Rabu, 30 Mac 2011

KEPUTUSAN UNDIAN OLIMPIK DAN PIALA DUNIA

SKUAD OLIMPIK :

                                                                                VS
*SKUAD OLIMPIK MALAYSIA MLN SKUAD OLIMPIK LEBANON


KELAYAKAN PIALA DUNIA :

                                                                               VS


*MALAYSIA VS TAIWAN

Ahad, 27 Mac 2011

SAFEE SALI LEDAK 2 GOL BENAM BONTANG FC

Safee Sali menamatkan kemarau jaringan empat perlawanan apabila membantu Pelita Jaya FC membenam Bontang FC dalam saingan Liga Super Indonesia (ISL) kelmarin.Safee yang tidak disenaraikan dalam kunjungan skuad kebangsaan ke Singapura membuktikan beliau mampu menjelmakan kegerungan dengan mempamerkan aksi mantap sejak awal perlawanan.

Beliau terpaksa menunggu hingga babak kedua untuk meletakkan Pelita Jaya FC di hadapan sebelum meledak gol kedua selepas itu untuk memberi kemenangan mutlak pasukannya.Selepas mengharungi beberapa perlawanan sukar,akhirnya Pelita Jaya berjaya memperoleh kemenangan pertama daripada empat perlawanan.Keputusan akhir perlawanan Pelita Jaya FC 2-1 Bontang FC

Khamis, 24 Mac 2011

SAINGAN PIALA PRESIDEN 2011

KEPUTUSAN PENUH PERLAWANAN :


KELANTAN FA 4-0 SEKOLAH SUKAN BANDAR PENAWAR

*Kelantan mengawal hampir 60% perlawanan.

*Dua gol setiap babak dijaringkan oleh pemain Kelantan.

*Pemain SSBP menampilkan permainan kurang kemas.

SAINGAN PIALA PRESIDEN 2011

KELANTAN FA LWN SEKOLAH SUKAN BANDAR PENAWAR(SSBP)

TEMPAT : Stadium Sultan Mohd Ke-IV

TARIKH : 24 Mac 2011

MASA : 4.45 Petang

Isnin, 21 Mac 2011

SAINGAN PIALA PRESIDEN ANTARA T-TEAM DAN KELANTAN DITUNDA

*Perlawanan yang dijangka berlangsung kelmarin di Padang C Kompleks Sukan Gong Badak ditangguhkan bagi menghormati kemangkatan bonda Yang Di-Pertuan Agong .

SAINGAN PIALA PRESIDEN 2011

                                                                                VS

TEMPAT : Stadium Ismail Nasiruddin Shah,Kuala Terengganu

TARIKH : 21 Mac 2011

MASA : 4.45 Petang

KELANTAN MARA SELEPAS BAHAM FELDA UNITED

Keputusan Suku Akhir Ke-2 Piala FA 2011 : Felda United 0-3 Kelantan FA (Kelantan mara agregat 5-2)



SEPARUH AKHIR PERTAMA PIALA FA 2011:
                                                                                VS

TEMPAT : Stadium Shah Alam, Selangor

TARIKH : 13 Mei 2011

MASA : 8.45 Malam

Jumaat, 18 Mac 2011

KELANTAN SEDIA GEGAR FELDA UNITED MALAM ESOK

Pemain giat menjalani latihan
Kelantan berada dalam kondusi terbaik menjelang pertemuan Suku Akhir Kedua Piala FA 2011 menentang Felda United di Stadium Sultan Mohd Ke-IV esok.Walaupun diikat dua sama tempoh hari dan Felda United mempunyai kelebihan jaringan,anak-anak buah M.Karathu nampak bersemangat untuk menebus kesilapan dalam pertemuan pertama lalu.
Latihan terakhir sebelum sepak mula malam esok
Pada sesi latihan terakhir Kelantan petang tadi,kesemua pemain Kelantan turun menjalani latihan dan pemain yang sebelum ini mengalami kecederaan dilihat kembali pulih serta mula menjalani latihan.S.Subramanian dan Zairul Fitree Ishak dilihat sudah cergas menjalani latihan.Hanya Ramzul Zahini Adenan sahaja yang tidak menyertai latihan kerana masih cedera dan berada di luar padang untuk latihan pemulihan.
Apex berada dalam keadaan bersedia menjelang pertemuan esok
Pada sesi latihan petang tadi juga kesebelasan bayangan Kelantan juga sudah dapat dilihat dengan Khairul Fahmi kekal di posisi gol.Barisan pertahanan pula tampak tiada perubahan besar dengan Daudsu ,Farisham,Rizal Fahmi,dan Zairul Fitree kembali mengisi bahagian ini.Barisan tengah juga masih mengekalkan Syakir dan Piya di tengah manakala sebelah kiri milik Nurul Azwan Roya dan bahagian kanan mungkin akan diisi sama ada Zul Yusri Che Harun atau Solehin Kanasian@K.Soley.Di bahagian serangan pula,Dato' M.Karathu dilihat akan mengandingkan Norshahrul Idlan Talaha dengan S.Chanturu bagi merobek gawang Felda United esok.

Isnin, 14 Mac 2011

RIZAL FAHMI ROSID PEMAIN KEEMPAT KELANTAN DIPANGGIL SERTAI SKUAD KEBANGSAAN

Rizal Fahmi Rosid
Buat pertama kalinya,pemain berasal daripada Kelantan ini dipanggil untuk menyertai latihan skuad kebangsaan pada 21-28 Mac 2011 ini.Pemain ini dipanggil menyertai skuad kebangsaan bersama tiga lagi pemain kebangsaan dalam skuad Kelantan ,Norshahrul Idlan Talaha,Khairul Fahmi Che Mat,dan S.Chanturu.

Pemilihan Rizal Fahmi untuk menyertai skuad kebangsaan merupakan satu bonus kepada pemain ini yang telah mempamerkan aksi mantap di bahagian pertahanan Kelantan sejak tiga musim lalu.Akhirnya,musim ini tuah telah memihak kepada pemain ini apabila dipanggil buat pertama kali menjalani latihan bersama skuad kebangsaan.

Khamis, 10 Mac 2011

APA KAITAN UNDI DENGAN DOSA DAN PAHALA?

Sebuah negara demokrasi melaksanakan sistem pilihanraya bagi memilih wakil dan memikul tanggunjawab serta amanah daripada rakyat.Pemimpin sama ada Ahli Parlimen (MP) atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) merupakan suara rakyat untuk diterjemahkan dalam dewan bagi membela nasib rakyat.Mereka mewakili suara rakyat dengan undi yang diperoleh daripada pilihanraya menjadi penentu kepada kelestarian sesebuah pembangunan rohaniah dan fizikal.Mereka bertanggunjawab sepenuhnya atas segala pembentukan modal insan negara demi memastikan para intelektual dapat dilahirkan.

Pilihanraya memerlukan undian dalam menentukan siapakah yang dipilih mengalas tanggugjawab rakyat dalam memperjuangkan nasib mereka.Jika undi yang kita lakukan memihak kepada seorang pemimpin yang mukminum,bertakwa,dan istiqamah dalam ibadat,undi kita itu bukan sahaja menjadi undi untuk membela nasib rakyat malah menjadi ibadat yang memberi pahala kepada kita kerana pemimpin yang dipilih adalah golongan orang yang bertakwa.Pemimpin yang bertakwa semestinya mempunyai akhlak yang baik dan seorang yang patuh kepada ALLAH.Tambahan pula,jika pemimpin ini ingin melaksanakan perintah atau hukum ALLAH,kita wajib mentaati dan memilihnya kerana mereka ingin menegakkan syiar ISLAM.Firman ALLAH SWT,''yaa ayu hall lazzi naa aa maa nu huu wa attihullah ha wa attihullrasull ha wa ullil am rii kun".Maksudnya,"taatlah kamu kepada ALLAH ,taatlah kamu kepada RASUL,dan kepada pemimpin".

Namun,jika undi kita memilih mereka yang hidup dengan kezaliman dan melakukan maksiat serta menolak hukum ALLAH kita diibaratkan menyokong perlakuan mereka itu dan secara tidak langsung kita juga tergolong dalam golongan munafikin.Undi kita itu ibarat mengalakkan pemimpin yang bersikap dusta dan menyukai apa yang mereka lakukan seperti melanggar hukum ALLAH,melakukan maksiat,menolak ajaran AL-Quraan serta mentadbir secara zalim dengan mengunakan duit rakyat untuk kepentingan peribadi.Pemimpin yang hanya mementingkan keduniaan sahaja haruslah ditolak kerana kita memerlukan pemimpin yang seimbang dari segi keduniaan dan akhirat.Apa gunanya kita memilih pemimpin yang tahu memberi materialistik sahaja tetapi hukum akhirat ditolak ketepi.Untuk memimpin,kita juga wajib memimpin berlandaskan agama dan menjadikan AL-Quraan sebagai panduan utama sebagaimana yang dilakukan Baginda Nabi Muhammad SAW.

Selasa, 8 Mac 2011

JADUAL WAKTU PENYIARAN LIGA SUPER 2011 SECARA LANGSUNG

Berikut adalah jadual waktu siaran langsung Liga Super Malaysia 2011 yang akan disiarkan melalui siaran 801 Astro Arena.Jadual ini membabitkan saingan Liga Super bagi bulan Mac dan April.Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan siaran ini secara langsung.

Isnin, 7 Mac 2011

PUMA TAJAAN TERBARU

Koleksi but terbaru
Keselesaan sewaktu beraksi adalah kunci utama kepada prestasi seseorang pemain bola sepak.Justeru itu,pemilihan but yang tepat dapat membantu pemain memperagakan aksi yang terbaik setiap kali bermain.Malah tidak hairanlah jika ada pemain yang sudah sinonim dengan hanya satu jenama sahaja dengan mereka kerana ciptaan but jenama berkenaan mungkin memberi keselesaan yang maksimum kepada mereka berbanding jenama lain.

Admin juga turut tidak terkecuali dalam pemilihan but apabila maju setapak lagi dalam arena bola sepak negara apabila menerima tajaan sebuah syarikat terkemuka Puma.Puma menjadi penaja ketiga kepada admin setelah pernah menjadi penaja kepada Adidas dan Nike beberapa tahun lepas.Admin berharap penajaan ini dapat membantu admin kembali ke kemuncak prestasi dalam kancah bola sepak.

Sabtu, 5 Mac 2011

SAFEE SALI BUKTIKAN PEMBELIANYA BERBALOI APABILA JARINGKAN GOL PERTAMA

Safee Sali membuktikan beliau adalah seorang penyerang negara yang berbisa apabila berjaya meledakkan gol pertama beliau dalam saingan Liga Super Indonesia(ISL) yang juga merupakan gol tunggal dan kemenangan pasukanya pada perlawanan pembukaan pusingan kedua liga.

Safee Sali yang memakai jersi bernombor 55 berjaya menghasilkan gol ke-110 beliau pada minit ke-61 hasil daripada umpanan rakan gandinganya Ramirez yang berasal daripada Uruguay.Kemenangan pasukan Pelita Jaya FC ke atas Sriwijaya FC ini menjadi pembakar semangat kepada Safee Sali untuk terus meledakan gol selepas ini.

 Beliau yang terpaksa melupakan untuk memakai jersi no kegemaranya (10) kerana telah didaftarkan atas nama pemain lain tidak menghadapi masalah apabila memilih dengan kehendak sendiri untuk menyarung jersi bernombor 55 yang mungkin membawa maksud (55 = Safee Sali).Kemungkinan Safee Sali akan menguna kembali jersi bernombor 10 pada musim baru nanti.