Jumaat, 18 Mac 2011

KELANTAN SEDIA GEGAR FELDA UNITED MALAM ESOK

Pemain giat menjalani latihan
Kelantan berada dalam kondusi terbaik menjelang pertemuan Suku Akhir Kedua Piala FA 2011 menentang Felda United di Stadium Sultan Mohd Ke-IV esok.Walaupun diikat dua sama tempoh hari dan Felda United mempunyai kelebihan jaringan,anak-anak buah M.Karathu nampak bersemangat untuk menebus kesilapan dalam pertemuan pertama lalu.
Latihan terakhir sebelum sepak mula malam esok
Pada sesi latihan terakhir Kelantan petang tadi,kesemua pemain Kelantan turun menjalani latihan dan pemain yang sebelum ini mengalami kecederaan dilihat kembali pulih serta mula menjalani latihan.S.Subramanian dan Zairul Fitree Ishak dilihat sudah cergas menjalani latihan.Hanya Ramzul Zahini Adenan sahaja yang tidak menyertai latihan kerana masih cedera dan berada di luar padang untuk latihan pemulihan.
Apex berada dalam keadaan bersedia menjelang pertemuan esok
Pada sesi latihan petang tadi juga kesebelasan bayangan Kelantan juga sudah dapat dilihat dengan Khairul Fahmi kekal di posisi gol.Barisan pertahanan pula tampak tiada perubahan besar dengan Daudsu ,Farisham,Rizal Fahmi,dan Zairul Fitree kembali mengisi bahagian ini.Barisan tengah juga masih mengekalkan Syakir dan Piya di tengah manakala sebelah kiri milik Nurul Azwan Roya dan bahagian kanan mungkin akan diisi sama ada Zul Yusri Che Harun atau Solehin Kanasian@K.Soley.Di bahagian serangan pula,Dato' M.Karathu dilihat akan mengandingkan Norshahrul Idlan Talaha dengan S.Chanturu bagi merobek gawang Felda United esok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan