Khamis, 29 September 2011

MUSUH PAKATAN RAKYAT GAGAL!!!!




Tidak syak lagi keputusan kesepakatan yang dicapai dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat malam kelmarin mengenai isu hudud sudah tentu tidak akan mengembirakan musuh-musuh Pakatan Rakyat yang selama ini ingin benar melihat perpecahan dalam Pakatan.

Tentu saja ini sebuah kematangan politik yang luar biasa ditunjukkan oleh pimpinan Pakatan Rakyat apabila mereka memutuskan dalam suasana mesyuarat yang sangat harmonis bahawa mereka akan terus mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dicapai, di samping menghormati perbezaan pendapat.

Keputusan yang penting ini mengambil kira kepentingan perpaduan dalam Pakatan Rakyat, kepentingan rakyat dan asas-asas demokrasi. Keputusan yang matang ini juga menunjukkan sekali lagi kejayaan Pakatan mengatasi cabaran getir yang datang silih berganti dari musuh Pakatan yang tidak henti-hentinya mengharapkan kehancuran Pakatan.

Berasaskan kepercayaan kita yang sangat utuh terhadap kekuasaan Allah, kita yakin ini semua adalah petanda pertolongan Allah, bahawa Allah mahu melindungi Pakatan dan  menggagalkan niat buruk musuh Pakatan Rakyat.

Malam kelmarin (28 September), adalah detik bersejarah bukan saja bagi warga Pakatan Rakyat bahkan penyokongnya serta rakyat prihatin yang cintakan demokrasi, menentang rasuah dan penyelewengan serta menentang kezaliman dalam pelbagai bentuk dan cara. Ia adalah sebuah tarikh bersejarah yang wajar diingati sepanjang masa oleh warga Pakatan Rakyat.

Lebih dari itu dua hari selepas persetujuan ini, PAS akan menyambut Ulangtahunnya yang ke-60 di Kepala Batas, tempat parti itu dilahirkan. Oleh itu keputusan Pakatan ini tentu saja mempunyai erti yang sangat besar bahawa bagi PAS bahawa isu hudud sudah dapat diselesaikan.

Saya percaya ini adalah hadiah istimewa pemimpin Pakatan Rakyat kepada PAS yang menyambut ulangtahunnya.

Isu hudud ini, seperti diketahui sejak bertahun-tahun, digunakan oleh musuh PAS, khususnya di zaman Dr. Mahathir Muhamad, untuk mengharubirukan PAS. Isu ini tidak lagi dilihat sebagai persoalan agama, di mana setiap umat Islam wajib menerima syariat Islam sepenuhnya, tetapi sudah menjadi sebagai isu politik yang bertujuan supaya kalangan bukan Islam tidak menerima PAS yang menjadi sebahagian daripada Pakatan Rakyat.

Dalam masa yang sama PAS terus bertegas untuk memperjuangkan hukum hudud kerana ini adalah perjuangannya yang hakiki. Untuk bertahun-tahun lamanya pula, pimpinan PAS menegaskan bahawa hukum hudud hanya dilaksanakan kepada kalangan umat Islam, khususnya di Kelantan.

Pemimpin BN dan media yang mereka kuasai terus menerus menyerang, siang dan malam, dengan maksud yang sama yang sudah diketahui umum.

Boleh diduga selepas ini pemimpin BN dan media yang mereka kuasai akan terus memutarbelitkan isu ini dan akan meneruskan serangan mereka dengan pelbagai cara. Oleh itu, Pakatan Rakyat mestilah terus menerus bersedia menghadapi cabaran ini.

Adalah wajar saya menurunkan kembali kenyataan bersama Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang diperakui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang dikeluarkan selepas mesyuarat tersebut malam kelmarin, iaitu:





KENYATAAN MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

Mesyuarat Pakatan Rakyat malam ini memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Dasar Bersama dan Buku Jingga.

Pakatan Rakyat terus memperteguhkan iltizam politik bagi mempertingkatkan daya-saing ekonomi, pendapatan rakyat, mutu pendidikan, kesihatan dan menangani kos kehidupan yang semakin menekan.

Mesyuarat juga memperakui dan menghormati perbedaan ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyat sebagai sebuah permuafakatan demokratik, termasuk  pendirian PAS berkenaan hukum syariah.

Mesyuarat juga memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 yakni sebelum wujudnya muafakat Pakatan Rakyat. Keadilan dan PAS menghormati perbezaan pendirian oleh DAP dalam perkara ini.

Mesyuarat Pakatan Rakyat juga mempertegaskan bahawa kami tidak akan terheret dengan mainan politik terdesak Umno-Barisan Nasional untuk memecah belahkan kesatuan Pakatan Rakyat . Kita percaya penuh di atas kematangan dan kebijaksanaan rakyat untuk menilai suasana ini.

Mesyuarat sekali lagi mempertegaskan bahawa muafakat dan objektif utama politik parti-parti komponen PR dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 ini adalah untuk membina kembali asas-asas kenegaraan yang telah dirosakkan oleh Umno-BN, dengan berpandukan prinsip Keadilan Sejagat (Universal Justice), Pentadbiran yang Baik (Good Governance), Kebertanggungjawaban (Accountability), Ketelusan (Transparency), Kompetensi (Competency) bagi mencapai  Kemaslahatan Umum (Public Good) untuk semua rakyat.

Jika kita mengamati ternyata kenyataan bersama ini mengakui wujud pelbagai pandangan yang berbeza mengenai hudud, namun pimpinan Pakatan dengan segala kematangan mereka dapat mengatasi perbezaan mereka dan bersetuju menerima hakikat demokrasi.

Pada pendapat saya, persetujuan bersama ini adalah langkah penting bagi Pakatan Rakyat untuk memperkukuh lagi kehadirannnya di tengah real politik Malaysia yang unik ini. Tentunya Pakatan Rakyat akan terus waspada dan mampu menghadapi pelbagai cabaran mendatang.






credit to Harakah.Daily

Selasa, 27 September 2011

MAKNA DI SEBALIK TANGISAN SEORANG LELAKI

Lelaki Menangis, Apa Maknanya? Kenapa Lelaki Menangis?

Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.

Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.

Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.

Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingi saling mengambil berat. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit cuma.

Kenapa lelaki menangis?

Kebanyakan lelaki akan menangis apabila:

# Terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.
# Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
# Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.
# Ibu atau bapanya meninggal dunia.
# Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
# Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.
# Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya.

Jumaat, 23 September 2011

♥♥.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.♥♥♥♥ WANITA YANG DIRINDUI SYURGA, APAKAH CIRI-CIRI WANITA SYURGA?♥♥ ♥(`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´)



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
~ bertaqwa

~ beriman kepada Allah S.W.T, para malaikat, kitab-kitab-NYA, para rasul, hari kiamat dan beriman dengan qada dan qadar.

~ bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah S.W.T dan Nabi Muhammad s.a.w adalah rasul-NYA, mendirikan sholat, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan serta menunaikan haji bagi yang mampu.

~ Ihsan iaitu beribadat kepada Allah S.W.T seakan-akan kita melihat-NYA. Jika kita tidak dapat melihat Allah S.W.T, kita mengetahui bahawa DIA melihat kita.

~ ikhlas beribadat semata-mata kepada Allah S.W.T, tawakal lillahi Taala, mencintai Allah S.W.T dan Rasul-NYA, takut terhadap azab, mengharap rahmat yang MAHA ESA, bertaubat kepada-NYA, bersabar atas segala takdir ILAHI serta mensyukuri segala kenikmatan yang telah dikurniakan.

~ gemar membaca Al-Quran, berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah S.W.T ketika bersendirian atau bersama orang lain dan sentiasa berdooa memohon kepada-NYA.

~ menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

~ berbuat baik (ihsan) kepada jiran, anak yatim, fakir miskin dan seluruh mahkluk serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.

~ menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya dan memaafkan orang yang menzaliminya.

~ bersikap adil dalam segala hal dan perkara dan juga terhadap seluruh mahkluk.

~ menjaga lisan daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (gahibah)

~ menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

~ berbakti kepada kedua-dua orang tua.

~ menyambung silaturahim dengan keluarganya serta sahabat terdekat dan jauh

Jumaat, 16 September 2011

MANSUH I.S.A SANDIWARA ATAU PROPAGANDA???




Umum mengetahui bahawa dalam perutusan YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Razak semalam sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September ada menyatakan Akta Keselamatan Dalam Negeri ( I.S.A.) akan dimansuhkan dan diganti dengan dua undang-undang baru.Adakah dengan pengumuman tersebut menunjukan Najib benar-benar sedar bahawa I.S.A sudah tidak relevan pada ketika ini kerana negara sedang mengalami proses pembangunan dan bukan lagi berada dalam keadaan darurat ?. Malah ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa keputusan Najib yang ingin menghapuskan I.S.A adalah kerana sudah tidak ada individu yang dianggap oleh rejim Najib boleh mengugat usaha dan agenda rejim mereka lagi.


Mungkin juga usaha untuk menghapuskan I.S.A merupakan strategi jangka hayat politik rejim Najib bagi meraih sokongan pengundi terutama pengundi  muda yang dilihat semakin memilih untuk bersama Pakatan Rakyat pada pilihanraya yang akan datang.Ini merupakan usaha Najib bagi meraih sokongan rakyat setelah beliau sedar kerajaan Barisan Nasional pimpinan beliau pada masa ini berada dalam keadaan tenat dan memerlukan talian hayat untuk terus menyambung kerja mereka .Pimpinan Najib diperingkat pusat juga dilihat gagal kerana dominasi Fisrt Lady Of Malaysian (Rosmah) dilihat mempengaruhi pentadbiran beliau diperingkat pusat khususnya.




Oleh demikian,bahang Pilihan Raya Umum Ke -13( PRU-13) semakin dirasai apabila I.S.A diumumkan akan dimansuhkan.Jelas dan nyatalah bahawa Najib sedang ''mencuci tangan'' bagi menghadapi PRU-13 yang akan menjelma pada bila-bila masa dari sekarang.Adakah tarikh keramat 11/11/2011 merupakan tarikh penting bagi negara untuk memberi mandat baru kepada pimpinan baru untuk menerajui perubahan???.Bersama kita nantikan dengan sabar detik dan situasi yang bakal mengubah pemikiran dan persepsi dunia terhadap kepimpinan baru negara untuk masa akan datang.

Selasa, 13 September 2011

✿~ Siapakah wanita cantik itu ?



✔ Dia melukis kekuatan melalui masalah.




✔ Dia tersenyum saat tertekan




✔ Dia tertawa saat hati sedang menangis.




✔ Dia tabah saat dihina.




✔ Dia mempersona kerana memaafkan.




✔ Dia mengasihi tanpa balasan.




✔ Dan Dia bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi.





> Jadilah wanita cantik itu :)

Isnin, 5 September 2011

MERDEKA JADI SEJARAH UMNO,RAKYAT HILANG PATRIOTIK



Sejarah kemerdekaan negara telah ‘diumnokan’ berdasarkan cara kerajaan menyampaikan penceritaan sejarah kemerdekaan dengan hanya menonjolkan tokoh Umno.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sepatutnya harus dibezakan antara perjuangan parti dengan perjuangan kemerdekaan negara.

“Sebab itu akibatnya dapat lihat kurangnya semangat patriotik di kalangan rakyat.

“Kerajaan dan media awam mesti jujur dengan fakta sejarah, pejuang-pejuang yang telah terkorban patut dihargai jasa mereka, bukannya dengan hanya menonjolkan peranan Umno.

“Sekarang ini hanya Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman yang ditonjolkan sebagai pejuang kemerdekaan. Tak disebutkan langsung perjuangan anak Melayu yang menentang penjajah Inggeris sehingga berkorban nyawa selain Umno.

“Di Pahang sendiri muncul ramai pejuang Islam yang mencetuskan perjuangan menuntut kemerdekaan daripada penjajah sejak zaman Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan yang seangkatan dengan mereka,” katanya pada Majlis Sambutan Hari Raya Anak Perantauan di dataran Jengka 18 di sini, kelmarin.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, di seluruh negara terdapat nama-nama seperti Tok Janggut, Dato’ Maharajalela, Dol Said, Abdul Rahman Limbong, Tok Pulau Manis, Rosli Dhobi dan ramai lagi.

Tambahnya, hinggalah kepada era menentang penjajah sekitar tahun 1940-an nama-nama seperti Burhanuddin Al-Helmy, Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestamam dan lain-lain.

“Masalahnya rentetan nama-nama pejuang ini dipadamkan daripada sejarah seolah-olah hanya Umno yang berjuang menuntut kemerdekaan. Perlu disedari akibatnya dapat dilihat kurangnya semangat patriotik di kalangan rakyat. Contoh paling mudah ialah mereka enggan kibar bendera,” katanya.

Dalam pada itu, PAS Pusat akan meminta Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu menyaman segera akhbar Utusan Malaysia kerana menyelewengkan fakta sebenar ucapan dalam satu ceramah beliau demi kepentingan politik.

Tuan Ibrahim berkata, tindakan akhbar milik Umno itu tidak boleh dibiarkan berterusan memutarbelitkan isu kerana mahu menggambarkan PAS menyokong komunis.

Beliau berkata, pada hakikatnya Mohamad tidak menyebut langsung menyokong perjuangan komunis dalam ceramahnya itu.

“Isu serangan Rumah Pasung Bukit Kepong, Mat Indera dan komunis sengaja diperbesarkan oleh akhbar lidah rasmi Umno itu untuk meraih kepentingan politik. Walhal berdasarkan video rakaman Mat Sabu tidak sepatahpun menyebut tentang menyokong komunis dalam ceramahnya.

“Tetapi propaganda tersebut dimainkan secara halus dan berulang-ulang sebagai cubaan mengaitkan PAS dengan komunis dan DAP supaya dibenci oleh orang Melayu. Semuanya kerana kepentingan politik.

“Sebab itu PAS Pusat akan meminta Mat Sabu segerakan saman akhbar Utusan Malaysia dan media Umno lain bagi meminta mahkamah menghentikan propaganda itu,” katanya.

Kira-kira 500 hadir dalam Sambutan Hari Raya Anak Perantauan anjuran Dewan Pemuda PAS Pahang (DPPNP) bagi meraikan generasi muda yang bekerja di luar negeri ini.

Turut berucap Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Pusat.

Hadir sama Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang (BPPNP) Roslan Zainal, Bendahari, Musaniff Abdul Rahman, Ketua Penerangan Suhaimi Saad, Ketua Pemuda, Shahril Azman Abdul Halim serta AJK BPPNP dan pimpinan PAS Kuala Krau.





Credit to pencacai-semalaysia.blogsport.com