Khamis, 16 Disember 2010

Kelantan Tanpa Kelibat Safiq Rahim dan Badrol Bakhtiar

Desas-desus mengenai kemasukan dua pemain ini semakin hangat di saat akhir hari pendaftaran pemain bagi musim 2011.Lebih menghangatkan majlis pengumuman pemain pula ditunda pada tarikh yang akn ditentukan kelak sekali gus mencetuskan resah dan tanda tanya kepada penyokong setia TRW mengenai status pemain ini.KAFA masih lagi bermain teka-teki mengenai senarai penuh pemain TRW bagi musim 2011.Adakah kelibat Safiq Rahim dan Badrol Bakhtiar dapat dilihat dalam skuad TRW musim 2011?.

Isu kemasukan dua orang pemain ini seolah-olah telah terjawab apabila sumber TRW melaporkan tiada kemasukan pemain ini ke dalam skuad TRW musim 2011.Harapan penyokong setia TRW untuk melihat Safiq Rahim dan Badrol Bakhtiar beraksi bersama skuad TRW mungkin boleh dilupakan.Mungkin ramai yang akan kecewa dengan keputusan ini kerana kedua-dua pemain ini merupakan antara pemain berkualiti yang dimiliki dalam Liga Malaysia yang dilihat mampu memberi kesan positif jika menyertai TRW.

Nicholas Chan pemain berusia 19 tahun
Beraksi bersama West Ham United


Namun,desas-desus terbaru dilaporkan bahawa seorang pemain rakyat Malaysia berbangsa cina yang beraksi bersama dengan kelab di luar negara bakal menyertai skuad TRW musim depan.Pemain berbangsa cina ini dikatakan bermain di posisi pertahanan .Sejauh manakah kesahihan mengenai desas-desus tersebut semuanya hanya ada pada kotak fikiran TSAM yang merencanakan kekuatan TRW.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan