Khamis, 14 Jun 2012

KOMITMEN,RESPONSIF,KERJASAMA

KOMITMEN,RESPONSIF,TANGGUGJAWAB

Bissmillahhiramanirahim.......''Kerana Komitmen Kita Bersatu,Kerana Responsif Kita Menyatu,Kerana Izin ALLAH Kita Bertemu''....Syukran Jazilan kepada semua sahabat yang memberi kerjasama dalam menjayakan program ''Mencari Seharum Kasturi Reunion 6 Bestari 2005''.Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa program yang memberi komitmen 100% bagi menjayakan program ini.Objektif utama program ini adalah bagi menyatukan kembali semua bekas pelajar 6 Bestari selain merapatkan hubungan sillaturahim antara bekas pelajar setelah berpisah hampir 7 tahun.


Tanggal 8/6/2012 maka tercatat sejarah apabila program yang julung kali dapat diadakan berjaya dilaksanakan dengan jayanya tanpa ada sebarang masalah.Program ini yang dijadualkan diadakan pada sebelah malam terpaksa ditukar pada waktu petang bagi memberi peluang kepada semua bekas pelajar hadir.Sasaran kehadiran juga tercapai apabila melebihi jumlah sasaran kehadiran iaitu separuh daripada jumlah bekas pelajar 6 Bestari.Walaupun tidak semua yang dapat hadir tetapi kehadiran anda sangat besar maknanya dan saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Program mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan anda bagi menjayakan program ini.


Banyak halangan yang terpaksa kami tempuh dalam menjayakan program ini dan komitmen daripada pihak Exco Program yang bekerja bertungkus-lumus bersama saya akhirnya membuahkan hasil.Kami bekerja ikhlas kerana ALLAH sebab mahu melihat ukwah antara sahabat 6Bestari kembali bertaut.Kita perlu bersatu demi menjamin hubungan persahabatan kita terus kekal dalam ingatan.Terlebih dahulu saya selaku Pengerusi Program mengucapkan TANIAH atas kejayan sahabat yang baru sahaja menamatkan pengajian di kolej-kolej matrikulasi dengan keputusan yang membanggakan.Jadikanlah kejayaam anda itu sebagai batu loncatan dan jangan lupa untuk balik berbakti kepada tanah tumpah negeri kelahiran anda nanti setelah berjaya.InsyaAllah......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan