Isnin, 27 Disember 2010

Malaysia Gah Indonesia Rebah

Malaysia pamer aksi tersendiri benam Indonesia

Syabas!!!....itulah kata-kata yang mampu kita lafazkan kepada skuad negara atas kejayaan mereka merobohkan keangkuhan Indonesia dalam saingan perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil.Dihadiri lebih 75 ribu penyokong setia negara,skuad Malaysia mempamerkan aksi permainan yang menakjubkan untuk menumpaskan Indonesia .Turun dengan misi membalas dendam ekoran kekalahan besar kepada Indonesia pada peringkat kumpulan tempoh hari,anak-anak buah K.Rajagopal beraksi dengan penuh yakin dan bersemangat untuk membuktikan bola sepak Malaysia telah berada diambang kebangkitan.Tiga gol tanpa balas yang dihasilkan oleh Safee Sali (2 gol) dan Ashaari Shamsudin (1gol) sudah cukup mengembalikan maruah skuad negara dan membuktikan tahap bola sepak negara bukanlah seteruk yang disangka.

Keangkuhan Indonesia akhirnya runtuh

Kemenangan yang selesa untuk dibawa bekal ke Stadium Gelora Bung Karno nanti sudah pasti memberi keyakinan kepada anak-anak buah K.Rajagopal untuk mencipta kejayaan bagi merangkul kejuaraan buat pertama kali dalam sejarah bola sepak negara.Kini,laporan media Indonesia yang pada mulanya menyatakan Malaysia lawan yang mudah boleh disangkal sama-sekali kerana skuad negara kita sebenarnya mampu menjadi yang terbaik berbanding skuad Indonesia.Sikap yang memandang rendah kepada pihak lawan akhirnya memakan diri apabila kekalahan mereka membuktikan mereka hanyalah "jaguh kampung" sahaja.

Sentuhan Safee Sali sekali lagi ditagih

Isu laser yang dibangkitkan bukan faktor kekalahan Indonesia ditangan Malaysia kerana 3 gol yang dijaringkan Malaysia hanyalah selepas masalah laser diselesaikan.Kekalahan Indonesia ini sudah diakui sendiri oleh kapten Indonesia menerusi akaun twitter yang menyatakan pancaran laser bukan punca kekalahan skuad mereka ditangan Malaysia.Namun.skuad negara diharap tidak terus selesa kerana masih ada 90 minit baki perlawanan yang perlu diharungi sebelum bergelar juara.Kita hanya tinggal sebelah kaki sahaja lagi untuk mencapai kejuaraan dan pemain perlu berjuang berhabis-habisan demi maruah bola sepak negara.Ayuh wira-wira negara!!!!buktikan kebangkitan bola sepak negara kita.....kami mendoakan kejayaan skuad negara!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan