Isnin, 20 Disember 2010

Malaysia Lwn Indonesia Final AFF Suzuki Cup 2010



Akhirnya badi 14 tahun ditamatkan anak-anak buah K.Rajagopal pada 19 Disember 2010 apabila menang agregat 2-0 keatas Vietnam sekali gus melayakkan skuad negara untuk mara ke perlawanan akhir buat pertama kali sejak 1996.Misi yang mahu membalas dendam ke atas Indonesia ekoran kekalahan besar 5-1 pada peringkat kumpulan seolah-olah hampir menjadi kenyataan apabila Indonesia menundukan Filipina dengan argegat 2-0 untuk mara ke final.Pertemuan ini dilihat peluang terbaik buat skuad negara untuk membalas dendam akibat dimalukan Indonesia tempoh hari.Kekalahan skuad negara pada peringkat kumpulan sebenarnya dilihat sebagai "bukan" aksi sebenar skuad negara yang pada ketika itu masih mencari rentak sebenar permainan.Bermula dengan pertemuan dengan Thailand,aksi skuad negara mula dijelmakan apabila berjaya mengikat Thailand dan membelasah Loas untuk gah mara ke separuh akhir.


  
Harapan rakyat Malaysia



Indonesia


Kini,hanya tinggal selangkah lagi bagi skuad negara untuk mencipta sejarah menjulang Piala AFF Suzuki Cup buat pertama kali dalam sejarah bola sepak negara.Peluang perlawanan akhir pertama beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Disember 2010 ini haruslah dimanfaatkan sebaik mungkin anak-anak buah K.Rajagopal bagi membawa bekalan selesa untuk berkunjung ke Indonesia nanti.Sokongan padu penyokong tempatan amatlah ditagih bagi memberi semangat kepada pemain negara untuk mencipta kemenangan.Oleh itu,marilah kita rakyat Malaysia bersama-sama memenuhi segenap ruang di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti untuk menyemarakkan obor perjuangan pemain-pemain negara nanti....Nantikan Harimau Malaya Mengegar Asia!!!!!.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan