Sabtu, 5 Mac 2011

SAFEE SALI BUKTIKAN PEMBELIANYA BERBALOI APABILA JARINGKAN GOL PERTAMA

Safee Sali membuktikan beliau adalah seorang penyerang negara yang berbisa apabila berjaya meledakkan gol pertama beliau dalam saingan Liga Super Indonesia(ISL) yang juga merupakan gol tunggal dan kemenangan pasukanya pada perlawanan pembukaan pusingan kedua liga.

Safee Sali yang memakai jersi bernombor 55 berjaya menghasilkan gol ke-110 beliau pada minit ke-61 hasil daripada umpanan rakan gandinganya Ramirez yang berasal daripada Uruguay.Kemenangan pasukan Pelita Jaya FC ke atas Sriwijaya FC ini menjadi pembakar semangat kepada Safee Sali untuk terus meledakan gol selepas ini.

 Beliau yang terpaksa melupakan untuk memakai jersi no kegemaranya (10) kerana telah didaftarkan atas nama pemain lain tidak menghadapi masalah apabila memilih dengan kehendak sendiri untuk menyarung jersi bernombor 55 yang mungkin membawa maksud (55 = Safee Sali).Kemungkinan Safee Sali akan menguna kembali jersi bernombor 10 pada musim baru nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan