Jumaat, 7 Januari 2011

Majlis Memperkenalkan Pemain dan Jersi Meriah

TSAM menyampaikan amanat
Petang tadi,bertempat di ruang legar KB Mall berlangsung dengan penuh meriah Majlis Memperkenalkan Pemain dan Jersi TRW Musim 2011.Dihadiri lebih 15000 orang penyokong setia TRW,pemain dan pegawai pasukan diraikan dengan penuh meriah dan hangat.Bercirikan semangat baru,TRW pada musim ini dilihat lebih mantap disegenap posisi berbanding musim lalu walaupun kehilangan beberapa tonggak utama musim lalu.Namun,kekosongan itu berjaya diisi oleh pemain yang jauh lebih berwibawa dan muda malah perkara ini juga diakui sendiri TSAM dan B.Sathianathan.
Wira-wira merah disambut meriah oleh penyokong

Istimewa di bumi Kelantan,Piala Suzuki AFF,Piala Malaysia,Piala Emas Raja-Raja
Kehadiran tetamu kehormat,Dato'Chan Tien Ghee iaitu pengerusi kelab Cardiff City FC memeriahkan lagi suasana bersama EXCO Kerajaan Negeri Kelantan,YB Tuan Hj Ab Fatah Mahmood,YB Dato' Haji Takiyuddin Hasan dan dif-dif kehormat diringi sokongan penuh penyokong setia TRW.Majlis penyerahan penajaan kepada pasukan juga berlangsung.Apa yang menarik perhatian,kelibat Halim Napi yang dipanggil balik mengisi kuota pemain meskipun baru sahaja bersara daripada arena bola sepak menghidupkan majlis ini lagi.

Di sebalik kemeriahan pada majlis ini,terdapat sedikit kelemahan yang menyebabkan ramai peminat terkilan pada majlis ini.Sekiranya pada tahun lalu,peminat berpeluang bergambar dengan pemain kerana sesi fotografi dapat dilakukan memandangkan pemain mempunyai waktu untuk beramah mesra dengan peminat.Tetapi pada kali ini,aturcara majlis begitu padat sehinggakan peminat tidak berpeluang beramah mesra dengan pemain kerana pemain terpaksa pulang awal selepas majlis bersurai.Apa yang diharapkan,majlis yang dianjurkan KAFA pada masa hadapan perlu lebih mesra peminat kerana peminat merupakan tulang belakang pasukan THE RED WARRIORS supaya hubungan yang efektif antara pemain dan penyokong menjadi lebih efisien....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan