Ahad, 27 Mac 2011

SAFEE SALI LEDAK 2 GOL BENAM BONTANG FC

Safee Sali menamatkan kemarau jaringan empat perlawanan apabila membantu Pelita Jaya FC membenam Bontang FC dalam saingan Liga Super Indonesia (ISL) kelmarin.Safee yang tidak disenaraikan dalam kunjungan skuad kebangsaan ke Singapura membuktikan beliau mampu menjelmakan kegerungan dengan mempamerkan aksi mantap sejak awal perlawanan.

Beliau terpaksa menunggu hingga babak kedua untuk meletakkan Pelita Jaya FC di hadapan sebelum meledak gol kedua selepas itu untuk memberi kemenangan mutlak pasukannya.Selepas mengharungi beberapa perlawanan sukar,akhirnya Pelita Jaya berjaya memperoleh kemenangan pertama daripada empat perlawanan.Keputusan akhir perlawanan Pelita Jaya FC 2-1 Bontang FC

Tiada ulasan:

Catat Ulasan