Sabtu, 18 Disember 2010

Harapan Baru Bola Sepak Negara

Pemain yang menjadi harapan baru bola sepak negara


Berbekalkan kelebihan dua gol hasil kemenangan di Stadium Nasional Bukit Jalil beberapa hari yang lepas menjadi pemangkin semangat kepada anak buah K.Rajagopal untuk mencipta sejarah pada malam ini apabila turun menentang Vietnam .Kesungguhan dan semangat jitu amatlah dituntut daripada barisan pemain yang diturunkan dalam kesebelasan utama malam ini bagi memastikan pasukan negara mampu mara ke perlawanan akhir buat julung kalinya.Skuad yang dibimbing K.Rajagopal ini dilhat skuad yang terbaik pernah dimiliki negara selepas memasuki era profesional dalam liga domestik.

Kebijaksanaan K.Rajagopal dalam mencatur strategi sekali lagi dilihat sebagai kunci kepada skuad negara bagi mencipta sejarah untuk membawa pasukan negara mara ke final nanti.Kini,bagi 90minit lagi perlu diharungi wira-wira negara bagi membuktikan kewibawaan masing-masing untuk membawa pasukan negara ke perlawanan akhir nanti.Barisana sama yang menumpaskan Vietnam tempoh hari mungkin akan mengisi kesebelasan utama negara malam ini dengan Khairul Fahmi Che Mat dilihat sebagai pilihan utama sebagai penjaga gawang dan barisan pertahanan diketuai oleh Muslim Ahmad.Jentera tengah pula semestinya direncana kapten pasukan,Safiq Rahim untuk membuat umpanan kepada barisan hadapan.Kelibat Mat Yo @ Norshahrul Idlan Talaha dan Safee Sali diharap mampu menghadirkan sesuatu kepada skuad negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan