Rabu, 22 Disember 2010

Mungkin Ada Aksi Persahabatan Jumaat Ini







Selepas terpaksa membatalkan dua aksi persahabatan pada minggu ini ekoran masalah teknikal,Kelantan dikhabarkan akan mengadakan perlawanan persahabatan pada hari Jumaat ini,24 Disember 2010 di padang penjara di Pengkalan Chepa.Perlawanan ini sedikit sebanyak dapat mengubat hati peminat yang rindu akan aksi pemain-pemain TRW setelah lama tidak melihat aksi mereka.Ekoran cuaca yang tidak menentu,perlawanan persahabatan yang pada mulanya dirancang untuk diadakan di Stadium Sultan Mohd Ke-IV terpaksa dibatalkan akibat keadaan padang yang tidak elok.

Perlawanan persahabatan ini dijangka diadakan pada jam 4.45ptg di padang penjara menentang lawan yang belum dimaklumkan.Perlawanan ini merupakan pra-perlawanan bagi skuad Kelantan sebelum berangkat ke Lembah Klang untuk beberapa siri perlawanan persahabatan.Ini merupakan medan ujian buat anak-anak buah B.Sathianathan setelah lama aksi terakhir perlawanan persahabatan diadakan pada beberapa minggu lepas.B.Sathianathan juga akan menjadikan perlawanan ini sebagai tempat bagi beliau mencari kesebelasan bayangan untuk musim akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan