Rabu, 29 Disember 2010

KEJUARAAN MILIK KITA!!!!!!

Malaysia Juara AFF Suzuki Cup 2010

Akhirnya milik kita!!!....itulah kata-kata yang mampu dilafazkan lebih 2.7juta rakyat Malaysia yang mampu bergembira atas kejayaan pasukan bola sepak negara kita yang menjuarai AFF Suzuki Cup 2010.Setelah menunggu sekian lama untuk melihat skuad bola sepak negara kembali menjadi kuasa bola sepak serantau,malam tadi nama Malaysia kembali tercatat sebagai antara pasukan terbaik Asean sekali gus menjadi titik tolak kebangkitan bola sepak negara.Kejayaan ini merupakan bukti kebangkitan tahap bola sepak negara kita untuk terus melangkah kehadapan setelah sekian lama mengalami kejatuhan sehinggakan Malaysia pernah menduduki ranking terbawah suatu ketika dahulu.Pencapaian ini juga menjadi bukti bahawa negara tidak ketandusan bakat-bakat muda kerana skuad yang menjuarai kejohanan ini rata-ratanya pemain muda di antara likungan umur 19-29 tahun dengan pemain Selangor,Amri Yahya dianggap pemain paling senior .

Terbaik di rantau Asean

Apa yang menarik perhatian,kejayaan skuad negara dalam tempoh beberapa tahun ini sebenarnya ada berkait rapat dengan liga domestik .Hal ini kerana dalam tempoh 2 tahun pengharaman pemain import kita telah berjaya mencapai rekod baru dalam arena bola sepak antarabangsa.Dalam tempoh ini juga,kemarau pingat emas juga kita berjaya tamatkan dan berjaya mara ke pusingan kedua Sukan Asia seterunya menjuarai Piala AFF Suzuki 2010.Ini merupakan satu rekod yang boleh dibanggakan bagi kita kerana tempoh ketiadaan pemain import sebenarnya telah meningkatkan motivasi pemain tempatan dan memberi peluang kepada mereka untuk menonjolkan diri mereka.Program penghantaran pemain Harimau Muda ke Slovakia juga sudah dilihat memberi kesan apabila majoriti pemain yang menjuarai Piala AFF Suzuki ini dibarisi daripada pemain Harimau Muda.Oleh itu,pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) seharusnya meneruskan program pembangunan ini demi kemajuan bola sepak negara.

Inilah Barisan Kita..Yang Ikhlas Berjuang

Di awal pembabitan skuad negara,ramai yang tidak meletak harapan kepada mereka dengan ketiadaan pemain-pemain utama yang mengalami kecederaan.Skuad ini dianggap tempang dan tidak mampu menghadirkan sesuatu apabila menyertai kejohanan ini.Tambahan pula,kekalahan besar skuad negara 5-1 kepada Indonesia pada aksi pembukaan menguat lagi tanggapan rakyat terhadap keupayaan skuad ini.Namun,bermula dengan pertemuan dengan Thailand skuad negara mula mempamerkan kebangkitan sehingga mara ke perlawanan akhir dan akhirnya bergelar juara.Ini secara tidak langsung membuktikan bahawa pemain muda yang diberi kepercayaan mampu melaksanakan tugas dengan cemerlang dan beraksi dengan penuh matang serta berdisiplin malah permainan mereka dikatakan lebih baik daripada bintang-bintang yang mengalami kecederaan.Kejayaan pemain muda membuktikan keupayaan mereka mungkin boleh mengugat tempat pemain-pemain regular yang cedera dalam skuad kebangsaan seperti Aidil Zafuan,Zaquan Adha,Badrol Bakhtiar,Azmi Muslim,Bunyamin Omar,dan Norhafiz Zamani Misbah atau mungkin khidmat mereka tidak diperlukan lagi bagi mengisi posisi dalam skuad negara

KELANTAN 0-4 FELDA UNITED

*Masih mengunakan pemain gabungan pemain yang sama dengan perlawanan terdahulu

*Kelantan akan menutup aksi terakhir perlawanan di Lembah Klang menentang Sime Darby Fc.

Selasa, 28 Disember 2010

KELANTAN 1-2 SARAWAK

*Pemain utama tidak diturunkan
*Barisan pemain muda mengisi kesebelasan utama
*Permainan dikatakan lebih baik daripada kekalahan besar kepada Harimau Muda




PERLAWANAN SETERUSNYA : ( 29 Disember 2010 )


KELANTAN FA      LWN      FELDA UNITED

TEMPAT : Stadium MBPJ,Petaling Jaya

WAKTU : 4.00 PTG

Isnin, 27 Disember 2010

Kekalahan Pertama Pra-Musim Kelantan



KELANTAN FA 1-4 HARIMAU MUDA



Kelantan mencatat kekalahan pertama persiapan pra musim apabila tewas 1-4 ditangan pemain muda negara,Harimau Muda di Stadium MBPJ semalam.Kekalahan ini sebenarnya bukan menjadi ukuran sebenar bagi skuad Kelantan untuk musim depan kerana ketua jurulatih Kelantan,B.Sathianathan masih dalam proses mencuba gandingan pemain-pemain baru untuk musim depan.Turun tanpa kelibat Khairul Fahmi Che Mat dan Norshahrul Idlan Talaha yang mempunyai tugas bersama skuad negara,aksi Kelantan mungkin bukanlah aksi sebenar mereka pada perlawanan semalam.

Kelantan juga terpaksa bermain 10 orang apabila bekas penyerang kebangsaan , Mohd Khalid Jamlus dilayankan kad merah setelah didakwa mengkasari pemain lawan.Manakala Syakir Saari juga dilaporkan mengalami kecederaan dan hanya sempat bermain sekejap sahaja sebelum ditukarkan dengan Danial Fadly Abdullah.Tugas penjaga gawang pula dipikul oleh Mohd Shahrizan Ismail bagi mengisi tempat Khairul Fahmi yang tidak bersama skuad.Jaringan tunggal skuad Kelantan dihasilkan oleh Badri Radzi @ Piya sebagai gol saguhati Kelantan

Walau bagaimanpun,peminat TRW tidak perlu cemas dengan kekalahan pra-musim ini kerana persiapan pra-musim 2010 juga aksi Kelantan tidak seberapa positif.Namun.apabila musim 2010 bermula Kelantan mula mempamerkan aksi yang cemerlang sehingga berjaya bergelar JUARA TM PIALA MALAYSIA 2010.Petang ini, Kelantan sekali lagi akan turun melawan Sarawak di padang PKNS jam 4.45 petang untuk aksi kedua pra-musim di Lembah Klang.

Malaysia Gah Indonesia Rebah

Malaysia pamer aksi tersendiri benam Indonesia

Syabas!!!....itulah kata-kata yang mampu kita lafazkan kepada skuad negara atas kejayaan mereka merobohkan keangkuhan Indonesia dalam saingan perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil.Dihadiri lebih 75 ribu penyokong setia negara,skuad Malaysia mempamerkan aksi permainan yang menakjubkan untuk menumpaskan Indonesia .Turun dengan misi membalas dendam ekoran kekalahan besar kepada Indonesia pada peringkat kumpulan tempoh hari,anak-anak buah K.Rajagopal beraksi dengan penuh yakin dan bersemangat untuk membuktikan bola sepak Malaysia telah berada diambang kebangkitan.Tiga gol tanpa balas yang dihasilkan oleh Safee Sali (2 gol) dan Ashaari Shamsudin (1gol) sudah cukup mengembalikan maruah skuad negara dan membuktikan tahap bola sepak negara bukanlah seteruk yang disangka.

Keangkuhan Indonesia akhirnya runtuh

Kemenangan yang selesa untuk dibawa bekal ke Stadium Gelora Bung Karno nanti sudah pasti memberi keyakinan kepada anak-anak buah K.Rajagopal untuk mencipta kejayaan bagi merangkul kejuaraan buat pertama kali dalam sejarah bola sepak negara.Kini,laporan media Indonesia yang pada mulanya menyatakan Malaysia lawan yang mudah boleh disangkal sama-sekali kerana skuad negara kita sebenarnya mampu menjadi yang terbaik berbanding skuad Indonesia.Sikap yang memandang rendah kepada pihak lawan akhirnya memakan diri apabila kekalahan mereka membuktikan mereka hanyalah "jaguh kampung" sahaja.

Sentuhan Safee Sali sekali lagi ditagih

Isu laser yang dibangkitkan bukan faktor kekalahan Indonesia ditangan Malaysia kerana 3 gol yang dijaringkan Malaysia hanyalah selepas masalah laser diselesaikan.Kekalahan Indonesia ini sudah diakui sendiri oleh kapten Indonesia menerusi akaun twitter yang menyatakan pancaran laser bukan punca kekalahan skuad mereka ditangan Malaysia.Namun.skuad negara diharap tidak terus selesa kerana masih ada 90 minit baki perlawanan yang perlu diharungi sebelum bergelar juara.Kita hanya tinggal sebelah kaki sahaja lagi untuk mencapai kejuaraan dan pemain perlu berjuang berhabis-habisan demi maruah bola sepak negara.Ayuh wira-wira negara!!!!buktikan kebangkitan bola sepak negara kita.....kami mendoakan kejayaan skuad negara!!!!

Ahad, 26 Disember 2010

Rumours Kesebelasan Utama Kelantan 2011

                                        1
                              Kharul Fahmie

           15                       17                    3                        2
Daudsu Jamaludin   Rizal Fahmi    S.Subramaniam     Abdul Aziz
   
  10                  8                      16                          20
K.Soley     Syakir Saari     Badri Radzi      Nurul Azwan Roya
                                     
                          9                                       22
            Norsharul Idlan Talaha          Ramzul Zahini





*Majlis memperkenalkan pemain akan diadakan pada 8 Januari 2011 di Kelantan Trade Center (KTC).Jersi untuk pasukan TRW mungkin akan diperkenalkan pada tarikh tersebut.Pemain daripada Cardiff City,Nicholas Chan juga akan diperkenalkan pada hari itu bagi memberi peluang kepada peminat mengenali pemain-pemain TRW musim 2011

Khamis, 23 Disember 2010

Gambaran Awal Jersi Kelantan Musim 2011 Daripada Facebook TSAM

Satu bintang sebagai tanda satu kejuaraan


Info terbaru yang diperoleh daripada facebook Tan Sri Anuar Musa mengenai jersi Kelantan pada musim hadapan adalah seperti gambar yang dipaparkan.Seperti yang dikatakan TSAM,jersi TRW pada musim hadapan akan diletakkan satu bintang di atas lambang TRW sebagai tanda Kelantan telah berjaya memperoleh satu kejuaraan.Bintang yang dipaparkan ini akan menjadi simbol yang sangat bererti bagi skuad TRW setelah mencipta sejarah menjulang Piala Malaysia bagi musim 2010.


Jersi away Kelantan


Bintang yang dipaparkan ini juga diharap mampu menjadi pembakar semangat kepada pemain-pemain TRW pada musim 2011 nanti untuk terus mencipta kejayaan yang lebih cemerlang.Diharap dengan rekaan jersi yang baru ini,TRW akan terus menjadi sebuah pasukan yang gah dan disegani khususnya dalam liga domestik serta bakal menjadi pencabar utama Liga Super,Piala FA,Piala Malaysia dan melayakkan diri ke kejohanan Asia pada musim 2012 kelak.Untuk pengesahan bagi jersi sebenar TRW musim 2011,kita sama-sama nantikan pada hari pelancaran jersi musim 2011 yang akan diadakan kelak.

Rabu, 22 Disember 2010

Mungkin Ada Aksi Persahabatan Jumaat Ini







Selepas terpaksa membatalkan dua aksi persahabatan pada minggu ini ekoran masalah teknikal,Kelantan dikhabarkan akan mengadakan perlawanan persahabatan pada hari Jumaat ini,24 Disember 2010 di padang penjara di Pengkalan Chepa.Perlawanan ini sedikit sebanyak dapat mengubat hati peminat yang rindu akan aksi pemain-pemain TRW setelah lama tidak melihat aksi mereka.Ekoran cuaca yang tidak menentu,perlawanan persahabatan yang pada mulanya dirancang untuk diadakan di Stadium Sultan Mohd Ke-IV terpaksa dibatalkan akibat keadaan padang yang tidak elok.

Perlawanan persahabatan ini dijangka diadakan pada jam 4.45ptg di padang penjara menentang lawan yang belum dimaklumkan.Perlawanan ini merupakan pra-perlawanan bagi skuad Kelantan sebelum berangkat ke Lembah Klang untuk beberapa siri perlawanan persahabatan.Ini merupakan medan ujian buat anak-anak buah B.Sathianathan setelah lama aksi terakhir perlawanan persahabatan diadakan pada beberapa minggu lepas.B.Sathianathan juga akan menjadikan perlawanan ini sebagai tempat bagi beliau mencari kesebelasan bayangan untuk musim akan datang.

Selasa, 21 Disember 2010

EX-KT Team Fc

1.Berdiri:Mat Yo,Piji,Wadi,Muin  2. Duduk:Pi,Khalis,Boy





Haiii sume!!!!!!....kali nie aku bkn nk ckp sal b0la Malaysia...but,aku nk pr0mote team aku sndri (prsan bgus)...hak2....firstly,aku nk citer asal usul team kte0rg dlu...lau nk thu..team nie sbnrnya dh lme main skli sjk aku f0rm 1 lg...tp time tu di0rg sume f0rm 2....ceh....kira hebat la aku dpt msuk gr0up diorng wlupn muda agy(kira hbt la aku nie)...hehe....tp time tu kami main b0la sepak utk wkil sk0ll....Maktab Melayu Kubang Telaga l0cated bile k0rg 0n the way P.Puteh.....kira mmg dh knl rpt la antra plyer nie....c0ach kit0rg time tu mmg pakar bab2 coach nie...iaitu Abe Lan(Cgu Zailan)..kira bnyk lah jgk ilmu kami dpt dr cgu tu(xbyk p0m)....kami still main skli smpai la di0rg sume f0rm 5...aku time tu f0rm 4 la....dh brthun main skli tp kjuaraan xprnh bwk blk ...(bkn xpndai,tp xda rzeki) kt kube tlag0...

Tempat ketiga kejohanan


N0www,,,,,,,,sume dh tglkn sk0l nie...yg f0rm 5 smbg stdy kt IPT msing2 and aku still stdy kt sk0l Sultan Ismail(dh tmat skolah dh pn)....tp kite0rg ttp brhbung ...xkira la ape kdaan p0m...kra kacip la jgk....hak3....tp skrg dh bza dh...kami xmain b0la dh c0z xckup plyer..s0,kami tbuh team ftsal utk take part any t0urnment kt mna2 utk cr exprnce....ke hulu ke hilir kite0rg p utk trning t0 make sure team kte0rg bgus....hsil drpd ksrasian yg lme antara kami,team kite0rg nie pamer game ala2 Barcelona la jgk....simpe f00tball...first touch skill...fast game....memg bleh la....klau nk di kira dgn gaya game kami....tp ape yg pnting...team ini akn kami cuba kkalkn smpai kami dwasa c0z utk mbktikn yg ikatan prshbtan antara kami sgt kukuh...INSSALLAH!!!!....

Isnin, 20 Disember 2010

Malaysia Lwn Indonesia Final AFF Suzuki Cup 2010



Akhirnya badi 14 tahun ditamatkan anak-anak buah K.Rajagopal pada 19 Disember 2010 apabila menang agregat 2-0 keatas Vietnam sekali gus melayakkan skuad negara untuk mara ke perlawanan akhir buat pertama kali sejak 1996.Misi yang mahu membalas dendam ke atas Indonesia ekoran kekalahan besar 5-1 pada peringkat kumpulan seolah-olah hampir menjadi kenyataan apabila Indonesia menundukan Filipina dengan argegat 2-0 untuk mara ke final.Pertemuan ini dilihat peluang terbaik buat skuad negara untuk membalas dendam akibat dimalukan Indonesia tempoh hari.Kekalahan skuad negara pada peringkat kumpulan sebenarnya dilihat sebagai "bukan" aksi sebenar skuad negara yang pada ketika itu masih mencari rentak sebenar permainan.Bermula dengan pertemuan dengan Thailand,aksi skuad negara mula dijelmakan apabila berjaya mengikat Thailand dan membelasah Loas untuk gah mara ke separuh akhir.


  
Harapan rakyat Malaysia



Indonesia


Kini,hanya tinggal selangkah lagi bagi skuad negara untuk mencipta sejarah menjulang Piala AFF Suzuki Cup buat pertama kali dalam sejarah bola sepak negara.Peluang perlawanan akhir pertama beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Disember 2010 ini haruslah dimanfaatkan sebaik mungkin anak-anak buah K.Rajagopal bagi membawa bekalan selesa untuk berkunjung ke Indonesia nanti.Sokongan padu penyokong tempatan amatlah ditagih bagi memberi semangat kepada pemain negara untuk mencipta kemenangan.Oleh itu,marilah kita rakyat Malaysia bersama-sama memenuhi segenap ruang di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti untuk menyemarakkan obor perjuangan pemain-pemain negara nanti....Nantikan Harimau Malaya Mengegar Asia!!!!!.....

Sabtu, 18 Disember 2010

Gambaran Awal Jersi Kelantan Musim 2011

Mungkin tidak sama 100%


Ini ialah gambaran awal jersi pasukan TRW tahun 2011.Menggunakan penaja yang sama dengan musim 2010 iaitu Umbro,ciri-ciri yang sepadan dengan jersi tahun ini digabungkan dengan jersi pada musim lalu.Berkonsepkan jalur-jalur yang sama dengan jersi 2009,corak petak-petak empat segi yang terdapat pada jersi tahun ini digabungkan menjadi satu kombinasi yang baik.Walau bagaimanpun,jersi sebenar TRW pada musim 2011 hanya akan ditentukan KAFA pada 3 Januari 2011 ini dalam majlis memperkenalkan jersi dan pemain.Kita sama-sama nantikan tarikh tersebut....gomo kelate gomo!!!!

Malaysia Ke Final Suzuki AFF Cup 2011



Taniah skuad negara,taniah wira negara,taniah K.Rajagopal!!!!!!!.......Akhirnya penantian selama 14 tahun untuk Malaysia mara ke perlawanan akhir Suzuki AFF Cup berakhir setelah Malaysia menang argegat 2-0 ke atas Vietnam pada peringkat separuh akhir.Ternyata skuad yang dibina K.Rajagopal mempunyai kelas tersendiri dalam menempa nama dalam arena bola sepak antarabangsa.Bermula dengan isu kecederaan tonggak utama dilihat sebagai satu musibah bagi skuad negara untuk menghadapi saingan kali ini.Majoriti pemain yang mewakili negara ke kejohanan ini kali ini adalah pemain daripada skuad pembangunan negara iaitu Harimau Muda A yang dihantar ke Slovakia berjaya menampakkan hasil di peringkat tertinggi apabila berjaya membantu negara mara ke final buat pertama kali sejak 1996.
Pemain Meraikan Kejayaan Skuad Negara

Barisan muda negara yang diangkat K.Rajagopal ke skuad senior berjaya membuktikan sesuatu dan ternyata ketua jurulatih itu seorang jurulatih yang berkaliber kerana mampu mengatur taktikal yang bernas walaupun barisan negara cetek pengalaman di peringat antarabangsa.Pemain-pemain muda ini merupakan prospek masa hadapan buat negara dan mampu bersinar dengan lebih baik sekiranya diasuh dan digilap dengan sebaik mungkin.Kini ,hanya tinggal selangkah lagi bagi skuad negara untuk terus mencipta sejarah.Ayuh wira negara.....!!!!Buktikan sesuatu pada semua yang kita mampu menghadirkan sesuatu dalam kejohanan ini....kami rakyat Malaysia mendoakan agar barisan pemain negara berjaya mencapai kejayaan........SEMARAKAN SEMANGAT HARIMAU MALAYA!!!!!!!!!!!

Harapan Baru Bola Sepak Negara

Pemain yang menjadi harapan baru bola sepak negara


Berbekalkan kelebihan dua gol hasil kemenangan di Stadium Nasional Bukit Jalil beberapa hari yang lepas menjadi pemangkin semangat kepada anak buah K.Rajagopal untuk mencipta sejarah pada malam ini apabila turun menentang Vietnam .Kesungguhan dan semangat jitu amatlah dituntut daripada barisan pemain yang diturunkan dalam kesebelasan utama malam ini bagi memastikan pasukan negara mampu mara ke perlawanan akhir buat julung kalinya.Skuad yang dibimbing K.Rajagopal ini dilhat skuad yang terbaik pernah dimiliki negara selepas memasuki era profesional dalam liga domestik.

Kebijaksanaan K.Rajagopal dalam mencatur strategi sekali lagi dilihat sebagai kunci kepada skuad negara bagi mencipta sejarah untuk membawa pasukan negara mara ke final nanti.Kini,bagi 90minit lagi perlu diharungi wira-wira negara bagi membuktikan kewibawaan masing-masing untuk membawa pasukan negara ke perlawanan akhir nanti.Barisana sama yang menumpaskan Vietnam tempoh hari mungkin akan mengisi kesebelasan utama negara malam ini dengan Khairul Fahmi Che Mat dilihat sebagai pilihan utama sebagai penjaga gawang dan barisan pertahanan diketuai oleh Muslim Ahmad.Jentera tengah pula semestinya direncana kapten pasukan,Safiq Rahim untuk membuat umpanan kepada barisan hadapan.Kelibat Mat Yo @ Norshahrul Idlan Talaha dan Safee Sali diharap mampu menghadirkan sesuatu kepada skuad negara.

Khamis, 16 Disember 2010

Senarai Penuh Pemain Kelantan 2011

Tan Sri Anuar Musa sewaktu mengumumkan barisan pemain TRW di Kota Bharu kelmarin


GK :

 Khairul Fahmi Che Mat,Mohd Shahrizan Ismail,Judtanna Eh Put

DF :

Daudsu Jamaluddin,Rizal Fahmi Rosid,S.Subramaniam,Zairul Fitree Ishak,Farisham Ismail,Zamri Ramli,
Wan Rohaimi Ismail(new),Abdul Aziz Ismail(new),Nicholas Chan(new)

MF :

Mohd Badri Radzi,Syakir Saari.Khairan Eroza Razali,Wan Zaman Wan Mustapa,S.Chanturu,Zul Yusri Che Harun,K.Soley(new),Danial Fadly Abdullah(new),Nurul Azwan Roya(new)

S:

Norshahrul Idlan Talaha,Mohd Ramzul Zahini Adenan,Nizad Ayub,Khalid Jamlus(new)



Berikut adalah senarai pemain yang didaftarkan kepada FAM oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).Senarai penuh pemain ini diumumkan sendiri oleh Tan Sri Anuar Musa pada petang tadi di Kelantan Trade Center.Skuad kali ini diwakili hampir 90% anak jati Kelantan meletakan sasaran s/akhr Piala FA,Top 4 Liga Super,dan mempertahankan Piala Malaysian pada musim depan.KAFA juga menjelaskan kemasukan Badrol Bakhtiar dan Safiq Rahim terpaksa dilupakan akibat tuntutan (tebusan kontrak) yang agak mahal sehingga mencecah RM 1 juta kerana pemain ini telah mempunyai kontrak dengan pasukan masing-masing

KAFA juga menyatakan jumlah wang RM 1 juta itu lebih baik digunakan untuk pelaburan dalam pasukan yang lebih menguntungkan.Menurut Tan Sri Anuar Musa,mulai tahun hadapan KAFA akan lebih menekankan aspek pembangunan bola sepak di negeri ini dengan mewujudkan akademik KAFA yang lebih efisien dan mampu melahirkan pemain berkualiti .Jelasnya,tiada lagi bintang tetapi ada pahlawan!!!!...Mereka inilah yang akan mengegarkan persada bola sepak tanah air musim 2011.....Gomo kelate gomo!!!!!!!!

Kelantan Tanpa Kelibat Safiq Rahim dan Badrol Bakhtiar

Desas-desus mengenai kemasukan dua pemain ini semakin hangat di saat akhir hari pendaftaran pemain bagi musim 2011.Lebih menghangatkan majlis pengumuman pemain pula ditunda pada tarikh yang akn ditentukan kelak sekali gus mencetuskan resah dan tanda tanya kepada penyokong setia TRW mengenai status pemain ini.KAFA masih lagi bermain teka-teki mengenai senarai penuh pemain TRW bagi musim 2011.Adakah kelibat Safiq Rahim dan Badrol Bakhtiar dapat dilihat dalam skuad TRW musim 2011?.

Isu kemasukan dua orang pemain ini seolah-olah telah terjawab apabila sumber TRW melaporkan tiada kemasukan pemain ini ke dalam skuad TRW musim 2011.Harapan penyokong setia TRW untuk melihat Safiq Rahim dan Badrol Bakhtiar beraksi bersama skuad TRW mungkin boleh dilupakan.Mungkin ramai yang akan kecewa dengan keputusan ini kerana kedua-dua pemain ini merupakan antara pemain berkualiti yang dimiliki dalam Liga Malaysia yang dilihat mampu memberi kesan positif jika menyertai TRW.

Nicholas Chan pemain berusia 19 tahun
Beraksi bersama West Ham United


Namun,desas-desus terbaru dilaporkan bahawa seorang pemain rakyat Malaysia berbangsa cina yang beraksi bersama dengan kelab di luar negara bakal menyertai skuad TRW musim depan.Pemain berbangsa cina ini dikatakan bermain di posisi pertahanan .Sejauh manakah kesahihan mengenai desas-desus tersebut semuanya hanya ada pada kotak fikiran TSAM yang merencanakan kekuatan TRW.

Majlis Pengumuman Pemain Ditunda

Majlis pengumuman pemain yang dijadualkan pada jam 3petang ini oleh Tan Sri Anuar Musa ditunda sehingga satu tarikh yang belum ditetapkan.Difahamkan penundaan ini kerana KAFA mahu melakukan pengumuman pemain apabila kesemua pemain-pemain Kelantan hadir ke Kota Bharu.Ini kerana ada beberapa orang pemain masih lagi bersama skuad kebangsaan bagi saingan AFF Suzuki Cup.

Rabu, 15 Disember 2010

Safiq Rahim dan Badrol Bakhtiar Sah Sertai Kelantan ?

Safiq Rahim
Badrol Bakhtiar



Dikhabarkan nama pemain ini kembali menjadi sebutan dalam senarai terakhir pemain yang akan menyertai Kelantan musim 2011.Menurut sumber dalaman KAFA pemain ini sudah menyatakan persetujuan menyertai Kelantan musim 2011 dengan hanya meminta jumlah gaji yang minimum sahaja tetapi dijanjikan tempat dalam kesebelasan utama pasukan.Adakah perpindahan saat terakhir pendaftaran pemain akan berlaku lagi dalam skuad Kelantan sebagaimana berlaku sewaktu perpindahan terakhir Hairuddin Omar ke dalam skuad Kelantan pada musim lalu?.Untuk pengesahan mengenai berita ini kita tunggu pengumuman Tan Sri Anuar Musa pada petang ini.

Kelantan Menang Ujian Pertama Pra Musim 2011

Aksi separuh masa pertama


Aksi pertama perlawanan persahabatan antara Kelantan melawan Pilihan Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) berakhir dengan Kelantan menang bergaya 4-0 hasil jaringan dua gol daripada bintang baru,K.Soley dan Nizab Ayub pada separuh masa pertama.Manakala gol keempat menyusul pada separuh masa kedua hasil jaringan Ramzul Zahini Adenan.Perlawanan ini dilihat sebagai medan bagi ketua jurulatih Kelantan,
Abe Ya menguji pemain-pemain.

Pada separuh masa pertama,B.Sathianathan meletakan skuad yang terkuat dengan membariskan pemain-pemain regular skuad Kijang.Khalid Jamlus bersama Nizad Ayub diletakan dibahagian serangan manakala K.Soley,Wan Zaman,Badri Radzi,Nurul Azwan Roya bertindak sebagai pembantu dibahagian tengah.Manakala di bahagian pertahanan,Daudsu Jamaludin,Rizal Fahmi,S.Subramaniam,Abd Aziz Ismail bijak mengawal pertahanan.Aksi separuh masa pertama pasukan Kelantan menguasai hampir keseluruhan permainan dengan aksi-aksi lincah daripada K.Soley dan Nurul Azwan Roya.Ketua pasukan,Piya dilihat menjalankan tugas dengan cemerlang dengan mengatur banyak gerakan ke kubu lawan.Namun aksi Khalid Jamlus dilihat agak terbatas walaupun sempat mengacam sebanyak dua kali ke kubu lawan menerusi tandukan.Aksi serangan Kelantan banyak direncana daripada bahagian sayap dengan K.Soley dan Nurul Azwan Roya mempamerkan kelas tersendiri.Gol pembukaan terlebih dahulu disempurnakan oleh pemain muda,Nizad Ayub yang melakukan percubaan dan bola terkena pemain lawan lalu terbias kedalam gol.Akhirnya,aksi yang mantap daripada K.Soley berjaya membuahkan hasil apabila beliau berjaya menyumbang dua gol menerusi aksi lincah dan larian deras daripada sudut yang sama dengan berjaya mempedayakan penjaga gol dan pertahanan lawan.

Aksi kedua-dua pasukan


Pada separuh masa kedua,B.Sathianathan melakukan pertukaran keseluruhan pemain dengan memasukan gandingan Ramzul Zahini dan Aris Zaidi di bahagian serangan.Manakala bahagian tengah direncana oleh Syakir Saari dan Danial Fadly dengan dibantu Izwan Solahuddin.Bahagian pertahanan pula diketuai oleh Wan Rohaimi dan Farisham Ismail dengan dibantu oleh Zamri Ramli dan Zairul Fitree Ishak.Aksi separuh masa pertama agak seimbang bagi kedua-dua pasukan dengan bola banyak berlegar dibahagian tengah.Ramzul Zahini kadang kala mengacah ke kubu lawan tapi gagal mencari gol.Setelah mencuba sekian lama,akhirnya gol yang di cari hadir dengan Ramzul Zahini mudah menolak masuk bola hasil sepakan sudut untuk memberi gol keempat Kelantan.Setelah gol tersebut,kedua-dua pasukan buntu untuk mencari gol dengan sekali-sekala bola ke gawang gol.

Kesebelasan Utama Kelantan Separuh Masa Pertama:

Judtanna Eh Put(GK),Daudsu Jamaludin,Rizal Fahmi Rosid,S.Subramaniam,Abdul Aziz Ismail,K.Soley,Wan Zaman Wan Mustapa,Mohd Badri Radzi(C),Nurul Azwan Roya,Mohd Khalid Jamlus,Mohd Nizad Ayub

Kesebelasan Utama Kelantan Separuh Masa Kedua:

Mohd Shahrizan Ismail(GK),Zairul Fitree Ishak,Farisham Ismail(C),Wan Rohaimi Ismail,Mohd Zamri Ramli,Izwan Solahuddin,Syakir Saari,Danial Fadly Abdullah,Ramzul Zahini Adenan,Aris Zaidi

Selasa, 14 Disember 2010

Penjelasan Daripada TSAM




Nie la wk sguh....wk jlas dgn nyata drpd TSAM.....kes 3 ore plyer tubik ....BB dgn SR ado tu TSAM oyk jgk..kawe pn stju gpo wk TSAM oyk....tndkan 3ore nie supo sabotaj TRW utk musim 2011....

Isnin, 13 Disember 2010

Info Terbaru The Red Warriors 2011

Badrol Bakhtiar



Kawe bru dpt info trbaru drpd sumber trdkt yg BB dgn SR btul2 brmnt nk join kelate thun dpn....dgr kaba BB dgn SR tgh dlm proses dgn phk KAFA ...SR dgn BB nie plok nk join kelate tnpa prlukn gji mahal2...kro duo2 nie xksh dgn gji mhl ko x KAFA nk v....cumo KAFA bmbe klu ambk plyer nie nnti rmai wk pndg negatif....
Safiq Rahim




Nk thu stro mna btul bnda nie kito kno tgu 16 Disember 2010 nie jolo ko x plyer duo2 nie main kelate...trkh last dftr plyer 16 Disember nie dh...klu jd...jd...klu x...xla....smo2 kito tggu.....

*Tarikh perlawanan persahabatan Kelantan FA ada sedikit perubahan(akan dimaklumkan kemudian)

Antara Jodoh Dan Pertemuan

Hurm....nie xda yg f0mal ak nk bgthu ...bkn sal bola ...or sal gosip dlm skuad TRW yg biasa ak lporkn...tp ini soal hti dan prsaan...enth npe arini ALLAH uji ak dgn stu dgaan yg sgt bsr...dgann ape????...enth la...cmne la ak nk start ksah nie...hmmm,,sjk bbrpe bln lps ak ada p brye kt umh member lme ak...ala kt sktar kwsn tmpt tgl ak jew...member ak ni kra kwn lpe ak...tp gurl la....ch0p!!!!jgn pkr ak ska jln umh pmpuan erk....ak p sna pn dgn kwn ak yg laki....dia pn kwn kpd gurl nie..kiteorg p pn sb ats jmptan c0z umh gurl tu wk mkn...nk sng cter ktorg pn slg tkr2 no hp sb pkir sng nk contct..dlu msing2 dh ade no msing2...tp no tu sume dh lupus!!(tkr no bru ler)..jd ssh la nk brhbg..

Slang bbrp mggu ak dpt msg drpd gurl tu...ingt nk ajk p mkn umh dia plk...hehehe....tp ape yg ak dpt dia ttbe luah prsaan kt aku...adoiiiii!!!!!brt nye rse...ak ttbe je jd c0mpiuussss....yela...gurl tu baek sgt dgn ak...pstu jns snstif lak....ak jd srba slh jgk dgn dia....gurl tu agp ak dh sbgi b*y f*****d dia dh....dia ckp yg dia btul2 ska kt ku...rpe2nye...dh lme dia smpn prsaan dia kt ak....huh....xthu la ak nk bwt cmne

Ak cba jlskn kt gurl tu yg ak agp dia xlbh drpd kwn...ak dh agp dia cm adk ak dh...s0,,,,cmne ak nk brcnta dgn dia lau ak agp dia cm adk ak sndri...s0...ak ckp trus trang kt gurl tu yg ak xdpt tima dia lbh drpd seorg kwn....nk thu ape jd lps tu?????....pnyer la byk drama yg gurl tu main kn utk dptkn cnta ak....mcm2 dia bwt smpai ak sndri rse rmas dgn dia...akhrnya,,ak trpksa msuk progrm pilih kasih utk slmtkn dri ak...eh2...bkn yg kt tv tu la....just ak bwt2 la citer sal dri ak...(tp memg real pn sal ak bab nie)

Ape ak bwt???ak trpksa la ckp kt gurl tu yg ak dh ade 0wg yg pnyer....hati ak dh di mlki,,,,ak ckp yg kiteorg dh lme brsma....s0,,,xprlu la dia trus kjar CINTA yg mmg xpsti drpd ak....berhnti la mbru cnta ak lg...izin kn ak bhgia brsma hidup ak sndri.....sjk drpd ari tu,gurl tu dh xkcau ak lg..(mybe frust).....dan ak pn x nk hbngi dia lg.....persoalannya????ADAKAH AKU BERSALAH MENOLAK CINTA ORANG YANG AKU TAK CINTA DAN MELUKAKAN HATI SEORANG GADIS DEMI KEBAHAGIAN AKU SENDIRI???????????????????

Ahad, 12 Disember 2010

Kualiti Padang Stadium Sultan Mohd Ke-IV

Stadium Utama di Negeri Kelantan



Semalam berakhir sudah saingan bola sepak tertua di rantau asia iaitu Piala Emas Raja-Raja bagi edisi ke-70 dengan Kelantan dinobatkan sebagai juara edisi ini.Permainan yang ditunjukan kedua-dua pasukan amatlah terpuji dengan Kelantan dan Kedah membuktikan yang masing-masing mempunyai pemain pelapis berbakat.Untuk edisi kali ini,Stadium Sultan Mohd Ke-IV dipilih menjadi tuan rumah perlawanan akhir.

Namun,rungutan daripada sesetengah pihak tentang kualiti padang stadium yang tidak sesuai dijadikan venue perlawanan akhir ini sebenarnya tidak sepatutnya berlaku.Hal ini kerana kualiti padang sebenarnya berkait rapat dengan faktor cuaca.Umum mengetahui bahawa pada bulan Disember merupakan musim tengkujuh di Kelantan.Ini sedikit sebanyak menyebabkan padang menjadi basah dan becak sekali gus menyebabkan keadaan padang tidak elok.

Keadaan padang yang elok pada musim kemarau


Walau bagaimanapun,pihak perbadanan stadium telah berusaha sebaik mungkin menjaga kualiti padang supaya berada dalam keadaan baik sebelum sepak mula perlawanan akhir ini.Keadaan padang yang rosak sebenarnya sudah sinonim di Stadium Sultan Mohd Ke-IV pada bulan Disember.Namun ,apabila musim tengkujuh berakhir,keadaan padang di stadium ini kembali normal terutamanya musim kemarau.Sebagai bukti,untuk saingan Liga Malaysia,tiada sebarang rungutan daripada pihak lain mengenai kualiti padang yang teruk dan becak.Cuma,hanya keadaan padang yang tidak rata sahaja kedengaran itupun suara daripada kem Kelantan sendiri.Oleh itu,mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keadaan padang diminta bersabar dan faham dengan situasi yang dihadapi di Kelantan.Kerjasama daripada semua pihak amatlah dialu-alukan bagi meningkatkan kondusi padang di stadium ini.

Rabu, 8 Disember 2010

Senarai Pemain Yang Akan Didaftarkan KAFA Musim 2011

Gambaran Awal Jersi 2011 (mungkin bukan sama 100%)


GK : Khairul Fahmi Che Mat,Mohd Shahrizan Ismail,Jud Tana Eh Put

DF:
 Daudsu Jamaludin,Rizal Fahmi Rosid,S.Subramaniam,Zairul Fitree Ishak,Farisham Ismail,                    
 Mohammad  Abdul Aziz Ismail (new),Wan Rohaimi Wan Ismail (new),Zamri Ramli

MF :
  Mohd Badri Radzi,Shakir Shaari,Khairan Eroza Razali,Wan Zaman Mustapha,Zul Yusri Che Harun   
  S.Chanturu,K.Soley@ Solehin Kanasian Abdullah (new),Nurul Azwan Roya (new),
  Danial Fadly Abdullah (new)    

S:
 Norshahrul Idlan Talaha,Ramzul Zahini Adnan.Nizad Ayub,Khalid Jamlus (new,kontrak 6 bulan)


Pemain Piala Presiden (Latihan dengan skuad liga super) :

1.Mohd Aris Zaidi

2.Mohd Izwan Salahudin

3.Shafiq Haikal

4.Faiz Suhaimi

5.Nik Shahrul Azim

Isnin, 6 Disember 2010

Sah Tinggalkan Kelantan Musim 2011

Azizi hanya semusim bersama Kelantan








Indraputra banyak membantu kebangkitan bola sepak Kelantan


Farhan dua musim bersama Kelantan



Tiga bintang utama Kelantan musim 2010 Aziz Mat Rose,Indraputra Mahyudin,Mohammad Nor Farhan sah meninggalkan skuad TRW musim depan.Pemain ini dilaporkan telah memulakan latihan bersama skuad T-Team pada beberapa hari yang lepas setelah timbul isu ketidakhadiran mereka ke latihan skuad TRW.

Ketiga-tiga pemain bintang ini memilih untuk beraksi bersama skuad T-Team pada musim depan dibawah kendalian jurulatih baru T-Team,Yunus Alif.Indraputra dan Farhan merupakan antara bintang yang dibawa Tan Sri Anuar Musa untuk beraksi bersama Kelantan pada musim 2009 di bawah kendalian Peter James Butler.Kehadiran mereka kedalam skuad TRW bersama-sama dengan Khalid Jamlus pada musim 2009 banyak membantu menaikkan nama TRW.Kini,kenangan tinggal kenangan setelah mereka mengambil keputusan berhijrah ke pasukan T-Team pada musim depan.Khidmat dan jasa mereka selama dua musim bersama TRW tidak dapat dilupakan.



Antara aksi Farhan di awal penyertaannya bersama Kelantan




Azizi Mat Rose pula merupakan nadi utama TRW pada musim ini yang membantu TRW bolos paling sedikit dalam saingan Liga Malaysia 2010.Dia merupakan watak utama TRW di bahagian pertahanan.Menyertai TRW pada musim 2010 telah banyak menaikan nama skuad TRW.Namun,sudah menjadi adat resam dalam kehidupan yang datang pasti akan pergi.Azizi kini sah berhijrah bersama Indra dan Farhan ke skuad T-Team walaupun hanya semusim bersama Kelantan.

Apa-apapun SELAMAT MENJALANKAN TUGAS kepada mereka semua di pasukan baru nanti.Semoga penghijrahan anda ke sana dapat meningkatkan lagi tahap permainan anda seterusnya menaikkan imej bola sepak tempatan.....gomo kelate gomo...!!!

Salam Maal Hijrah 1432

Alhamdurilah.....umur kita dipnjgkn hgga ke hari ini....pelbagai cubaan dan dugaan yg dtg drpd ALLAH SWT kpd kita bg mguji keimanan dan ketabahan kita .Ujian yg ALLAH trunkn ini mrupakn sbhgian shj drpd ujian yg bnr2 mguji ktkwaan...jika dilihat drpd sirah perjuangan Nabi Muhammad saw dan para sahabat,ujian ke ats baginda jauh lbh hbt brbanding kita..Namun,ujian yg kcil sprti ini seolah-olah gagal diatasi dgn baik dek krn klalpaan kita utk brpaksikan kpd ajrn agama yg betul iaitu berpgang tguh kpd AL-QURAAN dan Sunnah....kita dilihat mjdi rakus dlm mgjar kemewahan hidup...tnpa memikirkan kwjibpn kita sbgai muslim..ini mgmbrkn mnusia pd hari ini terlalu taksub akn kbndaan.....AWAS!!!!....ALLAH tlh mnjanjikan blsn kpd mrka yg hnya mgjar kduniaan dan menentang Nya...Firman ALLAH SWT "faa aa man-man torro wal aa sorro tun dun nia fa in naa jaahil mah ya mah wa"....mksudnya "brng siapa yg mlwn Aku..yg hnya mgjar kduniaan shj..nescaya neraka wil lah Aku jnjikan kpdnya"....

Oleh itu....jdkan la tahun baru hijrah ini sbgai prmulaan kpd kita bg mlkukan prakarsa kearah sesuatu yg lbh baik dgn brusha sbaik mgkin mlatih dri kita mjd mukmin yg crmlang strusnya mjd uswah kpd masyrkt...ubah lah dri kita agar mdpt kredaan hidup di dnia dan jauhilah heterogen pidana yg boleh mrosakan akidah kita sbgai muslim...

Akhirul kalam....rebutlah pluang yg msh ada ini....utk mnunaikan sgala kwjiban kita sbgai muslim..jdkan tahun 1432 hijrah ini sbgai permulaan kpd pghjrahan akidah kita kearah yg lbh baik....SALAM MAAL HIJRAH 1432H......

Sabtu, 4 Disember 2010

Diari KAFA Sempena Penutup Tahun 2010 Tahun Bola Sepak Kelantan

17/12/2010 : TRW lwn Spore

 19/12/2010 : TRW lwn Samul Songkarang FC (SSM IV)
21/12/2010 : TRW lwn Thai Army (SSM IV)

23/12/2010 : TRW lwn Combodia Bright (SSM IV)

27/12/2010 : TRW lwn PKNS Selangor (Lembah Klang)

6/1/2011 : Majlis Memperkenalkan Jersi TRW

****25/12/2010 : Perkahwinan Nor Shahrul Idlan Talaha



* Tunggu wk rasmi drpd KAFA....wk nie x copem lg

Jumaat, 3 Disember 2010

Ganti Posisi Indraputra Dlm Skuad Kelantan 2011

Awe sewaktu menjalani latihan bersama Kelantan
Trbaru semua fan kelate di kjutkn dgn rmai prpndahn bntang2 kelate kluar dr skuad TRW....ini mgkin wk fan kelate tkut akn nsib TRW  musim 2011 nnti sb khlgan ramai bntg...tp jgn bmbg....pgnti kpd pmain bntg ini jga meme hbt jgk....khdrn mrka amt dialukn....ini slh stu plyer yg bru...Nurul Azwan Roya...atau ore pggil Awe nie meme perfomance dio bgs dlm liga malaysia....he is regular plyer for johor fc team...he is natural goal scorer when he plyed with johor fc...dio nie top scorer la dlm team johor fc....anok jati kelate nie meme start main bola dgn johor fc dh....start main presiden cup johor fc msa thun 2005(klu xslap ambo)...kro xajim main dgn TRW lg la walaupn asl di kelate....nie la pluang trbaik dio nk tabur bkti pd ngri klhiran dia...dio nie meme sdk la....


Nama: Nurul Azwan Roya
Posisi: sayap kiri
Pasukan Asal: Johor Fc (2005-2010)
Kelebihan: Bijak mencari peluang...lincah...mempunyai skill individu yang baik....mampu menjaringkan gol

Aksi awi sewaktu dlm Liga Malaysia yang lepas


So...xsoh bmbe la puok2 kito....dio nie meme plh ssuai gnti tmpt indra dlm skuad....ambo ykin skuad kito mmpu lbh mntap thun dpn dgn kbjksanaan abe ya ....gomo kelate gomo....




 

Khamis, 2 Disember 2010

Bakal Sertai Kelantan Musim 2011???

Safiq Rahim antara bakat muda terbaik negara



Hardi Jafar pemain berasal dari Kelantan
Badrol Baktiar pemain berbakat besar
  Sumber terbaru wak kawe tahu drpd info kawe....dio oyk kawe lonie tgh brunding dgn Safiq Rahim utk dibawa ke kelate...sumber tu oyk Safiq nie meme mnat bnr nk main dgn kelate....pahtu bnyi kaba Hardi Jafar dgn Badrol Baktiar pn KAFA nk jgk...xthu la bnr stra mno cito nie...sb bulan lps ado nk niat drpd kafa nk ambk plyer nie...pah xjd...tp sb kafa bkn khlangan 3 lg pmain utama ...kafa pn nk try semula brunding dgn plyer nie...apo2 pn...kito tgu dgn lihat lah sjauh mno cito nie....apo2 pn...smoga kelate trus berjaya musim dpn....gomo kelate gomo.....

Persiapan pra musim 2011

Khalid Jamlus antara tonggak yang akan menyarung jersi Kelantan musim 2011
berita2 trbaru byk kawe dgr ko mno2 pn...ado oyk gtu...ado oyk gnie...hk kawe dgn khlid jamlus...danial fadzly...wan rohaimin meme c0pem sign dgn kelate....tp bnyi wk update news ny0....3 ore plyer bru nk j0in kelate....2 ore nie plyer kbgsaan...1 ore bks plyer kbgsaan dan bks kpten kbgsann....aiii...koh0 mnrik bab2 transfer plyer musim 2011 nie...apo2 pn....sumo hrp team THE RED WARRIORS mmpu brjya lg thun dpn...

Masih Baru......