Khamis, 13 Januari 2011

PKNS OH PKNS......AKU BUKAN MILIK MU...

Keadaan telah mematangkan aku sebagai manusia
ALLHAMDURILAH.....ALLAH telah tunjukan jalan yang terbaik kepada aku dalam menghadapi kehidupan sebagai hambanya.Akhirnya aku telah memutuskan yang bola sepak bukanlah segalanya dalam hidup aku.Aku mengakui cinta yang mendalam dalam bola sepak telah membuat aku memasang impian aku untuk menjadi seorang pemain bola sepak profesional.Pada hari ini,di usia ambang kedewasaan aku mendapat satu tawaran yang tidak disangka untuk bergelar sebagai pemain bola sepak.Tawaran daripada pihak pengurusan PKNS Selangor FC dengan tawaran gaji sebanyak RM1200-RM1800 merupakan satu tawaran yang sangat lumayan.Bersertakan dengan bonus-bonus tertentu setiap kali perlawanan semestinya satu peluang keemasan bagi aku untuk bersetuju dengan tawaran tersebut.

Pihak pengurusan menawarkan kontrak selama satu tahun berserta dengan tempat tinggal sekiranya aku bersetuju menyertai pasukan mereka.Mungkin ada orang yang berfikir aku sepatutnya menerima sahaja tawaran tersebut yang memberi banyak kebaikan kepada aku.Tetapi,usia aku masih muda dan masih ingin mencari ilmu sehingga ke menara gading demi mencapai impianku.Sekiranya aku bersetuju menanda tangani kontrak itu,sudah pasti peluang aku untuk mengejar cita-citaku bergelar graduan pasti terjejas.Aku juga mungkin dikenakan tindakan undang-undang akibat melanggar kontrak apabila selepas aku menanda tangani kontrak,aku mengambil keputusan untuk tinggalkan pasukan bagi menyambung pelajaran kelak.Tindakan ini secara langsung telah melanggar kontrak dan aku tidak sangup berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Akhirnya,aku buat keputusan untuk melepaskan peluang tersebut demi mengejar cita-cita aku untuk menjadi seorang manusia yang bergelar graduan.Bagi aku,bola sepak bukanlah segalanya kerana bermain bola sepak hanyalah seketika sahaja dan apabila digugurkan sudah pasti kita akan hilang punca pendapatan.Biarlah aku jadikan cintaku kepada bola sepak sebagai hobi sahaja dalam hidup aku.Biarlah cintaku kepada bola sepak diterjemahkan sebagai penyokong sahaja.Biarlah aku tidak bergelar pemain bola sepak profesional tetapi bergelar pemain amatur untuk wakil di universiti atau jabatan sahaja......Biarlah aku menjadi seperti insan lain yang mempunyai kerjaya tetap dan menjamin kehidupan yang aku bakal bina hingga akhir hayat aku...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan