Isnin, 14 Mac 2011

RIZAL FAHMI ROSID PEMAIN KEEMPAT KELANTAN DIPANGGIL SERTAI SKUAD KEBANGSAAN

Rizal Fahmi Rosid
Buat pertama kalinya,pemain berasal daripada Kelantan ini dipanggil untuk menyertai latihan skuad kebangsaan pada 21-28 Mac 2011 ini.Pemain ini dipanggil menyertai skuad kebangsaan bersama tiga lagi pemain kebangsaan dalam skuad Kelantan ,Norshahrul Idlan Talaha,Khairul Fahmi Che Mat,dan S.Chanturu.

Pemilihan Rizal Fahmi untuk menyertai skuad kebangsaan merupakan satu bonus kepada pemain ini yang telah mempamerkan aksi mantap di bahagian pertahanan Kelantan sejak tiga musim lalu.Akhirnya,musim ini tuah telah memihak kepada pemain ini apabila dipanggil buat pertama kali menjalani latihan bersama skuad kebangsaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan