Selasa, 11 Januari 2011

Peluang Kedua Buat Aku

PKNS Selangor FC
ALHAMDURILAH.......syukur kepada ALLAH kerana memberi aku peluang kedua untuk mengejar cita-cita dalam mengembangkan bakat bola sepak aku.Tanggal 11 Januari 2011 aku mendapat panggilan daripada ibu negara,Kuala Lumpur yang membawa satu khabar berita yang enak didengar.Rupa-rupanya itu panggilan daripada pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) yang meminta aku untuk hadir ke sesi latihan mereka di Padang PKNS.Menurut beliau,panel pemilih berminat untuk melihat aksi aku dan jika pihak pengurusan berpuas hati,mereka akan menawarkan tempat bagi aku mengisi kekosongan dalam skuad Piala Presiden PKNS Selangor.Beliau juga menyatakan yang pasukan ini memerlukan pemain yang boleh bermain di posisi penyerang dan mereka memberitahu bahawa aku adalah salah satu calon tersebut.

Jika perbincangan dan urusan tertentu dapat diselesaikan,inssallah aku akan berangkat ke sana pada 13 Januari 2011 bagi menyertai latihan di sana.Sekiranya terpilih mengisi tempat tersebut,aku akan jadikan peluang ini sebagai batu loncatan kepada aku untuk melebarkan lagi karier sebaga pemain bola sepak.Ini juga akan memberi peluang kepada aku untuk membuktikan kepada semua yang aku juga merupakan salah seorang anak jati Kelantan yang mempunyai bakat dan mampu berjaya sekiranya diberi peluang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan