Ahad, 31 Julai 2011

AMANAT YAB TUAN GURU DATO BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT SEMPENA RAMADHAN


Firman Allah SWT :
ياأيها الذين آمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون
Yang bermaksud : Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa..” – Al-Baqarah, ayat 183
Alhamdulillah, sekali lagi tetamu mulia bernama Ramadhan menjenguk ke dalam ruang hidup kita. Sesungguhnya hidup ini merupakan satu perjalanan, tiba di destinasinya ia akan terhenti walau apa pun usaha untuk menegahnya daripada berhenti. Syukur kepada Allah SWT, ia masih belum terhenti sehingga ke saat ini untuk membenarkan kita sekali lagi bertemu dengan Ramadhan. Syukur kerana bulan ini ialah bulan yang menjanjikan hidayah dan ganjaran yang besar buat sesiapa yang memburunya.
Sebagaimana yang seringkali saya nyatakan sebelum ini, Ramadhan tidak usah lagi disebut sebagai bulan puasa. Kadang-kadang sebutan bulan puasa lebih terkenal dari sebutan bulan Ramadhan menyebabkan masyarakat hanya akan mengingati Ramadhan sebagai bulan untuk berpuasa. Justeru, ramai yang menganggap puasa sahaja dengan menahan lapar dan dahaga tanpa mengerjakan tuntutan-tuntutannya sudah cukup bererti di dalam menyambut Ramadhan. Ini merupakan satu kesilapan dalam memahami tuntutan Ramadhan.
Perkara paling penting dalam menyambut Ramadhan ialah taqwa kerana itulah matlamat daripada ibadat puasa. Taqwa tidak lahir melainkan dengan hidayah. Dan hidayah hanya tumpah ke dalam hati dengan izin Allah SWT. Hati yang mendapat hidayah akan memandu anggota untuk melakukan kebaikan. Kaki akan dipandu untuk ke masjid, lidah akan dipandu untuk membaca al-Quran, tangan akan dipandu untuk bersedekah dan begitulah anggota-anggota yang lain.
Hidayah ialah satu benda yang tidak diajar dalam sekular, komunis, kapitalis mahupun sosialis. Tidak pernah ideologi sekular mengajar penganutnya berusaha mencari hidayah. Kapitalis hanya mengajar penganutnya mencari harta kekayaan tetapi tidak pernah menyebut persoalan hidayah. Umat Islam yang terpengaruh dengan ideologi-ideologi ini hanya akan meratibkan soal-soal lahiriah tanpa menyentuh soal hidayah. Bahkan ia akan dilabel sebagai hak peribadi yang tidak boleh disentuh oleh sesiapa sekalipun.
Inilah silapnya pemikiran kebanyakan individu masyarakat pada hari ini. Sedangkan hidayah ialah satu nikmat daripada Allah SWT. Di dalam surah al-Fatihah yang wajib dibaca di dalam setiap kali solat, kita diminta untuk membaca permohonan mendapatkan hidayah atau petunjuk ke jalan yang lurus. Firman Allah SWT :
اهدنا الصراط المستقيم
Yang bermaksud : “Tunjukilah kami jalan yang lurus..” – Surah al-Fatihah, ayat 6
Sekiranya hidayah ialah persoalan yang tidak penting, maka apa perlunya untuk dipohon di dalam solat? Apa perlunya untuk sentiasa diangkat permohonan ini kepada Allah SWT berbelas-belas kali dalam sehari? Jawabnya, hidup ini tidak akan bererti melainkan dengan hidayah daripada Allah SWT. Justeru, mereka yang mendapat hidayah dianggap sebagai orang-orang yang mendapat nikmat yang besar. Firman Allah SWT :
صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين
Yang bermaksud : (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. – Surah al-Fatihah, ayat 7
Dan siapa pula orang-orang yang mendapat nikmat tersebut? Mereka bukan semestinya orang-orang yang kaya, berpangkat dan berpengaruh yang pada hari ini dipandang mulia di hadapan manusia kerana kekayaan, jawatan dan pengaruhnya. Mereka ialah orang-orang yang disebut oleh Allah SWT :
مَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ
Yang bermaksud : “Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, yaitu: Nabi-nabi, para shiddiiqiin, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang saleh. dan mereka Itulah teman yang sebaik-baiknya..” – Surah an-Nisa’, ayat 69
Selain memohon untuk diberikan hidayah, semarakkanlah Ramadhan dengan bacaan al-Quran sebanyak-banyaknya. Selain membaca, fahamilah makna dan beramallah dengan kandungannya. Al-Quran ialah manual yang diturunkan Allah SWT untuk manusia menjalani kehidupan di muka bumi ini. Ini kerana bumi ini diciptakan oleh Allah SWT dan manual penggunaannya hanya dikeluarkan oleh Allah SWT. Memahami al-Quran membawa kita mengenali di antara dosa dan pahala, syurga dan neraka. Ia umpama lampu suluh yang menyuluh gelap pekat jahiliyyah. Sebagaimana kita akan mencari lampu suluh untuk menyuluh laluan pada saat malam pekat, demikian juga laluan hidup perlu disuluh agar bercahaya. Lampu suluh kehidupan ialah al-Quran. Inilah penyuluh yang akan menerangi laluan di dunia, alam kubur bahkan apabila bangkit di akhirat nanti. Mereka yang menolak al-Quran hakikatnya menolak lampu suluh yang disediakan oleh Allah SWT. Mereka perlu bersedia untuk menghadapi kegelapan di alam kubur dan kegelapan di hadapan Allah SWT kelak.
Bahayanya masyarakat yang hidup tanpa lampu suluh ini sangat besar. Pengalaman saya bermusafir ke Uzbekistan baru-baru ini cukup mengajar saya bagaimana teruknya masyarakat apabila mengenepikan al-Quran selaku manual hidup. Di bumi yang tersemadinya jasad muhaddis agung al-Imam al-Bukhari Rahimahullah itu, hari ini masih ditadbir dengan nilai-nilai komunis sekalipun Uzbekistan telah merdeka dari Soviet Union,ia masih mengekalkan beberapa dasar yang begitu sekali memberikan kemudharatan kepada Islam. Bumi ini yang pernah melahirkan ulama-ulama besar seperti Imam Bukhari, Abu Laits As Samarkandi, Imam Bahaudin, Imam Muslim, Imam Nasai, Imam Tirmizi, Imam Nakhai dan lain-lain, hari ini seolah-olah kehilangan kesemua kebanggaan yang pernah dicatat di dalam sejarah. Masjid-masjid cukup besar namun sunyi dari diimarahkan. Lebih teruk apabila anak-anak di bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan datang ke masjid dengan alasan belum cukup umur. Akhirnya pendidikan Islam semenjak kecil tidak disemai dan melahirkan masyarakat yang hanya Islam pada nama tetapi tidak pada amalan kehidupan.
Inilah rupa wajah masyarakat yang tidak dibentuk dengan acuan al-Quran. Bagaimanapun, usaha-usaha untuk menyemarakkan dakwah mula berjalan dan saya berharap suatu hari nanti bumi Uzbekistan ini berjaya mengulangi sejarah kegemilangannya insya-Allah.
Apa yang penting, perkongsian ini untuk mengingatkan kita bahawa begitulah bahayanya apabila al-Quran dikesampingkan. Ditambah pula dengan para ulama yang tidak mahu turun ke medan menegakkan pemerintahan yang berlandaskan Islam, sedikit demi sedikit nilai Islam akan dicabut. Apabila ia berjaya dicabut, ia akan mengambil masa yang lama untuk disemai semula.
Justeru, jadikanlah Ramadhan sebagai ruang untuk menyemarakkan al-Quran. Ibubapa berperanan di rumah, guru-guru di sekolah dan kerajaan pula di dalam negara. Semua pihak perlu bekerjasama dan insya-allah saya yakin dengan usaha berterusan, masyarakat umat Islam dapat kembali menghayati al-Quran dalam kehidupan.
Akhir kata, selamat menyambut Ramadhan. Semoga Ramadhan tahun ini akan lebih mesra Qalbu bagi diri kita berbanding dengan Ramadhan yang telah berlalu.


YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan.

Ahad, 24 Julai 2011

Islam adalah satu cara hidup yang sangat meraikan dan tidak pernah sekali-kali menyekat naluri fitrah manusia termasuklah berhibur dan berseni seperti mendengar muzik, bunyi-bunyian dan tarian asalkan sahaja hiburan itu tidak menyalahi hukum-hukum syara'. Syaitan selalunya mengambil peluang dari hiburan yang melalaikan untuk menyesatkan dan melaghokan manusia.

Ramai di antara kita merungut yang pelajar perlukan hiburan untuk melepaskan tekanan. Namun, kita tidak sedar hiburan yang salah dipilih akan mengundang kemurkaan Allah SWT. Dan akan membawa kepada lebih banyak perkara yang tidak seharusnya berlaku. Lalu, timbul perspektif bahawa Islam mengongkong manusia untuk berhibur. Hakikatnya, Islam bukan sahaja membenarkan hiburan, malah menyediakan panduan yang teratur untuk kita berhibur.


Sesungguh Allah itu cantik, dan Dia suka kepada yang cantik dan indah. 

Hiburan itu indah. Hiburan itu cantik. Jika betul cara dan gayanya, hiburan bukan sahaja dapat melepaskan tekanan, ia juga dapat menjadi satu ibadah kepada Allah. Sekaligus kita akan mendapat pakej 2 dalam 1. Sebaliknya, jika salah memilih hiburan, lahirlah generasi hedonisme.

Hiburan dan nyanyian yang harus dalam Islam adalah sesuatu yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia, menghibur dan memberikan ketenangan kepada jiwa di samping mematuhi adab-adab Islam. Ini menuntut kesedaran yang tinggi dari setiap Muslim supaya membentuk hiburan tersendiri dan terpisah daripada pengaruh jahat. Sebarang percubaan untuk menghanyutkan umat Islam ke arah kemaksiatan, kemudharatan dan kefasikan mestilah dihalang sesuai dengan penetapan dan susur galur Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Dalam menjawab isu seni tarian, maka lebih baik dikemukakan fatwa al-Azhar:

1. Pergerakan dan permainan perempuan yang terbuka kepada khalayak boleh menimbulkan fitnah dan hukumnya haram.

2. Perempuan haram menari walaupun dengan suaminya sendiri dikhalayak ramai dan termasuk didalam kumpulan yang melakukan dosa.

3. Keadaan seperti ini adalah satu perkara yang tidak boleh dipertikaikan lagi dan tidak memerlukan kepada dalil yang jelas bahkan ia boleh difikirkan secara akal sahaja.

4. Sesiapa yang meredhai perbuatan tersebut samada hadir ataupun tidak maka ia adalah maksiat.

Oleh itu, Biro Kebudayaan Islam SAHAM telah menggariskan beberapa panduan tentang hiburan sebagai rujukan setiap warga di Universiti Malaysia Pahang:

1.Hendaklah dipastikan muzik / lagu / skrip / tema yang tidak melalaikan dan membawa ke arah bertentangan dengan aqidah seperti menyalahi syariat Allah SWT, meragui hari kiamat dan pembalasan dosa pahala juga tiada unsur memuja atau taksub kepada wanita.

2- Suatu persembahan yang dijalankan hendaklah tidak berlebih-lebihan sehingga hak-hak Allah dan kewajipan yang lain terabai seperti menunaikan ibadah, hak mencari dan memberi nafkah, menuntut ilmu dan sebagainya. Maka apabila berlaku sedemikian, ia adalah dikategorikan sebagai sia-sia. Oleh itu, ia hendaklah dijauhi berdasarkan firman Allah s.w.t. dalam surah al-Qasas ayat 55 :
وإذا سمعوا اللغو اعرضوا عنه
:Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia (lagha), mereka berpaling daripadanya.."


3- Hendaklah dipastikan tiada percampuran di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa sekatan dan had hingga membawa kepada bersentuhan antara lelaki wanita ajnabi, tiada majlis tari-menari, tidak berlakunya lakonan-lakonan liar dan seumpamanya.
4- Orang yang melakukan persembahan tersebut hendaklah dari kalangan lelaki jika penontonya adalah lelaki dan wanita manakala jika persembahan itu tertutup dan semua yang berkait dengannya adalah wanita maka dibolehkan persembahan tersebut dari kalangan wanita. Ini adalah bagi mengelak segala fitnah dan punca kerosakan dari suara wanita dan pergerakan manja dan mengghairahkan.
Rasulullah SAW juga bersabda :
عن أبي مالك الأشعري قال، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ليشربن الناس من امتي الخمر يسمونها بغير اسمها يعزف على رؤوسهم بالمعازف والمغنيات يخسف الله بعم الارض ويجعل منهم القردة والخنازير.
Daripada Abu Malik al-Asy'ari daripada Nabi saw bersabda; Sesungguhnya sebahagian daripada umatku akan meminum arak dan menamakannya dengan bukan nama asalnya dan dialunkan muzik kepada mereka dan dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi perempuan. Allah akan membenamkan mereka ke dalam perut bumi dan Allah akan menjadikan mereka kera dan khinzir.~hadis riwayat ibnu majah~
5- Penyanyi, pembuat persembahan dan penonton yang hadir hendaklah menjaga auratnya, tidak melakukan gerak badan yang memberahikan, sekalipun lagu dan senikata yang disampaikan adalah baik, dalam keadaan ini ianya tetap menjadi haram.
Sabda Nabi s.a.w. :
إن من أهل النار نساء كاسيات عاريات مائلات مميلات لا يدخلن الجنة ولا يجدن ريحها
Sebahagian dari penghuni neraka ialah perempuan yang memakai pakaian yang solah telanjang, pakaian yang sesat dan menyesatkan. Mereka tidak masuk ke syurga dan tidak mencium baunya. ~hadis riwayat Muslim~


Islam mengharamkan menampakkan susuh tubuh dibahagian dada dan pinggul,maka terlebih teruk dari itu apabila disertai dengan pergerakan yang gemalai dan membawa kepada fitnah.


Sekian, wasalam.

Abdul Muin Abdul Manan
AJK Exco Kepimpinan dan Latihan Sahabat Masjid (SAHAM),
Universiti Malaysia Pahang.

Sabtu, 16 Julai 2011

DI MANA KREDIBILITI ANDA???

Najib Tun Razak
Bila mana bercakap soal kredibiliti tentu tumpuan terarah kepada YAB Dato Seri Mohd Najib selaku Perdana Menteri Malaysia kerana banyak isu yang perlu dirungkai bila menyentuh soal kredibiliti.Najib selaku ketua negara,ketua pemerintahan,dan juga ketua keluarga dilihat gagal menjalankan fungsi beliau sebagai seorang yang mempunyai kewibawaan dalam merancanakan pentadbiran.Banyak hal yang berkait rapat dengan Najib menguji kredibiliti beliau selaku Perdana Menteri yang mentadbir negara.


Antara isu yang jelas boleh mempertikaikan kredibiliti beliau ialah beliau gagal menyediakan stadium seperti yang dijanjikan untuk perhimpunan BERSIH 2.0 tempoh hari walaupun janji itu dikeluarkan daripada mulut beliau sendiri.Kabinet dan Jemaah Menteri jelas tidak bersetuju dengan cadangan beliau lantas menolak usul tersebut pada mesyuarat jemaah menteri yang dipengerusikan oleh Najib sendiri.Ini jelas menggambarkan Menteri-Menteri di bawah beliau tidak menghormati beliau sendiri dan dengan jelas membawa maksud Najib sudah tiada kredibiliti selaku ketua kerana beliau gagal mengendalikan orang bawahannya sendiri.

Duit siapa beli cincin ini????
Isu terbaru yang telah diusulkan dalam Dewan Rakyat ialah harga sebentuk cincin yang dibeli oleh Rosmah yang dianggarkan bernilai RM 24 juta.Apabila usul ini dibahaskan di parlimen,Najib dilihat berada dalam keadaan bersahaja dan tidak berkata apa-apa ibarat ada sesuatu disebaliknya.Mungkin Najib takut untuk bersuara dek kerana takut kepada Rosmah serta bimbang rahsia wang yang digunakan untuk membeli cincin tersebut akan terbongkar.Bukan itu sahaja,Rosmah juga dilaporkan memiliki 3 jenis beg tangan yang bernilai RM 100 000 ke atas setiap satu.Ini juga tidak termasuk kos membaik pulih kediaman rasmi Perdana Menteri yang mencecah RM 1.8 juta lebih.

Harga cincin Rosmah yang bernilai RM 24 juta
Persoalan utama di sini ialah dari mana wang tersebut datang kalau bukan daripada wang rakyat.Perlu diingat bahawa Najib pekerjaannya ialah Perdana Menteri semata-mata dan Rosmah bukanya Menteri,CEO mahupun seorang yang memiliki perniagaan sendiri kerana Rosmah hanyalah isteri kepada seorang Perdana Menteri.Untuk makluman,gaji seorang Perdana Menteri tidak lebih pun daripada RM 10 000 dan dianggarkan sebanyak RM 7000-RM 9000 sahaja.Tetapi,bagaimana beliau dapat memiliki aset berjuta-juta sehinggakan mengatasi pendapatan bulanan beliau sendiri?.Bagaimana seorang Perdana Menteri sanggup berbelanja duit rakyat sehingga RM1.8 juta untuk membaik pulih kediaman beliau sendiri tetapi masih ada rakyat yang tinggal di rumah usang malahan masih ada yang tidak memiliki rumah?.Itulah Perdana Menteri yang sanggup mementingkan hak peribadi berbanding hak rakyat.Segala yang rugi rakyat yang terima tetapi yang untung mereka yang makan.Benarlah kata Najib," RAKYAT DIDAHULUKAN ,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN''.

Isnin, 11 Julai 2011

PASCA HIMPUNAN BERSIH 2.0

Adakah jumlah begini dikatakan 6000 orang sahaja?
Tanggal 9 Julai 2011 sejarah telah tercipta di negara kita apabila rakyat yang mahukan keadilan bangkit mengadakan himpunan bagi menyuarakan suara mereka terhadap ketidak puasan hati mereka .Tanpa mengira umur,bangsa,dan agama mereka bergabung dalam menuntut satu ketulusan dan keadilan dalam pilihanraya.Perhimpunan Bersih 2.0 ini yang difatwakan secara membabi buta oleh golongan yang takut kepada keadilan menyatakan Bersih 2.0 satu pertubuhan HARAM.Di sini suka bagi saya ingin menjelaskan bahawa Bersih 2.0 bukan sebuah pertubuhan tetapi satu kempen yang menuntut keadilan dalam sistem pilihanraya di Malaysia ini.

Sedarlah ini adalah suara rakyat !!!
Jika Bersih 2.0 yang merupakan satu kempen dalam menuntut keadilan perlu didaftarkan,mengapa kempen 1 Malaysia tidak turut didaftarkan?.Hal ini kerana kedua-dua ini merupakan kempen dan bukanya pertubuhan dan berbeza daripada visi dan misi.Perkara inilah yang perlu dipersoalkan kerana daripada awal lagi ketulusan dan keadilan dalam sistem demokrasi negara kita telah dicabul.Keadaan ini boleh mewujudkan suasana tidak sihat dalam kematangan berpolitik di Malaysia.

Mereka menggunakan segala kekuatan bagi menyekat kemaraan rakyat.
Senario takut pada bayang-bayang sendiri terus dipancarkan oleh mereka yang takut akan keadilan dan ketelusan.Bersih 2.0 yang didukung oleh 60 lebih NGO yang terdiri daripada Majlis Perguam Negara.Menghalang rakyat mengadakan perhimpunan secara aman juga berlawanan dengan peruntukan Perlembagaan Malaysia Perkara 9 dan 10 iaitu :

 Perkara 9. Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak.
(1) Tiada seorang pun warganegara boleh dibuang negeri dari atau ditahan masuk ke Persekutuan.
(2) Tertakluk kepada Fasal (3) dan kepada mana-mana undang-undang yang berhubungan
dengan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam,
kesihatan awam, atau penghukuman pesalah, tiap-tiap warganegara berhak bergerak dengan
bebas di seluruh Persekutuan dan bermastautin di mana-mana bahagiannya.
(3) Selagi mana-mana Negeri lain berada dalam kedudukan istimewa di bawah Perlembagan
ini berbanding dengan Negeri-Negeri Tanah Melayu, Parlimen boleh melalui undang-undang
mengenakan sekatan-sekatan, antara Negeri itu dengan Negeri-Negeri yang lain, ke atas
hak-hak yang diberikan oleh Fasal (2) berkenaan dengan pergerakan dan kemastautinan.

  Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.
(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)—
(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;
(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.

Malahan,merekalah yang memulakan kekacauan dan keganasan sehingga ada rakyat yang terbunuh dan tercedera.Mereka perlu sedar,jangan sampai rakyat hilang sabar dan mereka bangkit dengan kuat suatu hari nanti bagi menuntut keadilan dan ketelusan dalam negara tercinta ini.

Ahad, 3 Julai 2011

KENAPA PERLU TAKUT PADA BERSIH 2.0? ADAKAH TUNTUTAN INI SALAH DI SISI AGAMA DAN UNDANG UNDANG?




Lapan tuntutan dikemukakan untuk tujuan tersebut iaitu:-

Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 2.0 

1. Bersihkan senarai undi

• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.

• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang. 

2. Mereformasikan undi pos

• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.

• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.

• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos. 

3. Gunakan dakwat kekal

• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali. 

4. Masa kempen minima 21 hari

• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.

• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja. 

5. Akses media yang bebas dan adil

• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.

• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.

• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam 

Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil. 

Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak. 

Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat. 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa. 

Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang. 

7. Hentikan rasuah 

Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.

Pembelian undi harus dihentikan!

Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan. 

8. Hentikan politik kotor 

BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.

Tuntutan ini adalah kesinambungan Bersih pertama yang dibuat menjelang pilihan raya ke 12 lalu.


Jumaat, 1 Julai 2011

MASA PANTAS MENINGGALKAN KITA

Kini telah bergelar sebagai seorang mahasiswa
Allahuakhbar....Allah Maha Besar,Allah Maha Agung.....sedar tidak sedar masa terlalu pantas berlalu pada dunia akhir zaman ini.Kini sudah hampir memasuki fasa ke-2 tahun 2011 dengan erti kata lain sudah habis setengah tahun bagi 2011.Begitu pantas masa berlalu dan tanpa disedari jugak usia semakin tinggi kematian semakin menghampiri.Nikmat yang Allah kurniakan kepada kita sebelum ini banyak yang kita tidak manfaati antaranya masa lapang yang dibiarkan begitu sahaja tanpa ada pengisian.Andai dapat kita undur masa tersebut sudah pasti kita merancang untuk merancanakan pengisian bagi memenuhkan kelapangan itu.
Pandangan luar khemah solat terawih di "Ikhya Ramadhan"
Pandangan dalam khemah terawih ''Ikhya Ramadhan"

Ramadhan???? Ya...Ramadhan hampir kembali setelah meninggalkan kita selama setahun.Rasanya baru semalam bersama ramadhan.Subahanallah,cepat betul masa berlalu sehinggakan masa yang setahun itu dirasakan macam sehari.Mohon Allah panjangkan umur kita dan dipermudahkan urusan untuk dipertemukan dengan ramadhan sekali lagi kerna beribu manusia yang tidak sempat lagi merasai nikmat ramadhan tahun ini kerana telah pergi meninggalkan kita selama-lamanya.Tidak sabar rasanya ingin menyambut bulan ''ibadah'' sekali lagi dan sudah pasti kerinduan di berkampung selama sebulan di ''Ikhya Ramadhan (Perkampungan Ramadhan) dapat diubati kembali.Mohon diberi keizinan daripada Allah untuk sekali lagi berkampung di sana tahun ini untuk lebih menghayati ramadhan tahun ini.