Selasa, 28 Jun 2011

KELANTAN KOMITMEN DALAM MEMBANTU PALESTIN

Orang ramai bersedia melihat gimik pelancaran program
Kerajaan negeri Kelantan dibawah kepimpinan Dato' Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat terus komitet dalam membantu rakyat Palestin yang ditindas rejim zionis.Komitmen ini diteruskan sejak zaman -berzaman lagi dan kali ini Kerajaan Negeri Kelantan terus memperkasakan gerak kerja membanu rakyat Palestin.Komitmen ini jelas ditunjukkan apabila Kerajaan Negeri melancarkan bantuan kemanusian ke Gaza pada minggu lepas di Medan Ilmu sejurus sahaja tamat Kuliah Dhuha.


Majlis tersebut di ceriakan lagi dengan kehadiran rakyat Palestin yang memberi jutaan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Kelantan yang telah menunjukkan komitmen sejak dahulu lagi dalam membantu mereka di Palestin.Bantuan yang akan dihantar ke Palestin nanti diharapkan dapat meringankan beban penduduk di sana yang terus di zalimi rejim zionis.Simbolik bagi acara ini ialah sesi melepaskan burung Merpati oleh Tok Guru sebagai tanda menyokong kebebasan di Palestin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan