Ahad, 23 Januari 2011

SATU LAGI TAMPARAN HEBAT BUAT KELANTAN

B.Sathianathan
Di saat sepak mula Liga Malaysia 29 Januari ini,Kelantan sekali lagi ditimpa musibah apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan menggantung ketua jurulatih Kelantan,B.Sathianathan selama enam bulan akibat kritikan yang diberikan beliau pada musim lepas mengenai pemindaan venue perlawanan.Berikutan keputusan yang dibuat FAM,B.Sathianthan mengambil keputusan meletak jawatan selaku ketua jurulatih Kelantan berkuatkuasa serta-merta.Perletakkan jawatan ini sudah pasti memeningkan kepala pihak pengurusan KAFA sekaligus merencatkan persiapan pasukan TRW musim ini.

Setelah ditimpa masalah ekoran kehilangan tiga tonggak utama Kelantan musim lepas,isu ketua jurulatih ini menambahkan lagi masalah kepada pihak pengurusan KAFA.Keadaan ini boleh menyebabkan persiapan Kelantan untuk perlawanan merebut Piala Sumbangsih menentang Selangor pada 29 Januari 2011 ini terjejas andai pihak pengurusan tertinggi KAFA tidak mengambil langkah drastik mengatasi masalah ini dengan segera.Persoalanya,siapakah calon yang paling sesuai melatih atau mengambil alih tugas B.Sathianthan bagi membawa kejayaan kepada pasukan TRW musim ini?.Ini kerana hampir kesemua jurulatih berkaliber telah diikat dengan pasukan masing-masing.Sekarang,semuanya terserah kepada pihak pengurusan bagi menyelesaikan masalah ini.Diharapkan keputusan terbaik dapat dilakukan demi kebaikan bola sepak Kelantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan