Sabtu, 16 Jun 2012

KETIDAK TENTUAN TARIKH PRU-13 IMPAK KEPADA MAHASISWA

Bilakah PRU-13??


Ketidak tentuan tarikh sebenar pilihanraya umum memberi implikasi yang sangat besar kepada universiti tempatan terutamanya kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).Sehingga hari ini,pihak universiti masih belum melaksanakan pilihanraya kampus dek kerana dipengaruhi oleh arahan daripada pihak atasan yang dipercayai berkait rapat dengan pilihanraya umum ke-13 yang masih menjadi teka-teki.Kesan daripada dunia politik luar kampus mempengaruhi suasan ''politik kampus'' yang dilihat menjadi medan bagi melahirkan pemimpin atau gerakan yang menyokong Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.


Buat pertama kali dalam sejarah,pilihanraya kampus masih belum dilaksanakan sehingga hari ini walaupun tempoh penggal kerusi Majlis Perwakilan Pelajar @ Mahasiswa telah tamat tempohnya.Malah,ada antara mahasiwa yang memegang kerusi MPP telah mula bercuti setelah tamat tempoh pengajian dan peperiksaan untuk semester ini.Pilihanraya kampus yang sepatutnya dijadualkan diadakan antara bulan Mac hingga Mei ini masih ditangguhkan kerana pihak universiti bimbang keputusan pilihanraya kampus ini mempengaruhi keputusan pilihanraya umum ke-13.


Apa yang pasti senario ini sebenarnya menyusahkan mahasiswa bagi melaksanakan kewajipan mereka kerana ada di antara mereka(Penyandang MPP) telah tamat tempoh pengajian di universiti berkenaan.Pihak universiti perlu mengambil sikap terbuka dan berkecuali dalam menzahirkan proses demokrasi kampus agar pilihanraya kampus tidak di samakan dengan suasana politik di luar sana.Persoalanya,bilakah pilihanraya kampus akan dilaksanakan???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan