Ahad, 12 Disember 2010

Kualiti Padang Stadium Sultan Mohd Ke-IV

Stadium Utama di Negeri Kelantan



Semalam berakhir sudah saingan bola sepak tertua di rantau asia iaitu Piala Emas Raja-Raja bagi edisi ke-70 dengan Kelantan dinobatkan sebagai juara edisi ini.Permainan yang ditunjukan kedua-dua pasukan amatlah terpuji dengan Kelantan dan Kedah membuktikan yang masing-masing mempunyai pemain pelapis berbakat.Untuk edisi kali ini,Stadium Sultan Mohd Ke-IV dipilih menjadi tuan rumah perlawanan akhir.

Namun,rungutan daripada sesetengah pihak tentang kualiti padang stadium yang tidak sesuai dijadikan venue perlawanan akhir ini sebenarnya tidak sepatutnya berlaku.Hal ini kerana kualiti padang sebenarnya berkait rapat dengan faktor cuaca.Umum mengetahui bahawa pada bulan Disember merupakan musim tengkujuh di Kelantan.Ini sedikit sebanyak menyebabkan padang menjadi basah dan becak sekali gus menyebabkan keadaan padang tidak elok.

Keadaan padang yang elok pada musim kemarau


Walau bagaimanapun,pihak perbadanan stadium telah berusaha sebaik mungkin menjaga kualiti padang supaya berada dalam keadaan baik sebelum sepak mula perlawanan akhir ini.Keadaan padang yang rosak sebenarnya sudah sinonim di Stadium Sultan Mohd Ke-IV pada bulan Disember.Namun ,apabila musim tengkujuh berakhir,keadaan padang di stadium ini kembali normal terutamanya musim kemarau.Sebagai bukti,untuk saingan Liga Malaysia,tiada sebarang rungutan daripada pihak lain mengenai kualiti padang yang teruk dan becak.Cuma,hanya keadaan padang yang tidak rata sahaja kedengaran itupun suara daripada kem Kelantan sendiri.Oleh itu,mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan keadaan padang diminta bersabar dan faham dengan situasi yang dihadapi di Kelantan.Kerjasama daripada semua pihak amatlah dialu-alukan bagi meningkatkan kondusi padang di stadium ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan