Jumaat, 16 September 2011

MANSUH I.S.A SANDIWARA ATAU PROPAGANDA???




Umum mengetahui bahawa dalam perutusan YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Razak semalam sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September ada menyatakan Akta Keselamatan Dalam Negeri ( I.S.A.) akan dimansuhkan dan diganti dengan dua undang-undang baru.Adakah dengan pengumuman tersebut menunjukan Najib benar-benar sedar bahawa I.S.A sudah tidak relevan pada ketika ini kerana negara sedang mengalami proses pembangunan dan bukan lagi berada dalam keadaan darurat ?. Malah ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa keputusan Najib yang ingin menghapuskan I.S.A adalah kerana sudah tidak ada individu yang dianggap oleh rejim Najib boleh mengugat usaha dan agenda rejim mereka lagi.


Mungkin juga usaha untuk menghapuskan I.S.A merupakan strategi jangka hayat politik rejim Najib bagi meraih sokongan pengundi terutama pengundi  muda yang dilihat semakin memilih untuk bersama Pakatan Rakyat pada pilihanraya yang akan datang.Ini merupakan usaha Najib bagi meraih sokongan rakyat setelah beliau sedar kerajaan Barisan Nasional pimpinan beliau pada masa ini berada dalam keadaan tenat dan memerlukan talian hayat untuk terus menyambung kerja mereka .Pimpinan Najib diperingkat pusat juga dilihat gagal kerana dominasi Fisrt Lady Of Malaysian (Rosmah) dilihat mempengaruhi pentadbiran beliau diperingkat pusat khususnya.




Oleh demikian,bahang Pilihan Raya Umum Ke -13( PRU-13) semakin dirasai apabila I.S.A diumumkan akan dimansuhkan.Jelas dan nyatalah bahawa Najib sedang ''mencuci tangan'' bagi menghadapi PRU-13 yang akan menjelma pada bila-bila masa dari sekarang.Adakah tarikh keramat 11/11/2011 merupakan tarikh penting bagi negara untuk memberi mandat baru kepada pimpinan baru untuk menerajui perubahan???.Bersama kita nantikan dengan sabar detik dan situasi yang bakal mengubah pemikiran dan persepsi dunia terhadap kepimpinan baru negara untuk masa akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan