Rabu, 26 Januari 2011

Dato ' M. Karathu Sah Ganti B.Sathianathan Sebagai Ketua Jurulatih Kelantan

TSAM membuat pengumuman dalam rancangan Formasi semalam
M.Karathu seorang jurulatih berpengalaman kini sah menjadi ketua jurulatih bagi skuad The Red Warriors berkuatkuasa hari ini.Beliau yang dijangka tiba hari ini bakal disambut CEO Kejurulatihan dan Pengarah Teknikal KAFA,B.Sathianathan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra sebelum dibawa terus untuk berjumpa pemain-pemain TRW.Pemilihan beliau sebagai penganti B.Sathianathan dilihat tepat disaat Kelantan memerlukan jurulatih yang berwibawa untuk membimbing Kelantan mengharungi saingan Liga Malaysia musim ini.
Dato' M.Karathu

Pemilihan M.Karathu sebagai ketua jurulatih juga mengambil kira faktor bagi meneruskan tugas B.Sathianathan kerana Tan Sri Anuar Musa menyatakan beliau adalah calon paling sesuai bagi meneruskan tugas B.Sathianathan di samping berkerjasama dalam aspek kejurulatihan bersama B.Sathianathan yang kini dilantik CEO Kejurulatihan dan Pegawai Teknikal Akademik Bola Sepak Al-Hamra KAFA (KARFA).Walaupun B.Sathianathan tidak lagi bersama skuad Liga Super Kelantan,beliau akan tetap menyumbang dan berkongsi idea bersama Ketua Jurulatih Kelantan,Dato' M.Karathun demi memantapkan lagi pasukan The Red Warriros musim ini.

Ahad, 23 Januari 2011

SATU LAGI TAMPARAN HEBAT BUAT KELANTAN

B.Sathianathan
Di saat sepak mula Liga Malaysia 29 Januari ini,Kelantan sekali lagi ditimpa musibah apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan menggantung ketua jurulatih Kelantan,B.Sathianathan selama enam bulan akibat kritikan yang diberikan beliau pada musim lepas mengenai pemindaan venue perlawanan.Berikutan keputusan yang dibuat FAM,B.Sathianthan mengambil keputusan meletak jawatan selaku ketua jurulatih Kelantan berkuatkuasa serta-merta.Perletakkan jawatan ini sudah pasti memeningkan kepala pihak pengurusan KAFA sekaligus merencatkan persiapan pasukan TRW musim ini.

Setelah ditimpa masalah ekoran kehilangan tiga tonggak utama Kelantan musim lepas,isu ketua jurulatih ini menambahkan lagi masalah kepada pihak pengurusan KAFA.Keadaan ini boleh menyebabkan persiapan Kelantan untuk perlawanan merebut Piala Sumbangsih menentang Selangor pada 29 Januari 2011 ini terjejas andai pihak pengurusan tertinggi KAFA tidak mengambil langkah drastik mengatasi masalah ini dengan segera.Persoalanya,siapakah calon yang paling sesuai melatih atau mengambil alih tugas B.Sathianthan bagi membawa kejayaan kepada pasukan TRW musim ini?.Ini kerana hampir kesemua jurulatih berkaliber telah diikat dengan pasukan masing-masing.Sekarang,semuanya terserah kepada pihak pengurusan bagi menyelesaikan masalah ini.Diharapkan keputusan terbaik dapat dilakukan demi kebaikan bola sepak Kelantan

DiGi-Happy TITLE SPONSOR UTAMA THE RED WARRIORS 2011

Majlis menandatangani tajaan pasukan The Red Warriors musim 2011
Majlis menandatangani tajaan kepada pasukan Kelantan bagi musim 2011 berlangsung dengan lancar dan berjaya petang tadi apabila kesemua wakil penaja hadir bagi menandatangani perjanjian.Majlis ini berlangsung di Kelantan Trade Center (KTC) disaksikan oleh dif-dif jemputan serta wakil lain daripada penaja.Tajaan ini merupakan suntikan dan pembiayaan bagi pasukan Kelantan dalam mengharungi Liga Malaysia 2011.
Tan Sri Anuar Musa bersama wakil penaja
Happy........menghiasi jersi TRW 2011
Pada musim ini,Kelantan mendapat tajaan daripada Sinar Harian,Al-Hamra,Umbro serta tajaan terbaru daripada Al-Jabbar dan Digi.Pada musim ini,Digi-happy menjadi ''main'' sponsor kepada TRW bagi menggantikan Telekom Malaysia (TM).Apa yang diharapkan,tajaan-tajaan yang diberikan pihak terbabit mampu meningkatkan prestasi skuad Kelantan tahun ini...gomo kelate gomo...

Jumaat, 21 Januari 2011

KELANTAN TEMUI SEMULA RENTAK PERMAINAN

KELANTAN FA 4-0 P.PINANG FA

Gol :
-Norshahrul Idlan Talaha
-Mohd Badri Radzi
-Nizad Ayub
-Khairan

Rabu, 19 Januari 2011

LUPAKAH KITA JASANYA???

Mutakhir ini,penyokong dan peminat setia Kelantan digemparkan dengan isu semangat kenegerian yang ditulis oleh salah seorang blogger atau wartawan terkenal tanah air dalam sebuah akhbar tempatan tempoh hari.Isu yang ditulis beliau telah menimbulkan 1001 rasa kurang enak dikalangan penyokong setia The Red Warriors.Malah ada kalangan penyokong sanggup mengeluarkan kritikan pedas kepada wartawan terbabit sehinggakan mungkin menguris hati wartawan terbabit.Kritikan yang dikeluarkan ini seolah-olah menghukum wartawan terbabit sebagai pesalah walhal kita mungkin tidak tahu bahawa mungkin wartawan terbabit tidak mendapat maklumat yang sebenar mengenai kontroversi yang melanda skuad Kelantan.Lupakah kita akan jasa wartawan terbabit yang sebelum ini telah banyak menaikkan imej bola sepak Kelantan melalui penulisanya dan banyak menyokong pasukan Kelantan.

Apa yang saya tulis ini bukanlah bermaksud saya ini anti Kelantan atau menyokong blogger atau wartawan tersebut kerana saya merupakan anak jati Kelantan dan peminat setia TRW.Cuma,apa yang saya ingin sampaikan adalah kita sepatutnya lebih bersikap profesional dalam hal ini dengan tidak memarahi wartawan tersebut sesuka hati kerana isu yang dituliskan beliau tempoh hari.Hal ini kerana beliau telah banyak berjasa kepada pasukan bola sepak Kelantan dalam menaikan nama TRW di persada bola sepak Malaysia.Mungkin apa yang dituliskan oleh beliau kerana beliau mungkin tidak tahu cerita sebenar di sebalik kontroversi atau tidak mendapat maklumat yang cukup mengenai kes yang perpindahan 3 bintang TRW ke pasukan lain tanpa mengikut prosedur yang betul.Oleh itu,kita sepatutnya tidak menghukum beliau dengan sesuka hati tanpa menyiasat terlebih dahulu kenapa beliau menulis artikel itu tempoh hari.

Khamis, 13 Januari 2011

PKNS OH PKNS......AKU BUKAN MILIK MU...

Keadaan telah mematangkan aku sebagai manusia
ALLHAMDURILAH.....ALLAH telah tunjukan jalan yang terbaik kepada aku dalam menghadapi kehidupan sebagai hambanya.Akhirnya aku telah memutuskan yang bola sepak bukanlah segalanya dalam hidup aku.Aku mengakui cinta yang mendalam dalam bola sepak telah membuat aku memasang impian aku untuk menjadi seorang pemain bola sepak profesional.Pada hari ini,di usia ambang kedewasaan aku mendapat satu tawaran yang tidak disangka untuk bergelar sebagai pemain bola sepak.Tawaran daripada pihak pengurusan PKNS Selangor FC dengan tawaran gaji sebanyak RM1200-RM1800 merupakan satu tawaran yang sangat lumayan.Bersertakan dengan bonus-bonus tertentu setiap kali perlawanan semestinya satu peluang keemasan bagi aku untuk bersetuju dengan tawaran tersebut.

Pihak pengurusan menawarkan kontrak selama satu tahun berserta dengan tempat tinggal sekiranya aku bersetuju menyertai pasukan mereka.Mungkin ada orang yang berfikir aku sepatutnya menerima sahaja tawaran tersebut yang memberi banyak kebaikan kepada aku.Tetapi,usia aku masih muda dan masih ingin mencari ilmu sehingga ke menara gading demi mencapai impianku.Sekiranya aku bersetuju menanda tangani kontrak itu,sudah pasti peluang aku untuk mengejar cita-citaku bergelar graduan pasti terjejas.Aku juga mungkin dikenakan tindakan undang-undang akibat melanggar kontrak apabila selepas aku menanda tangani kontrak,aku mengambil keputusan untuk tinggalkan pasukan bagi menyambung pelajaran kelak.Tindakan ini secara langsung telah melanggar kontrak dan aku tidak sangup berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Akhirnya,aku buat keputusan untuk melepaskan peluang tersebut demi mengejar cita-cita aku untuk menjadi seorang manusia yang bergelar graduan.Bagi aku,bola sepak bukanlah segalanya kerana bermain bola sepak hanyalah seketika sahaja dan apabila digugurkan sudah pasti kita akan hilang punca pendapatan.Biarlah aku jadikan cintaku kepada bola sepak sebagai hobi sahaja dalam hidup aku.Biarlah cintaku kepada bola sepak diterjemahkan sebagai penyokong sahaja.Biarlah aku tidak bergelar pemain bola sepak profesional tetapi bergelar pemain amatur untuk wakil di universiti atau jabatan sahaja......Biarlah aku menjadi seperti insan lain yang mempunyai kerjaya tetap dan menjamin kehidupan yang aku bakal bina hingga akhir hayat aku...

Selasa, 11 Januari 2011

Peluang Kedua Buat Aku

PKNS Selangor FC
ALHAMDURILAH.......syukur kepada ALLAH kerana memberi aku peluang kedua untuk mengejar cita-cita dalam mengembangkan bakat bola sepak aku.Tanggal 11 Januari 2011 aku mendapat panggilan daripada ibu negara,Kuala Lumpur yang membawa satu khabar berita yang enak didengar.Rupa-rupanya itu panggilan daripada pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) yang meminta aku untuk hadir ke sesi latihan mereka di Padang PKNS.Menurut beliau,panel pemilih berminat untuk melihat aksi aku dan jika pihak pengurusan berpuas hati,mereka akan menawarkan tempat bagi aku mengisi kekosongan dalam skuad Piala Presiden PKNS Selangor.Beliau juga menyatakan yang pasukan ini memerlukan pemain yang boleh bermain di posisi penyerang dan mereka memberitahu bahawa aku adalah salah satu calon tersebut.

Jika perbincangan dan urusan tertentu dapat diselesaikan,inssallah aku akan berangkat ke sana pada 13 Januari 2011 bagi menyertai latihan di sana.Sekiranya terpilih mengisi tempat tersebut,aku akan jadikan peluang ini sebagai batu loncatan kepada aku untuk melebarkan lagi karier sebaga pemain bola sepak.Ini juga akan memberi peluang kepada aku untuk membuktikan kepada semua yang aku juga merupakan salah seorang anak jati Kelantan yang mempunyai bakat dan mampu berjaya sekiranya diberi peluang.

KELANTAN FA 1-1 P.PINANG FA



Aksi persahabatan Kelantan pada kali ini berakhir dengan keputusan seri walaupun mengawal hampir keseluruhan pemainan.Kelantan yang menurunkan hampir kesebelasan terbaik mereka bagaimanapun ketinggalan terlebih dahulu apabila kesilapan komunikasi antara pertahanan Kelantan dengan penjaga gawang membolehkan pemain P.Pinang membuka jaringan.

Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi yang baik    


Pasukan P,Pinang mendengar arahan jurulatih

Namun,selepas jaringan daripada pemain P.Pinang para pemain Kelantan bangkit menyamakan kedudukan menurusi Nizad Ayub apabila bijak menggunakan peluang di hadapan gol.Selepas itu,aksi kedua-dua pasukan agak seimbang tetapi kedua-dua pasukan gagal menghasilkan gol.




KESEBELASAN UTAMA KELANTAN :

Halim Napi (GK),Farisham Ismail,Wan Rohaimi ,Rizal Fahmi,Zairul Fitree,K.Soley,Khairan Eroza,Danial Fadly,Nurul Azwan Roya,Badri Radzi (C),Nizad Ayub

Isnin, 10 Januari 2011

Perlawanan Persahabatan Pra Musim 2011

KELANTAN LWN PULAU PINANG

Masa : 4.45 petang

Tempat : Padang Institut Perguruan Pengkalan Chepa


Tarikh : 11 Januari 2010 ( Selasa )

Jumaat, 7 Januari 2011

Senarai Rasmi Pemain Kelantan Musim 2011

GK :
19-Khairul Fahmi,1-Mohd Shahrizan,Nur Hadi Ubdilah,Halim Napi

DF :
15-Daudsu,17-Rizal Fahmi,6-Farisham,24-Zairul Fitree,3-S.Subramaniam,13-Abd Aziz,2-Wan Rohaimi,Nicholas Chan

MF :
16-Badri Radzi,8-Syakir,4-Zul Yusri,11-Danial Fadly,23-S.Chanturu,10-K.Soley,12-Nurul Azwan Roya,21-Khairan Izuan,5-Khairan Eroza,18-Wan Zaman

S :
9-Norshahrul Idlan,7-Nizad Ayub,25-Khalid Jamlus,22-Ramzul Zahini

Majlis Memperkenalkan Pemain dan Jersi Meriah

TSAM menyampaikan amanat
Petang tadi,bertempat di ruang legar KB Mall berlangsung dengan penuh meriah Majlis Memperkenalkan Pemain dan Jersi TRW Musim 2011.Dihadiri lebih 15000 orang penyokong setia TRW,pemain dan pegawai pasukan diraikan dengan penuh meriah dan hangat.Bercirikan semangat baru,TRW pada musim ini dilihat lebih mantap disegenap posisi berbanding musim lalu walaupun kehilangan beberapa tonggak utama musim lalu.Namun,kekosongan itu berjaya diisi oleh pemain yang jauh lebih berwibawa dan muda malah perkara ini juga diakui sendiri TSAM dan B.Sathianathan.
Wira-wira merah disambut meriah oleh penyokong

Istimewa di bumi Kelantan,Piala Suzuki AFF,Piala Malaysia,Piala Emas Raja-Raja
Kehadiran tetamu kehormat,Dato'Chan Tien Ghee iaitu pengerusi kelab Cardiff City FC memeriahkan lagi suasana bersama EXCO Kerajaan Negeri Kelantan,YB Tuan Hj Ab Fatah Mahmood,YB Dato' Haji Takiyuddin Hasan dan dif-dif kehormat diringi sokongan penuh penyokong setia TRW.Majlis penyerahan penajaan kepada pasukan juga berlangsung.Apa yang menarik perhatian,kelibat Halim Napi yang dipanggil balik mengisi kuota pemain meskipun baru sahaja bersara daripada arena bola sepak menghidupkan majlis ini lagi.

Di sebalik kemeriahan pada majlis ini,terdapat sedikit kelemahan yang menyebabkan ramai peminat terkilan pada majlis ini.Sekiranya pada tahun lalu,peminat berpeluang bergambar dengan pemain kerana sesi fotografi dapat dilakukan memandangkan pemain mempunyai waktu untuk beramah mesra dengan peminat.Tetapi pada kali ini,aturcara majlis begitu padat sehinggakan peminat tidak berpeluang beramah mesra dengan pemain kerana pemain terpaksa pulang awal selepas majlis bersurai.Apa yang diharapkan,majlis yang dianjurkan KAFA pada masa hadapan perlu lebih mesra peminat kerana peminat merupakan tulang belakang pasukan THE RED WARRIORS supaya hubungan yang efektif antara pemain dan penyokong menjadi lebih efisien....

Rabu, 5 Januari 2011

Lakaran Jersi Terbaru Kelantan Musim 2011

1.Kelantan masih mengekalkan warna jersi away dengan warna putih bagi menghormati warna jersi yang dipakai untuk Final Piala Malaysia 2010.

2.Jersi ini akan dipamerkan di ruang legar KB Mall esok sempena Majlis Memperkenalkan Pemain Dan Jersi.

3.Majlis ini akan diadakan dengan penuh istidat Kelantan dengan kehadiran tetamu kehormat.

4.Pameran Piala Malaysia,Piala Emas Raja-Raja,Piala Suzuki AFF juga akan diadakan.



***Sumber daripada TSAM dan WWW.TRW.COM

Selasa, 4 Januari 2011

Perubahan Tempat Majlis Memperkenalkan Pemain dan Jersi



Majlis memperkenalkan pemain dan jersi pasukan Kelantan untuk musim 2011 akan mengalami sedikit perubahan dari segi tempat.Sebelum ini majlis ini dijadualkan diadakan di Kelantan Trade Center (KTC) akan diubah ke tempat lain iaitu KB Mall pada tarikh dan waktu yang sama.

MAJLIS MEMPERKENALKAN PEMAIN DAN JERSI TRW 2011 :

Tempat : KB Mall

Tarikh : 7 Januari 2011 (Jumaat)

Masa : 3.30 petang

Rezeki Tangan Khairul Fahmi Che Mat

"Saya tengok dia bermain,tanganya melekat",ucapan TGNA dalam majlis itu

 Rezeki dan populariti yang mencurah setelah menjuarai Piala AFF tahun lepas menjadikan Khairul Fahmi Che Mat antara pemain yang menjadi tumpuan pada masa kini.Ketangkasan beliau di hadapan pintu gol sudah cukup membuktikan kenapa beliau harus diangkat antara wira tanah air.Khairul Fahmi Che Mat atau nama panggilanya Apex dulunya hanya menjadi pemain simpanan skuad TRW dan namanya tidak seberapa dikenali seperti hari ini.Apex merupakan bekas pelajar Sekolah Kebangsaan Tapang,Sekolah Sukan Bandar Penawar,dan Sekolah Sukan Bukit Jalil pernah mewakili skuad negara untuk Kejohanan Youth Club (CYC) suatu ketika dahulu.Namun,selepas itu beliau seolah-olah dipinggirkan atau digugurkan daripada skuad remaja kebangsaan (Harimau Muda)




Siapa tahu,selepas mengerjakan umrah di tanah suci pada bulan puasa yang lalu,rezeki Apex semakin baik seolah-olah berkat mengunjungi tanah suci mengiringi perjuangan beliau.Selepas pulang daripada tanah suci,Apex terus dikurniakan rezeki apabila mejuarai Piala Malaysia 2010 bersama Kelantan.Selepas itu,beliau juga berjaya membantu skuad Malaysia menjuarai Piala AFF 2010 sekaligus melonjakan populariti beliau.Seawal usia 20-an ini,beliau telah berjaya mencapai tahap yang membanggakan dalam kariernya dan diharap dapat meneruskan lagi kejayaan ini

TGNA ,KFCM,dan EXCO pada majlis meraikan pemain

Alhamdurilah,rezeki beliau bertambah lagi apabila Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju menghadiahkan sebuah rumah kepada beliau tanda penghargaan atas segala jasa beliau dalam bola sepak.Diharapkan penghargaan ini dapat membantu beliau meningkatkan kecemerlangan beliau pada masa hadapan.Kesempatan beliau berjumpa dengan Tok Guru semestinya perlu dimanfaatkan beliau untuk mendapatkan keberkatan...INSSAALLAH!!!

Sabtu, 1 Januari 2011

KELANTAN LWN T-TEAM PIALA FA 2011

Undian Liga Malaysia termasuk Piala FA telah berlangsung pada petang tadi di Kuala Lumpur menyaksikan Kelantan berdepan ujian getir apabila diundi menentang pasukan daripada jiran,T-Team dalam saingan Piala FA yang sepak mulanya dijadualkan pada 19/2/2011 depan.Perlawanan ini semestinya hangat ekoran kontrovesi melanda antara kedua-dua pasukan sebelum ini.




*Sumber daripada Tan Sri Anuar Musa


Perlawanan Persahabatan Kelantan Pra-Musim 2011 :

KELANTAN FA LWN TERENGGANU FA

Tempat : Stadium Sultan Mohd Ke-IV

Waktu : 8.45 malam

Tarikh : 15 Januari 2011