Khamis, 10 Mac 2011

APA KAITAN UNDI DENGAN DOSA DAN PAHALA?

Sebuah negara demokrasi melaksanakan sistem pilihanraya bagi memilih wakil dan memikul tanggunjawab serta amanah daripada rakyat.Pemimpin sama ada Ahli Parlimen (MP) atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) merupakan suara rakyat untuk diterjemahkan dalam dewan bagi membela nasib rakyat.Mereka mewakili suara rakyat dengan undi yang diperoleh daripada pilihanraya menjadi penentu kepada kelestarian sesebuah pembangunan rohaniah dan fizikal.Mereka bertanggunjawab sepenuhnya atas segala pembentukan modal insan negara demi memastikan para intelektual dapat dilahirkan.

Pilihanraya memerlukan undian dalam menentukan siapakah yang dipilih mengalas tanggugjawab rakyat dalam memperjuangkan nasib mereka.Jika undi yang kita lakukan memihak kepada seorang pemimpin yang mukminum,bertakwa,dan istiqamah dalam ibadat,undi kita itu bukan sahaja menjadi undi untuk membela nasib rakyat malah menjadi ibadat yang memberi pahala kepada kita kerana pemimpin yang dipilih adalah golongan orang yang bertakwa.Pemimpin yang bertakwa semestinya mempunyai akhlak yang baik dan seorang yang patuh kepada ALLAH.Tambahan pula,jika pemimpin ini ingin melaksanakan perintah atau hukum ALLAH,kita wajib mentaati dan memilihnya kerana mereka ingin menegakkan syiar ISLAM.Firman ALLAH SWT,''yaa ayu hall lazzi naa aa maa nu huu wa attihullah ha wa attihullrasull ha wa ullil am rii kun".Maksudnya,"taatlah kamu kepada ALLAH ,taatlah kamu kepada RASUL,dan kepada pemimpin".

Namun,jika undi kita memilih mereka yang hidup dengan kezaliman dan melakukan maksiat serta menolak hukum ALLAH kita diibaratkan menyokong perlakuan mereka itu dan secara tidak langsung kita juga tergolong dalam golongan munafikin.Undi kita itu ibarat mengalakkan pemimpin yang bersikap dusta dan menyukai apa yang mereka lakukan seperti melanggar hukum ALLAH,melakukan maksiat,menolak ajaran AL-Quraan serta mentadbir secara zalim dengan mengunakan duit rakyat untuk kepentingan peribadi.Pemimpin yang hanya mementingkan keduniaan sahaja haruslah ditolak kerana kita memerlukan pemimpin yang seimbang dari segi keduniaan dan akhirat.Apa gunanya kita memilih pemimpin yang tahu memberi materialistik sahaja tetapi hukum akhirat ditolak ketepi.Untuk memimpin,kita juga wajib memimpin berlandaskan agama dan menjadikan AL-Quraan sebagai panduan utama sebagaimana yang dilakukan Baginda Nabi Muhammad SAW.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan