Sabtu, 18 Disember 2010

Malaysia Ke Final Suzuki AFF Cup 2011



Taniah skuad negara,taniah wira negara,taniah K.Rajagopal!!!!!!!.......Akhirnya penantian selama 14 tahun untuk Malaysia mara ke perlawanan akhir Suzuki AFF Cup berakhir setelah Malaysia menang argegat 2-0 ke atas Vietnam pada peringkat separuh akhir.Ternyata skuad yang dibina K.Rajagopal mempunyai kelas tersendiri dalam menempa nama dalam arena bola sepak antarabangsa.Bermula dengan isu kecederaan tonggak utama dilihat sebagai satu musibah bagi skuad negara untuk menghadapi saingan kali ini.Majoriti pemain yang mewakili negara ke kejohanan ini kali ini adalah pemain daripada skuad pembangunan negara iaitu Harimau Muda A yang dihantar ke Slovakia berjaya menampakkan hasil di peringkat tertinggi apabila berjaya membantu negara mara ke final buat pertama kali sejak 1996.
Pemain Meraikan Kejayaan Skuad Negara

Barisan muda negara yang diangkat K.Rajagopal ke skuad senior berjaya membuktikan sesuatu dan ternyata ketua jurulatih itu seorang jurulatih yang berkaliber kerana mampu mengatur taktikal yang bernas walaupun barisan negara cetek pengalaman di peringat antarabangsa.Pemain-pemain muda ini merupakan prospek masa hadapan buat negara dan mampu bersinar dengan lebih baik sekiranya diasuh dan digilap dengan sebaik mungkin.Kini ,hanya tinggal selangkah lagi bagi skuad negara untuk terus mencipta sejarah.Ayuh wira negara.....!!!!Buktikan sesuatu pada semua yang kita mampu menghadirkan sesuatu dalam kejohanan ini....kami rakyat Malaysia mendoakan agar barisan pemain negara berjaya mencapai kejayaan........SEMARAKAN SEMANGAT HARIMAU MALAYA!!!!!!!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan