Jumaat, 31 Mei 2013

KEMAAFAN DI PINTA KESABARAN DI MINTA

Bissmillahirahmanirahim,saya memohon maaf kerana sudah lama tidak mengupdate entry dalam blog ini kerana terlalu sibuk dengan urusan.Peredaran masa berlalu pantas dan waktu yang lapang menjadi sempit dek kerana kesibukan duniawi sehingga membataskan pergerakan dan pekerjaaan.Jika dulu saya berblog sebagai seorang mahasiswa yang ''independent'' kerana waktu yang flexsibel untuk menghadiri kuliah dan banyak masa terluang saya gunakan untuk menghabiskan masa mengisi perkongsian dalam blog ini,tetapi hari ini saya terikat dengan waktu sebagai seorang pekerja yang perlu menghabiskan waktu lebih kurang 8jam sehari bagi mengikuti kursus sebagai penjawat awam selama 3tahun.Keadaan inilah yang mengekang saya untuk bergiat aktif sebagai seorang blogger amatur bagi berkongsi maklumat dan ilmu.Secara tuntasnya,saya tetap merindui perjalanan kisah kehidupan saya seperti dulu yang mempunyai masa yang banyak sebagai seorang mahasiswa.Bila tiba waktu dan ketika ini barulah kita sedar bahawa zaman bergelar sebagai pelajar/mahasiswa adalah zaman yang sangat bernilai dalam kehidupan kita.Pesan saya,kepada mahasiswa/siswi yang masih menuntut ilmu di menara gading,hargailah saat dan peluang yang anda ada hari ini di sana kerana anda akan merindu suasana itu kelak apabila sudah berjaya keluar sebagai graduan nanti.Suasana kehidupan sebagai mahasiswa adalah kehidupan yang paling ''menakjubkan'' dan ''menawan'' bagi kita...Tidak lupa juga untuk umat ISLAM,persiapkan diri kita bagi menghadapi Ramadhan yang bakal tiba agar Ramadhan kali ini lebih baik bagi kita.Saya tinggalkan sedikit doa untuk bulan Rejab bagi menghadapi bulan Ramadhan. ''ALLAHHUU MAABAA RIIIKLANA FII RIJABB WAASABAAN WABALAUKNA S'AHRO RO'MADHAN''

Rabu, 12 Disember 2012

TANDA BESAR PRU-13 TELAH DIKETAHUI


Agaknya ramai teruja dan tertunggu-tunggu kemunculan buku tentang kisah hidup isteri PM Najib. Buku itu disahkan oleh Mat Maslan, Menteri Felda akan keluar pertengahan Januari 2013.

Apa agaknya yang mahu dijawab oleh Rosmah tentang "fitnah" dirinya. Antaranya, cincin, tag tangan, pakaian, anak daripada suami pertama, keluarga di Negeri Sembilan, kontrak PLKN, kes bunuh Altantunya, sewa hotel sepanjang lawatan....wow banyaknya!
Apapun, kita tunggu kemunculan buku Rosmah nanti. Beliau agak "berani" daripada suaminya PM Najib yang sehingga hari ini membisu untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim.
Rosmah memang hebat dan nampak seperti " Iron Lady". Perilakunya membayangkan pengaruhnya ke atas orang di sekelilingnya.

Lihat, bagaimana PM Najib terpaksa tunggu beliau turun dari kapalterbang ketika satu lawatan  dahulu. Begitu juga TV3 pernah siarkan jawatan Rosmah sebagai ‘PM’ semasa satu wawancara. Dalam perkahwinan Chong Wei tempoh hari, sekonyong-konyong Rosmah memunculkan dirinya di tengah pasangan itu. Sekali tengok, semacam beliau sebagai tetamu istimewa. Dua kali tengok, beliau seperti pasangan yang berkahwin!

Yang terkini, satu kehebatan Rosmah di mana Sultan Pahang bersama isteri turut mencemar duli dalam perlancaran buku biografi yang tidak siap lagi. Lebih haru, Sultan Pahang menerima gambar potret besar Rosmah. Biasanya setaraf Sultan layak menerima potretnya sendiri bukan potret orang lain untuk digantung di istana.

Memang Rosmah hebat. Barang kali pihak majalah Time boleh namakan Rosmah antara 100 yang berpengaruh di dunia.

Akhir sekali, apa isyarat tentang kemunculan buku biografi Rosmah pertengahan Januari? Isyaratnya ialah PRU13 bakal diadakan selepas buku Rosmah dilancarkan. Dan yang pasti PRU13 tidak akan diadakan sebelum buku Rosmah dilancarkan.

Itulah hebatnya Rosmah. Itulah sebab majalah Time kena ambil Rosmah sebagai antara tokoh yang berpengaruh di dunia masa kini.

Harapnya, Hishamudin Rais tidak cemburu dengan glamournya Sang Bini Najib!

Selasa, 26 Jun 2012

PILIHANRAYA MUSIM HAJI

Berdosa Jika Pilihanraya Dilaksanakan Sewaktu Musim Haji

Oleh
Multaqa Asatizah & Du’at (MURSHID)

Kami, selaku pendakwah dan asatizah telah dan kerap ditanya berkenaan isu mengadakan pilihanraya sewaktu musim haji. Justeru itu, sebagai respon kepada pertanyaan tersebut, pihak Multaqa Asatizah & Duat (MURSHID) dalam mesyuarat yang lalu berpendapat seperti berikut :-

Di dalam system demokrasi, pilihanraya dan proses pengundian adalah ibarat suatu mahkamah besar bagi memilih siapa yang lebih layak diberikan amanah memerintah, maka sewaktu sistem demokrasi dijadikan panduan dan diterima oleh majoriti rakyat, tugas terbesar kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah memastikan semaksima mungkin penyertaan rakyat dalam pilihanraya, justeru kempen untuk pendaftaran pengundi mestilah dipertingkatkan kecanggihannya dan dipermudah di seluruh tanahair. Rakyat Malaysia selaku pengundi layak yang berada di luar negara perlu di jamin hak mereka agar boleh mengundi melalui kaedah yang berkesan lagi dipercayai.

Kami juga bersepakat bahawa Pilihanraya dan proses pengundian TIDAK BOLEH atau HARAM dilaksanakan sewaktu musim perayaan dan ibadah umat Islam khususnya musim haji yang mana berpuluh ribu pengundi dan petugas haji sedang berada di luar Negara.
Sekiranya pilihanraya tetap dilakukan di musim haji, itu merupakan suatu pengkhianatan terhadap amanah dan sistem pemilihan. Ini adalah kerana proses pengundi adalah suatu proses KESAKSIAN.

Firman Allah :
وأشهدوا ذوى عدل منكم ..(الطلاق: 2)
Mafhum : “Bersaksilah dengan mereka yang adil dari kalangan kamu”( At-Talaq: 2)

Juga Firman Allah :
وَلاَ يَأْبَ الشُّهَدَاء إِذَا مَا دُعُوا
Ertinya : Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil ( Al-Baqarah : 282)

Dalil-dalil di atas menunjukkan, apabila kita berada di dalam suatu situasi atau keadaan sistem yang memerlukan mereka yang bermaklumat memberi kesaksian demi memberikan keputusan demi keadilan, mereka adalah dikira sebagai saksi yang diharamkan untuk menolak dari memberikan keterangan dan kesaksian.

Dalam konteks pilihanraya, rakyat sebenarnya bertindak sebagai SAKSI sama ada untuk menyokong atau menolak mana-mana calon yang bertanding. Justeru, SEKIRANYA pihak berkuasa memutuskan pilihanraya akan dijalankan pada musim haji, ia adalah suatu tindakan yang akan menghalang rakyat dari keluar menunaikan tanggungjawab mengundi.

Jika seorang saksi TIDAK DIBENARKAN untuk menolak tanggungjawab memberi kesaksian, maka tentunya DIHARAMKAN juga bagi pihak ketiga untuk menghalang saksi dari memberikan kesaksian seperti sengaja mengadakan sesi perbicaraan ketika saksi berada di luar negara.

Justeru, setiap individu yang mempunyai hak dan berkelayakan memberikan kesaksian samada di mahkamah, termasuk kesaksian dalam bentuk mengundi sewaktu pilihanraya, tidak dibolehkan untuk sengaja menyembunyikan kesaksian atau dinafikan hak dan ruang memberi kesaksian termasuk oleh pihak berkuasa sekalipun. Firman Allah Ta'ala :

وَلَا تَكْتُمُوا الشَّهَادَةَ وَمَنْ يَكْتُمْهَا فَإِنَّهُ آثِمٌ قَلْبُهُ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ عَلِيمٌ
"Maka janganlah kamu (wahai orang-orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang dipersaksikan itu dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa hatinya dan (ingatlah), Allah sentiasa Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan." (Al-Baqarah :283)

Akhirnya, kami menyeru pihak berkuasa agar teguh menjalankan amanah yang terbaik buat rakyat bagi mereka menjalankan tugas dan amanah selaku pengundi yang perlu memberi penyaksian parti dan calon yang dipercayainya. Kami yakin, pihak berkuasa tentunya bijak dalam memutuskan keputusan dalam hal ini.

Sekian dari kami,
1. Dr. Zaharuddin Abd Rahman (Pengerusi)
2. Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
3. Dr. Zahazan Mohamed
4. Dr. Maszlee Malek
5. Dr. Abd Basit Abd Rahman
6. Dr. Ahmad Wifaq Mokhtar
7. Dr. Khairuddin Aman Razali
8. Dr. Sukki Othman
9. Ustaz Roslan Mohammad
10. Ustaz Zamri Zainuldin
11. Ustaz Mohd Nidzam Abd Kadir
12. Ustaz Imam Muda Asyraf Ridzuan
13. Ustaz Izhar Ariff Mohd Kashim
14. Ustaz Aizam Mas’ud
15. Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman
16. Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil
17. Ustaz Syed Mohamad Nurhisham Tuan Padang
18. Ustaz Ramadan Fitri Elias
19. Ustaaz Abdullah Bukhari Abd Rahim
20. Xifu Naseer Abd Rahman

Khamis, 21 Jun 2012

MEMPERINGATI PERISTIWA ISRAK MIKRAJ


Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, tahun ke-12 dari masa kenabian Nabi Muhammad s.a.w. Ianya juga merupakan peristiwa penting yang dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia. Tarikh ini bersamaan 662M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum penghijrahan Nabi dari Mekah ke Madinah.

Israk bererti perjalanan Nabi Muhammad s.a.w pada malam hari dengan menaiki burak bermula dari Masjid al-Haram di Mekah ke Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis. Manakala Mikraj pula membawa maksud naiknya Nabi s.a.w ke langit dari Masjid al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.

Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam surah al-Israk ayat 1 yang bermaksud “Maha suci (Allah) yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia (Allah) Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

Para ulama' hadis, ulama' feqah dan ulama' tafsir secara umum menegaskan bahawa peristiwa Israk dan Mikraj berlaku dalam satu malam dan dalam keadaan baginda s.a.w sedar. Ia berlaku pada jasad atau tubuh dan ruh Nabi s.a.w. Sebagaimana difahami daripada firman Allah dalam ayat tadi di mana Allah menegaskan, yang bermaksud memperjalankan hambaNya pada waktu malam. Perkataan hamba yang dimaksudkan di sini iaitu Nabi Muhammad s.a.w yang mana meliputi batang tubuh dan ruhnya serentak bukannya ruhnya sahaja.

Mukjizatnya peristiwa ini jelas tergambar dari masa perjalanan yang hanya selama 3/4 malam iaitu dari jam 6 petang hingga 6 pagi sahaja Nabi sudah kembali semula ke Mekah sebelum terbit fajar. Baginda menunggang Buraq bersama Malaikat Jibril dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis,Palestin.

Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam kalendar Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah berlaku ke atas rasuldan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai tanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Sepanjang perjalanan Israk Rasulullah s.a.w yang ditemani Malaikat Jibril a.s telah melihat pelbagai peristiwa aneh. Antaranya Nabi melihat satu kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka, apabila dituai, hasil (buah) yang baru, keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah s.a.w diberitahu oleh Jibril, itulah kaum yang berjihad fisabilillah yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

Nabi telah diperlihatkan sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Rasulullah s.a.w diberitahu oleh Jibril, itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang). Nabi turut melihat sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Rasulullah s.a.w diberitahu oleh Jibril, itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

Selain itu, Nabi melihat satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail, itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri atau suami. Turut kelihatan seorang lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tetapi ditambah lagi kayu yang lain. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibril, itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

Ketika Nabi diIsrakkan, Nabi telah diberi gambaran oleh Allah akan keadaan umur dunia yang sangat tua melalui keadaan seorang perempuan bongkok tiga yang menahan Baginda untuk bertanyakan sesuatu. Pelbagai peristiwa aneh lain yang berlaku di malam Israk Mikraj ini yang banyak memberi maksud tersurat dan tersirat di sebaliknya.

Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan setiap kali 27 Rejab menjelang tiba. Apa yang lebih penting adalah kita sebagai umat Islam hendaklah menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara sebaliknya. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya telah memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah SWT dan takut akan kekuasaan-Nya.

Ahad, 17 Jun 2012

MUTIARA KATA UNTUK KITA



1.Sebagai manusia,perlu kita sedar bahawa kudrat kita terbatas.Mata kita ada batas untuk melihat,lalu kita guna teropong dan cermin mata.Telinga kita ada batas untuk dengar,lalu kita guna telefon untuk mendengar suara yang jauh.Tenaga kita ada batas,kita gunakan alat-alat tertentu untuk mengangkat barangan yang berat.Demikianlah juga alam akhirat yang tidak dapat kita lihat dan rasai,lalu kita gunakan Al-Quraan sebagai alat bantu untuk kita lihat,dengar,dan rasa alam akhirat


2.Seorang yang bersolat akan memberi salam kepada hamba-hamba Allah yang soleh di dalam tahiyyatnya.Alangkah beruntungnya hamba Allah yang soleh sering didoakan kesejahteraan oleh jutaan manusia yang solat saban waktu..indah dan hebatnya Islam.Leraikanlah kekusutan hati dengan bersolat   


3.Islam yang sampai kepada kita umpama air yang telah mengalir selama 1400 tahun.Jika air yang asalnya jernih,mengalir begitu lama menyusuri bukit-bukau sudah pasti dicemari dengan kelodak apabila tiba di muara sungai dan untuk membersihkannya semula memerlukan penapis.Demikian juga Islam,untuk memahami Islam sebagaimana yang di ajar oleh Rasulullah SAW memerlukan penapis yang bersih.Penapis itulah para ulama yang ikhlas mengajar Islam

LAMAN SOSIAL DAN SUAMI ISTERI





1. Sekiranya seorang isteri mempunyai akaun jaringan sosial seperti facebook, yahoo messenger, email peribadi dan seumpamanya, patutkah seorang isteri tersebut memberikan akses kepada akaun-akaun tersebut kepada suaminya agar dapat berkongsi sama melihat kandungan, rakan, gambar, nota dan segalanya yang terdapat di dalamnya?

Wajib suami menjaga ahli keluarga (isteri dan anak-anak) dari perkara yang boleh memabawa mereka kepada dosa yang akhirnya membawa ke neraka.

Firman Allah SWT yang bermaksud : “Wahai orang-orang beriman, selamatkanlah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka” (Surah at-Tahrim, ayat 6).

Di antara yang dipesan oleh Rasululllah s.a.w ialah berhati-hati dalam memilih kawan sebagaimana sabda baginda yang bermaksud : “Seseorang itu berada di atas agama kawannya, maka hendaklah setiap dari kamu memerhati dengan siapa dia berkawan” (Hadith Riwayat Imam Abu Daud dan at-Tirmidzi).

Facebook adalah jaringan kawan-kawan dan kenalan, maka suami mempunyai hak untuk memantau dengan siapa isteri dan anak-anaknya berhubungan demi membolehkannya melaksanakan kehendak ayat dan hadith tadi.

2. Haruskah seorang isteri berkongsi alamat email peribadi kepada lelaki lain yang bukan mahram walaupun atas dasar berkawan?

Suami tidak boleh terlalu menyekat isteri dari bergaul dengan orang sekeliling terutama berhubungan dengan keluarga dan rakan-rakan wanita yang solehah. Namun suami wajib menegah isteri dari terlibat dengan hubungan yang dilarang agama seperti hubungan dengan lelaki yang bukan mahram tanpa ada keperluan, bergaul dengan wanita-wanita fasik (yang tidak menjaga agama), bertandang ke tempat maksiat atau yang mendorong kepada maksiat. Suami mempunyai hak untuk menegah isteri dari terlibat dalam pergaulan sedemikian dan ia termasuk dalam kewajipan mencegah mungkar (atau menutup ruang kepada mungkar) dengan kuasa yang dimiliki.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Sesiapa dari kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, dengan lidah. Jika tidak mampu, dengan hati dan ia adalah selemah-lemah iman” (Hadith Riwayat Imam Muslim dari Abi Sa’id al-Khudri).

Menurut ulama, antara maksud mencegah dengan tangan ialah menggunakan kuasa yang ada untuk mengubah kemungkaran. Dinisbah kepada keluarga, bapa atau suami adalah orang yang berkuasa keatas ahli-ahli keluarga.

3. Haruskah seorang isteri menerima tawaran atau panggilan untuk menjadi kawan/sahabat dari lelaki yang bukan mahram melalui jaringan sosial atau email seperti diatas?

Syariat Islam amat mengambil berat hubungan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi (yakni yang tiada hubungan mahram atau hubungan suami-isteri) di mana ia menyempitkan hubungan dan pergaulan antara keduanya hanya kepada keperluan sahaja (bukan kebebasan). Ini kerana kebebasan akan mendorong kepada zina. Ini sebagaimana kata Nabi s.a.w ; “Tidak berduaan seorang lelaki dan seorang wanita melainkan syaitan yang akan menjadi orang ketiga” (Hadith Riwayat Imam at-Tirmizi dari Ibnu ‘Umar).

Jadi, apabila seorang lelaki dan wanita bebas berhubung dan bercating, syaitan akan membisikkan kepada setiap mereka dan menimbulkan ghairah dan seronok, lalu ingin bertemu dan akhirnya terjerumuslah ke dalam maksiat sekalipun telah bersuami. Kejadian ini tidaklah asing lagi hari ini.

4. Salahkah seorang suami meminta seorang isteri meberitahu suaminya sekiranya si isteri ada menerima panggilan atau tawaran dari lelaki lain untuk menjadi sahabat atau rakan dari jaringan sosial atau email?

Islam tidaklah menyekat kebebasan umatnya, namun Islam memberi peringatan; kebebasan yang terlalu luas akan menjahanamkan. Oleh itu suami perlu mengimbangi kehidupan keluarganya antara kebebasan dan sekatan. Jangan memberi kebebasan tanpa batasan dan jangan pula terlalu mengongkong. Terbaik ialah pertengahan. Suami boleh membenarkan, tetapi pada masa yang sama perlu bertegas dalam perkara tertentu. Sebagai contoh, bila isteri minta nak berlaman sosial, suami menjawab; “Boleh, tetapi saya hanya benarkan dengan wanita sahaja dan jika lelaki, saya hanya benarkan dengan keluarga sahaja”.

5. Adakah seorang suami itu bersikap terlalu cemburu kepada isterinya sekiranya si suami berpandangan sedemikian?

Sikap cemburu suami jika berasas, itu adalah tanda iman. Namun cemburu tanpa berasas, itu adalah tanda penyakit hati. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud ” “Cemburu ada dua, satunya disukai Allah dan satu lagi dibenci Allah. Cemburu jika berpunca dari keraguan/kegusaran, ia disukai Allah. Namun jika tidak datang dari sebarang keraguan, ia dibenci Allah” (Hadith Riwayat Imam Ahmad, at-Thabrani dan al-Hakim dari ‘Uqbah bin ‘Amir. Menurut as-Suyuti; hadith ini sahih. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadith no. 5783).

Menurut ulama, maksud cemburu tanpa keraguan ialah cemburu buta, yang timbul dalam hati tanpa sebarang sebab iaitu semata-mata buruk sangka dari suami terhadap isteri atau dari isteri terhadap suami (Faidhul-Qadier).

Di dalam hadith lain, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud ; “Tidak akan masuk syurga lelaki yang dayus” (Hadith Riwayat Imam at-Tayalisi dari ‘Ammar).

Maksud dayus ialah; lelaki yang hilang perasaan cemburu terhadap nilai dirinya di mana ia tidak kesah dengan siapa lelaki yang bersama dengan isteri atau anak perempuannya, dengan siapa mereka keluar dan ia tidak mengambil berat akhlak dan tingkah laku mereka (al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah).

Wallahu a’lam.


Credit to Harakah.Daily

Sabtu, 16 Jun 2012

KETIDAK TENTUAN TARIKH PRU-13 IMPAK KEPADA MAHASISWA

Bilakah PRU-13??


Ketidak tentuan tarikh sebenar pilihanraya umum memberi implikasi yang sangat besar kepada universiti tempatan terutamanya kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).Sehingga hari ini,pihak universiti masih belum melaksanakan pilihanraya kampus dek kerana dipengaruhi oleh arahan daripada pihak atasan yang dipercayai berkait rapat dengan pilihanraya umum ke-13 yang masih menjadi teka-teki.Kesan daripada dunia politik luar kampus mempengaruhi suasan ''politik kampus'' yang dilihat menjadi medan bagi melahirkan pemimpin atau gerakan yang menyokong Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.


Buat pertama kali dalam sejarah,pilihanraya kampus masih belum dilaksanakan sehingga hari ini walaupun tempoh penggal kerusi Majlis Perwakilan Pelajar @ Mahasiswa telah tamat tempohnya.Malah,ada antara mahasiwa yang memegang kerusi MPP telah mula bercuti setelah tamat tempoh pengajian dan peperiksaan untuk semester ini.Pilihanraya kampus yang sepatutnya dijadualkan diadakan antara bulan Mac hingga Mei ini masih ditangguhkan kerana pihak universiti bimbang keputusan pilihanraya kampus ini mempengaruhi keputusan pilihanraya umum ke-13.


Apa yang pasti senario ini sebenarnya menyusahkan mahasiswa bagi melaksanakan kewajipan mereka kerana ada di antara mereka(Penyandang MPP) telah tamat tempoh pengajian di universiti berkenaan.Pihak universiti perlu mengambil sikap terbuka dan berkecuali dalam menzahirkan proses demokrasi kampus agar pilihanraya kampus tidak di samakan dengan suasana politik di luar sana.Persoalanya,bilakah pilihanraya kampus akan dilaksanakan???