Selasa, 27 Disember 2011

■DELETE DOSA,

■UPLOAD PAHALA,


■DOWNLOAD KESABARAN,


■UPGRADE KEIMANAN,


■BROWSING KEBAIKAN,


■UPDATE AMALAN



■SHUTDOWN PERMUSUHAN,

■RESTART PERSAUDARAAN, dan


■SELALU ONLINE KAN HATI KITA DI JALAN ALLAH SWT


■AWAS VIRUS SYAITAN SUPAYA SOFTWARE HATI DAN JIWA MENJADI TENANG

Sabtu, 24 Disember 2011

SAHABAT...

Diamku tak bererti aku membenarkan
Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan
Bisingku tidak bererti aku menyalahkan
Bukan juga melukakan
Tapi kerana aku amat menyayangimu
Maka aku cuba sedaya yang termampu
Menarikmu bersama mencari keredhaan-Nya
Di bumi yg terbentang luas ini
Kerana sayangku kepadamu
Maka aku cuba... dan terus mencuba!
Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri
Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan
Andai aku jumpa jalan
Tak akan kubiar kau sesat mencari jalan pulang
Aku akan! Itu janjiku!
Tapi hari ini hatiku benar-benar terguris
Terguris dengan tindakanmu
Terguris dengan janji palsumu untuk bersama-samaku mencari cahaya
Dan hati ini tiba-tiba timbul rasa benci
Benci kepada manusia yang menarik kau kembali ke jalan yang gelap
Hampir saja hari ini aku mungkiri janjiku itu
Namun tiba-tiba aku sedar
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti si durjana bersorak gembira atas kelemahan jiwa mujahid ini
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti, pasti pemilik cahaya itu akan bertanya kepadaku
Mengapa aku biarkan kau dalam kegelapan?
Aku tak mahu berjumpa dengan pemilik cahaya itu keseorangan..
Tak mahu..!
KERANA AKU SAYANG KAMU..
Maka aku akan cuba..dan terus mencuba!
Walau sekeping hatiku ini akan terluka teruk
Aku akan terus mencuba
Kerana aku sayang kamu, SAHABATKU!

Jumaat, 23 Disember 2011

SUARA MAHASISWA : ADAM ADLI

"Semenjak isu Adam Adli hangat, saya sentiasa terfikir untuk memberikan buah fikiran. Tetapi saya banyak diam, melihat apa yang berlaku dan meneliti. Kadang-kadang rasa kelakar. Seorang pemuda berumur 22 tahun, turunkan bendera, 5 minit, kemudian naikkan semula dengan baik, dikecam hebat, diugut bunuh, dan pemimpin-pemimpin saya membiarkan sahaja semua itu. Seakan-akan merestui. Beginilah. Adam Adli, dari satu sisi, benar boleh dikatakan 'tidak menunjukkan adab kesopanan melayu'. Datang tempat orang, kemudian pergi turunkan harta kebanggaan milik tuan rumah. Jawapannya di dalam video pun, pada saya tidak kuat. "Untuk memanaskan keadaan." Baik, Adam Adli 'kurang sopan'. Namun sekurang-kurangnya, dia tidak memijak, mengoyak, menconteng, dan 5 minit kemudian, menaikkan semula bendera itu dengan baik.

Kalaulah saya menjadi pemimpin saya, Dato' Seri Najib, saya akan buat begini: Saya akan buat sidang media. Dan berkata - "Saya maafkan sahaja Adam Adli. Dia bukannya buat apa-apa. Turunkan bendera wajah saya, tetapi kemudiannya dia naikkan semula. No big deal. Tak payahlah nak pukul-pukul, sampai nak bunuh. Buat apa? Tindakan mahasiswa, maka kita kena matang menanganinya. Apatah lagi, tiada pun undang-undang yang menyatakan salah turunkan bendera. Ini hanya melibatkan adab dan sopan sahaja." Sah-sah rakyat akan lebih sayang Dato' Seri Najib kalau dia cool buat begitu.

Tetapi nampaknya tidak. Membiarkan saudara-saudari saya di bawahnya berkeliaran melakukan kezaliman terhadap Adam Adli. Jauh lebih biadab, menganggu keluarganya, mengugut bunuh dan sebagainya. Buat gambar yang tidak senonoh, menuduhnya gay, dan sebagainya.

Jika begitu, oleh kerana ini isu 'adab dan sopan', saya suka juga mahu claim tindakan yang kencing pada banner bergambarkan Tuan Guru Hadi dan Tuk Guru Nik Aziz. Kencing sudah satu hal. Cuci balik tak? Merngapa isu itu tidak digembar-gemburkan? Saya boleh terima 'ketidak matangan' Adam Adli. Nak hukum dia? Boleh. Hukum yang setimpal(setimpal dengan turun bendera la Semestinya pukul, bunuh, bukan dari kalangan 'setimpal').

Tetapi saya tidak boleh terima ketidakmatangan ayah-ayah dan ibu-ibu saya dalam 'menangani masalah Adam Adli'. Dan kalau nak hukum sangat, bagi adil. Adam Adli boleh kena, mengapa tidak kenakan kepada orang-orang yang menyokong Kerajaan saya hari ini, yang turut tidak beradab dalam banyak hal juga (tanpa menafikan, ada juga yang beradab.)? ------------------------------------------------ Patutnya, inilah peluang tarik undi. Secara general, orang boleh terima 'budak yang tidak matang'. Tetapi susah orang nak terima 'ayah-ayah dan ibu-ibu yang tidak matang'. Maka dengan adab yang hilang, undi pun terbang. ^^





Credit to Berita Universiti (Hilal Asyraf)
Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik,
Terbaik dari segala hal,
Duniawi mahupun ukhrawi,
Kelak dirimu bahagia...

Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik,
Soleh dan solehah,
Mukminin dan mukminat,
Hidup sentiasa berlandaskan hukum dan syariat,
Bahagia dunia dan akhirat...

Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik,
Baginya dunia hanya sementara,
Akhirat dikejar kerana itulah tempat yang abadi,
Untuk menuju ke syurga Allah...

Untuk memilih teman,
Pilihlah yang terbaik,
Al-Quran jadi panduan hidup,
Sunnah Rasulullah menjadi ikutan,
Moga kekal di dunia hingga ke akhirat…(◠‿◠✿)...

Isnin, 19 Disember 2011

Seseorαng yg αdα dαlαm hidup kitα hαnyα milik Allαh.kitα cumα pinjαm. tαpi segαlαnyα Allαh yg punyα.Jαdi bilα semuα ini Allαh yg punyα, mαkα diα berhαk buαt segαlα sesuαtu.
Ðiα berhαk beri cintα & kαsih syg. diα juga berhαk tαrik bαlik semuα itu. Selαlu jugα ingαt bαhαwα αpα yg
kitα rαsα terbαik itu belum pαsti menjαnjikαn yg terbαik untuk kitα.
Ðαn αpα yg dirαsα αib & menyαkitkαn itu tidαk semestinyα pαhit di hujungnyα. Selαlu ingαt bαhαwα αpα yg Allαh buαt untuk kitα, αdαlαh
yg terbαik untuk kitα. Ðαri situ kitα αkαn mulα belαjαr erti redhα. "
kitα tidαk mαmpu mengαwαl αrαh tiupαn αngin, kitα hαnyα mαmpu mengαwαl kemudi pelαyαrαn
kitα. InsyaAllah ^^







credit to Abu Huzaifah Nasir
‎......║\
......║▒\
......║▒▒\
......║░▒║..Luka
......║░▒║..disebabkan...
......║░▒║..Pedang
......║░▒║..Jika
......║░▒║..Dibalut
......║░▒║..Akan
......║░▒║..kembali
......║░▒║..Sembuh
......║░▒║..TETAPI
......║░▒║..Jika
......║░▒║..Luka
......║░▒║..disebabkan
......║░▒║..Kata-kata
......║░▒║..Akan
......║░▒║..kekal
......║░▒║..di
......║░▒║..Ingatan
......║░▒║..Sepanjang.
......║░▒║...Hayat.....
......║░▒║
......║░▒║
.▓▓▓▓▓▓▓▓▓
.......]█▓[
.......]█▓[
.......]█▓[
.......]█▓[

ada hikam arab menyatakan "الوقت كالسيف فإن لم يقطع قطعك".

Lidah..
Ibarat sebuah senjata atau pisau yang memiliki dua mata yang sangat tajam. Jika dia tidak menggunakannya dengan baik, maka senjata itu akan melukai orang lain atau melukai dirinya sendiri. Demikian juga lidah, jika seseorang tidak menggunakannya dalam kebaikan maka pasti dia akan terjerumus dalam keburukan.

Salah seorang sahabat yang bernama Sofyan bin Abdullah pernah bertanya pada Rasulullah SAW: wahai Rasulullah, beritahukanlah padaku tentang satu perkara yang harus aku pegang teguh? Lalu beliau menjawab:
قل امنت بالله ثم استقم

Katakanlah: "Aku beriman pada Allah, kemudian beristiqomahlah"

Lalu sahabat itu kembali bertanya: Wahai Rasulullah, apakah yang paling engkau takutkan dariku? Kemudian Rasulullah memegang lidahnya sambil berkata: ini. Berapa banyak perselisihan yang terjadi antara dua orang teman yang diakibatkan oleh lidah, berapa banyak perceraian atau pertengkeran yang terjadi antara dua orang suami isteri yang diakibatkan oleh lidah, berapa banyak tawuran masal antara dua sekolah atau dua desa yang terjadi yang diakibatkan oleh lidah dan masih banyak lagi keburukan-keburukan lainnya yang disebabkan oleh lidah ini, entah itu berupa perkataan dusta, ghibah (menggunjing orang lain), namimah (mengadu domba), saksi palsu, mencela, mencerca dan lain sebagainya.

Benarlah sabda Rasulullah SAW:

من كان يؤمن بالله و اليوم الآخر فليقل خيرا أو ليصمت

"Barang siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam"

Salah seorang penyair Arab berkata:

وجرح السيف تدمله فيبرا ويبقى الدهر ما جرح اللسان

"Luka kerana pedang jika kamu balut maka diapun akan kembali sembuh dan akan lekang sepanjang masa luka yang diakibatkan oleh lisan"

Oleh kerana itu, marilah kita jaga lisan kita, jangan sampai lisan kita tergelincir dengan mengeluarkan kata-kata yang dapat mendatangkan kemurkaan Allah Ta'aala atau keburukan bagi orang lain. jangan sampai amal ibadah yang kita lakukan sia-sia belaka karena perkataan yang keluar dari mulut kita. Kemudian yang kedua: hati Sungguh manusia itu tergantung pada hatinya, sebab hati itu memberi komando kepada seluruh anggota tubuh, dari mulai akal pikiran, mata, telinga dan lain sebagainya. Oleh karena itu apabila hatinya baik maka akan baik pulalah anggota tubuh yang lainnya, tetapi apabila jahat maka binasalah semua anggota tubuh yang lainnya. Wallahu'alam.
✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿

ADAB BERKAWAN ~>

♥ kawan ialah orang yang selalu berdamping dengan kita selain kaum keluarga.♥

Ciri-ciri kawan yang baik:

~♥ Taat dan patuh pada perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya.

~♥ Berakhlak mulia dalam pergaulan.

~♥ Menjaga keaiban kawan.

~♥ Menerima teguran dan nasihat kawan.

Cara-cara beradab dengan kawan:

~♥ Memberi salam ketika bertemu dan berpisah.

~♥ Saling menasihati pada perkara yang baik.

~♥ Jujur dan ikhlas berkawan.

~♥ Bersangka baik terhadap kawan.


Kelebihan berkawan dengan orang baik:

~♥ Taat pada perintah Allah SWT

~♥ Dapat mencegah perbuatan mungkar.

~♥ Dikasihi dan diredai oleh Allah SWT

~♥ Dapat mencontohi kebaikan kawan.

✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿❤✿

Isnin, 12 Disember 2011

✰◠◡◠✰ TANGISAN HAWA ✰◠◡◠✰



♫❤♫❤♫❤♫❤♫❤♫❤♫❤♫❤♫❤♫❤♫❤♫❤♫❤♫❤♫❤

❤ Duhai Adam......
ketahuilah bahawasanya...

❤ ketika wanita menangis,...
bukan bererti dia tidak berusaha menahannya,...
melainkan kerana pertahanannya sudah tidak mampu
lagi membendung airmata...

❤ ketika wanita menangis,...
bukan bererti dia ingin mencari perhatian,...
melainkan kerana hatinya tidak terdaya untuk menanggung kesedihan...

❤ ketika wanita menangis,...
bukan kerana dia ingin dilihat lemah,...
melainkan kerana dia tidak sanggup lagi berpura-pura kuat...

❤ ketika wanita menangis,...
bukan bererti dia ingin membuat orang rasa bersalah,...
melainkan kerana dia sendiri tidak tahu apa yang membuat dia sedih...

❤ ketika wanita menangis,.. .
janganlah engkau menganggap mereka lemah,...
kerana engaku juga yang menyebabkan airmata itu mengalir...

❤ Renungkanlah duhai adam...Hargailah wanita yang berada di sisimu...Jangan sesekali engkau lukai hatinya!!!

♫❤♫❤♫❤♫❤♫❤♫❤♫❤♫❤♫❤♫❤♫❤♫❤♫❤♫❤♫❤

Isnin, 5 Disember 2011

✿~ Berjalanlah dengan penuh HARAPAN walau hidup ini tidak selalu BAHAGIA....

✿~ SEDEKAHKANLAH satu SENYUMAN walau dihatimu tidak lagi mampu 

bertahan... 


✿~ BELAJARLAH memaafkan walau dirimu terluka...


✿~ BERHENTILAH memberi ALASAN walau ingin menyatakan KEBENARAN...

✿~ HIDUPLAH dalam IMAN walau hari dipenuhi DUGAAN...


✿~ BERPEGANGLAH kepada Allah walau Dia tidak kelihatan….

~> Bukti kasihNya,kita WUJUD di dunia pinjaman ini...ada SEBAB apabila berlaku sesuatu perkara dan YAKILAH Allah menguji setiap hambaNya...