Rabu, 15 Disember 2010

Kelantan Menang Ujian Pertama Pra Musim 2011

Aksi separuh masa pertama


Aksi pertama perlawanan persahabatan antara Kelantan melawan Pilihan Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ) berakhir dengan Kelantan menang bergaya 4-0 hasil jaringan dua gol daripada bintang baru,K.Soley dan Nizab Ayub pada separuh masa pertama.Manakala gol keempat menyusul pada separuh masa kedua hasil jaringan Ramzul Zahini Adenan.Perlawanan ini dilihat sebagai medan bagi ketua jurulatih Kelantan,
Abe Ya menguji pemain-pemain.

Pada separuh masa pertama,B.Sathianathan meletakan skuad yang terkuat dengan membariskan pemain-pemain regular skuad Kijang.Khalid Jamlus bersama Nizad Ayub diletakan dibahagian serangan manakala K.Soley,Wan Zaman,Badri Radzi,Nurul Azwan Roya bertindak sebagai pembantu dibahagian tengah.Manakala di bahagian pertahanan,Daudsu Jamaludin,Rizal Fahmi,S.Subramaniam,Abd Aziz Ismail bijak mengawal pertahanan.Aksi separuh masa pertama pasukan Kelantan menguasai hampir keseluruhan permainan dengan aksi-aksi lincah daripada K.Soley dan Nurul Azwan Roya.Ketua pasukan,Piya dilihat menjalankan tugas dengan cemerlang dengan mengatur banyak gerakan ke kubu lawan.Namun aksi Khalid Jamlus dilihat agak terbatas walaupun sempat mengacam sebanyak dua kali ke kubu lawan menerusi tandukan.Aksi serangan Kelantan banyak direncana daripada bahagian sayap dengan K.Soley dan Nurul Azwan Roya mempamerkan kelas tersendiri.Gol pembukaan terlebih dahulu disempurnakan oleh pemain muda,Nizad Ayub yang melakukan percubaan dan bola terkena pemain lawan lalu terbias kedalam gol.Akhirnya,aksi yang mantap daripada K.Soley berjaya membuahkan hasil apabila beliau berjaya menyumbang dua gol menerusi aksi lincah dan larian deras daripada sudut yang sama dengan berjaya mempedayakan penjaga gol dan pertahanan lawan.

Aksi kedua-dua pasukan


Pada separuh masa kedua,B.Sathianathan melakukan pertukaran keseluruhan pemain dengan memasukan gandingan Ramzul Zahini dan Aris Zaidi di bahagian serangan.Manakala bahagian tengah direncana oleh Syakir Saari dan Danial Fadly dengan dibantu Izwan Solahuddin.Bahagian pertahanan pula diketuai oleh Wan Rohaimi dan Farisham Ismail dengan dibantu oleh Zamri Ramli dan Zairul Fitree Ishak.Aksi separuh masa pertama agak seimbang bagi kedua-dua pasukan dengan bola banyak berlegar dibahagian tengah.Ramzul Zahini kadang kala mengacah ke kubu lawan tapi gagal mencari gol.Setelah mencuba sekian lama,akhirnya gol yang di cari hadir dengan Ramzul Zahini mudah menolak masuk bola hasil sepakan sudut untuk memberi gol keempat Kelantan.Setelah gol tersebut,kedua-dua pasukan buntu untuk mencari gol dengan sekali-sekala bola ke gawang gol.

Kesebelasan Utama Kelantan Separuh Masa Pertama:

Judtanna Eh Put(GK),Daudsu Jamaludin,Rizal Fahmi Rosid,S.Subramaniam,Abdul Aziz Ismail,K.Soley,Wan Zaman Wan Mustapa,Mohd Badri Radzi(C),Nurul Azwan Roya,Mohd Khalid Jamlus,Mohd Nizad Ayub

Kesebelasan Utama Kelantan Separuh Masa Kedua:

Mohd Shahrizan Ismail(GK),Zairul Fitree Ishak,Farisham Ismail(C),Wan Rohaimi Ismail,Mohd Zamri Ramli,Izwan Solahuddin,Syakir Saari,Danial Fadly Abdullah,Ramzul Zahini Adenan,Aris Zaidi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan