Khamis, 23 Disember 2010

Gambaran Awal Jersi Kelantan Musim 2011 Daripada Facebook TSAM

Satu bintang sebagai tanda satu kejuaraan


Info terbaru yang diperoleh daripada facebook Tan Sri Anuar Musa mengenai jersi Kelantan pada musim hadapan adalah seperti gambar yang dipaparkan.Seperti yang dikatakan TSAM,jersi TRW pada musim hadapan akan diletakkan satu bintang di atas lambang TRW sebagai tanda Kelantan telah berjaya memperoleh satu kejuaraan.Bintang yang dipaparkan ini akan menjadi simbol yang sangat bererti bagi skuad TRW setelah mencipta sejarah menjulang Piala Malaysia bagi musim 2010.


Jersi away Kelantan


Bintang yang dipaparkan ini juga diharap mampu menjadi pembakar semangat kepada pemain-pemain TRW pada musim 2011 nanti untuk terus mencipta kejayaan yang lebih cemerlang.Diharap dengan rekaan jersi yang baru ini,TRW akan terus menjadi sebuah pasukan yang gah dan disegani khususnya dalam liga domestik serta bakal menjadi pencabar utama Liga Super,Piala FA,Piala Malaysia dan melayakkan diri ke kejohanan Asia pada musim 2012 kelak.Untuk pengesahan bagi jersi sebenar TRW musim 2011,kita sama-sama nantikan pada hari pelancaran jersi musim 2011 yang akan diadakan kelak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan