Isnin, 6 Disember 2010

Sah Tinggalkan Kelantan Musim 2011

Azizi hanya semusim bersama Kelantan








Indraputra banyak membantu kebangkitan bola sepak Kelantan


Farhan dua musim bersama Kelantan



Tiga bintang utama Kelantan musim 2010 Aziz Mat Rose,Indraputra Mahyudin,Mohammad Nor Farhan sah meninggalkan skuad TRW musim depan.Pemain ini dilaporkan telah memulakan latihan bersama skuad T-Team pada beberapa hari yang lepas setelah timbul isu ketidakhadiran mereka ke latihan skuad TRW.

Ketiga-tiga pemain bintang ini memilih untuk beraksi bersama skuad T-Team pada musim depan dibawah kendalian jurulatih baru T-Team,Yunus Alif.Indraputra dan Farhan merupakan antara bintang yang dibawa Tan Sri Anuar Musa untuk beraksi bersama Kelantan pada musim 2009 di bawah kendalian Peter James Butler.Kehadiran mereka kedalam skuad TRW bersama-sama dengan Khalid Jamlus pada musim 2009 banyak membantu menaikkan nama TRW.Kini,kenangan tinggal kenangan setelah mereka mengambil keputusan berhijrah ke pasukan T-Team pada musim depan.Khidmat dan jasa mereka selama dua musim bersama TRW tidak dapat dilupakan.



Antara aksi Farhan di awal penyertaannya bersama Kelantan




Azizi Mat Rose pula merupakan nadi utama TRW pada musim ini yang membantu TRW bolos paling sedikit dalam saingan Liga Malaysia 2010.Dia merupakan watak utama TRW di bahagian pertahanan.Menyertai TRW pada musim 2010 telah banyak menaikan nama skuad TRW.Namun,sudah menjadi adat resam dalam kehidupan yang datang pasti akan pergi.Azizi kini sah berhijrah bersama Indra dan Farhan ke skuad T-Team walaupun hanya semusim bersama Kelantan.

Apa-apapun SELAMAT MENJALANKAN TUGAS kepada mereka semua di pasukan baru nanti.Semoga penghijrahan anda ke sana dapat meningkatkan lagi tahap permainan anda seterusnya menaikkan imej bola sepak tempatan.....gomo kelate gomo...!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan