Rabu, 29 Disember 2010

KEJUARAAN MILIK KITA!!!!!!

Malaysia Juara AFF Suzuki Cup 2010

Akhirnya milik kita!!!....itulah kata-kata yang mampu dilafazkan lebih 2.7juta rakyat Malaysia yang mampu bergembira atas kejayaan pasukan bola sepak negara kita yang menjuarai AFF Suzuki Cup 2010.Setelah menunggu sekian lama untuk melihat skuad bola sepak negara kembali menjadi kuasa bola sepak serantau,malam tadi nama Malaysia kembali tercatat sebagai antara pasukan terbaik Asean sekali gus menjadi titik tolak kebangkitan bola sepak negara.Kejayaan ini merupakan bukti kebangkitan tahap bola sepak negara kita untuk terus melangkah kehadapan setelah sekian lama mengalami kejatuhan sehinggakan Malaysia pernah menduduki ranking terbawah suatu ketika dahulu.Pencapaian ini juga menjadi bukti bahawa negara tidak ketandusan bakat-bakat muda kerana skuad yang menjuarai kejohanan ini rata-ratanya pemain muda di antara likungan umur 19-29 tahun dengan pemain Selangor,Amri Yahya dianggap pemain paling senior .

Terbaik di rantau Asean

Apa yang menarik perhatian,kejayaan skuad negara dalam tempoh beberapa tahun ini sebenarnya ada berkait rapat dengan liga domestik .Hal ini kerana dalam tempoh 2 tahun pengharaman pemain import kita telah berjaya mencapai rekod baru dalam arena bola sepak antarabangsa.Dalam tempoh ini juga,kemarau pingat emas juga kita berjaya tamatkan dan berjaya mara ke pusingan kedua Sukan Asia seterunya menjuarai Piala AFF Suzuki 2010.Ini merupakan satu rekod yang boleh dibanggakan bagi kita kerana tempoh ketiadaan pemain import sebenarnya telah meningkatkan motivasi pemain tempatan dan memberi peluang kepada mereka untuk menonjolkan diri mereka.Program penghantaran pemain Harimau Muda ke Slovakia juga sudah dilihat memberi kesan apabila majoriti pemain yang menjuarai Piala AFF Suzuki ini dibarisi daripada pemain Harimau Muda.Oleh itu,pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) seharusnya meneruskan program pembangunan ini demi kemajuan bola sepak negara.

Inilah Barisan Kita..Yang Ikhlas Berjuang

Di awal pembabitan skuad negara,ramai yang tidak meletak harapan kepada mereka dengan ketiadaan pemain-pemain utama yang mengalami kecederaan.Skuad ini dianggap tempang dan tidak mampu menghadirkan sesuatu apabila menyertai kejohanan ini.Tambahan pula,kekalahan besar skuad negara 5-1 kepada Indonesia pada aksi pembukaan menguat lagi tanggapan rakyat terhadap keupayaan skuad ini.Namun,bermula dengan pertemuan dengan Thailand skuad negara mula mempamerkan kebangkitan sehingga mara ke perlawanan akhir dan akhirnya bergelar juara.Ini secara tidak langsung membuktikan bahawa pemain muda yang diberi kepercayaan mampu melaksanakan tugas dengan cemerlang dan beraksi dengan penuh matang serta berdisiplin malah permainan mereka dikatakan lebih baik daripada bintang-bintang yang mengalami kecederaan.Kejayaan pemain muda membuktikan keupayaan mereka mungkin boleh mengugat tempat pemain-pemain regular yang cedera dalam skuad kebangsaan seperti Aidil Zafuan,Zaquan Adha,Badrol Bakhtiar,Azmi Muslim,Bunyamin Omar,dan Norhafiz Zamani Misbah atau mungkin khidmat mereka tidak diperlukan lagi bagi mengisi posisi dalam skuad negara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan