Isnin, 27 Disember 2010

Kekalahan Pertama Pra-Musim Kelantan



KELANTAN FA 1-4 HARIMAU MUDA



Kelantan mencatat kekalahan pertama persiapan pra musim apabila tewas 1-4 ditangan pemain muda negara,Harimau Muda di Stadium MBPJ semalam.Kekalahan ini sebenarnya bukan menjadi ukuran sebenar bagi skuad Kelantan untuk musim depan kerana ketua jurulatih Kelantan,B.Sathianathan masih dalam proses mencuba gandingan pemain-pemain baru untuk musim depan.Turun tanpa kelibat Khairul Fahmi Che Mat dan Norshahrul Idlan Talaha yang mempunyai tugas bersama skuad negara,aksi Kelantan mungkin bukanlah aksi sebenar mereka pada perlawanan semalam.

Kelantan juga terpaksa bermain 10 orang apabila bekas penyerang kebangsaan , Mohd Khalid Jamlus dilayankan kad merah setelah didakwa mengkasari pemain lawan.Manakala Syakir Saari juga dilaporkan mengalami kecederaan dan hanya sempat bermain sekejap sahaja sebelum ditukarkan dengan Danial Fadly Abdullah.Tugas penjaga gawang pula dipikul oleh Mohd Shahrizan Ismail bagi mengisi tempat Khairul Fahmi yang tidak bersama skuad.Jaringan tunggal skuad Kelantan dihasilkan oleh Badri Radzi @ Piya sebagai gol saguhati Kelantan

Walau bagaimanpun,peminat TRW tidak perlu cemas dengan kekalahan pra-musim ini kerana persiapan pra-musim 2010 juga aksi Kelantan tidak seberapa positif.Namun.apabila musim 2010 bermula Kelantan mula mempamerkan aksi yang cemerlang sehingga berjaya bergelar JUARA TM PIALA MALAYSIA 2010.Petang ini, Kelantan sekali lagi akan turun melawan Sarawak di padang PKNS jam 4.45 petang untuk aksi kedua pra-musim di Lembah Klang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan