Khamis, 14 Jun 2012

SELAMAT KEMBALI AL-IKWAN

ASSALAMUALAIKUM PEMBUKA BICARA,
BUAT PEMBACA YANG SANGAT SETIA,
MAAF DIPINTA KERANA MENUNGGU LAMA,
KESIBUKAN DIRI MENGHALANG BERITA, 



Alhamdulilah,setelah berbulan-bulan tidak mengupdate status entry pada blog ini,akhirnya saya dapat kembali menjengah seketika dalam blog ini.Bukan enggan membukanya,tetapi kesibukan dan batas waktu yang sangat terhad menghalang saya daripada membawa atau berkongsi cerita tentang keadaan semasa.Dunia dan waktu saya sekarang sangat berbeda berbanding dahulu.Pelbagai pengalaman hidup ditempuh dalam bergelar seorang manusia yang mencari redhai Ilahi.Bermula sebagai murid sekolah,bertukar kepada pelajar sekolah,kemudiannya menjadi mahasiswa universiti dan akhirnya bergelar pelatih kementerian,banyak kisah duka dan pahit getir sepanjang saya menghadapi saat itu.Perkongsian kisah itu saya akan kembalikan dalam entry seterusnya selepas ini walaupun dikekang waktu.

Blog inilah tempat perkongsian suka duka saya,pendapat saya,pandangan saya sama ada soal peribadi,agama,politik,dan negara.Blog inilah yang menjadi teman tempat saya berkomunikasi,tempat saya mengadu tentang nasib hidup saya.Terima Kasih,Syukran Jazilan kepada mereka yang sudi menjenguk blog ini.Kalau anda tidak keberatan,jadi la follower blog ini tetapi saya memang tidak mem''publish'' kepada umum kerana saya belum bersedia untuk berkongsi kepada umum.Hanya beberapa tempat sahaja saya memberi publish seperti group fb,saudara-mara atau kenalan rapat.Diharap anda tidak jemu bersama AL-IKWAN...semoga Ukhwah kita terus bertaut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan