan burung Merpati oleh Tok Guru sebagai tanda menyokong kebebasan di Palestin.

Ahad, 26 Jun 2011

MENERUSKAN PERJUANGAN ISLAM

Umum mengetahui bahawa ISLAM tidak hanya meliputi bab nikah,puasa,solat,dan zakat tetapi merangkumi semua aspek kehidupan di dunia ini.ISLAM didatangkan dengan pakej yang lengkap bagi membantu manusia menjalani kehidupan di dunia ini dengan penuh ketakwaan dan keimanan.Segala warisan yang ditinggalkan Baginda Nabi Muhammad S.A.W. haruslah diteruskan demi menyambung perjuangan ISLAM yang baginda lakukan.Kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W sepatutnya berusaha menyebarkan syiar ISLAM dengan penuh gigih seperti baginda.

Namun,hari ini wujud gerakan yang menolak ISLAM dan menetang ISLAM malah dengan megahnya mengagungkan perjuangan nasionalis dan kebanggsaan.Dasar perjuangan mereka yang jelas dan ternyata terpesong daripada perjuangan ISLAM sebenarnya boleh membunuh perjuangan ISLAM itu sendiri.Perjuangan kearah bangsa dilihat satu perjuangan yang rasis dan boleh membangkitkan sentimen perkauman bertentangan dengan konsep perjuangan ISLAM yang mementingkan perpaduan sejagat.Tidak cukup hanya melaungkan slogan ''perpaduan'' tetapi berjuang membangkitkan sentimen perkauman.

Golongan inilah yang mencengkam pemikiran masyarakat kita pada hari ini untuk terus berada pada takuk lama dan dihasut untuk takut melakukan perubahan.Masyarakat harus membuka minda mereka dengan lebih luas agar perubahan dapat dilakukan dalam meneruskan kelestarian ISLAM dan keaman di negara ini.Tidak ada apa yang perlu ditakutkan terhadap perjuangan ISLAM kerana perjuangan ini berlandaskan AL-QURAAN dan AS-SUNNAH yang jelas menitik beratkan kebaikan kepada kehidupan kita.Ayuh,bangkitlah untuk melakukan perubahan dan bersamalah kita meneruskan perjuangan ISLAM.

Sabtu, 25 Jun 2011

DWI ALAM PERSEKITARAN

Kehidupan baru sebagai mahasiswa penuh berbeda
ALLHAMDURILLAH...setelah hampir sebulan menjalani kehidupan sebagai mahasiswa di tempat orang banyak yang aku dapat belajar daripada suasana kehidupan yang aku lalui sekarang.Dalam menempuh pancaroba kehidupan baru ini,ternyata bekalan yang cukup perlu kita bawa dari tempat asal usul kita kerna bekalan dan pengalaman di tempat asal kita dapat membantu membina jati diri kita yang sebenar.Pengalaman dan amalan yang telah aku terapkan dalam diri aku sejak azali lagi telah aku praktikan di tempat baru ini bagi memastikan aku tidak jauh terpesong daripada diri aku sendiri.

Bak kata pepatah,Hujan emas di negeri orang,Hujan batu di negeri sendiri,Mana nak sama negeri sendiri.Pepatah ini amat sesuai digunakan kerana ke mana sahaja kita pergi,nikmat dan rahmat di bumi kelahiran kita adalah lebih baik daripada tempat orang.Aku bersyukur kerana dilahirkan di negeri yang dipimpin golongan pewaris Nabi dan dikelilingi suasana ibadah serta agama sekaligus dapat membentuk keperibadian mukmin yang cemerlang kepadaku.Bekalan yang aku belajar dari negeri tanah tumpah darahku itulah dijadikan bekalan untuk ke tempat orang bagi membantu aku menjalani kehidupan mukmin yang dekat kepada ALLAH...AMIN!!!

Ahad, 19 Jun 2011

KEMPEN BOIKOT UTUSAN MALAYSIA!!!

Sejak akhir-akhir ini,Utusan Malaysia dilihat semakin rakus dalam menyiarkan isu sensitif sama ada bab agama,kaum,dan bangsa.Pada minggu lepas,lidah rasmi U*** telah membangkitkan kemarahan ulamak kerana menyiarkan kartunis yang menghina ISLAM.Ini menimbulkan kemarahan kepada ulamak dan umar ISLAM khasnya kerana Utusan dilihat terlalu menghina ISLAM.Keadaan ini boleh menjatuhkan maruah agama ISLAM yang SUCI .
Oleh itu.tidak hairanlah sekiranya ulamak mengatakan HARAM membeli Utusan Malaysia kerana tulisan dalam akhbar mereka jelas mencirikan sifat jahilah.Keadaan ini jika terus dibiarkan pasti akan menjadi virus kepada umat ISLAM sekaligus menimbulkan huru-hara dalam kalangan umat.AYUHHHH....KITA BOIKOT UTUSAN!!!HARAMKAN UTUSAN!!!

Khamis, 16 Jun 2011

MAAF DERR!!!! LAMA TAK UP DATE ENTRY...

Haiiiii.....salam semua....sory la derr..aku lama dh xupdate blog aku nie...aku ada masalah teknikal ckit dgn laptop aku.Tambahan pula skrg nie aku dh start jd student balekkkk...cuma upgrate ckit drpd pelajar ke mahasiswa...hehehe...Jgn bmbang,nti bla dh sume settle aku akn update status aku mcm biase 0kkkk...Assallamualaikumm...