Ahad, 26 Jun 2011

MENERUSKAN PERJUANGAN ISLAM

Umum mengetahui bahawa ISLAM tidak hanya meliputi bab nikah,puasa,solat,dan zakat tetapi merangkumi semua aspek kehidupan di dunia ini.ISLAM didatangkan dengan pakej yang lengkap bagi membantu manusia menjalani kehidupan di dunia ini dengan penuh ketakwaan dan keimanan.Segala warisan yang ditinggalkan Baginda Nabi Muhammad S.A.W. haruslah diteruskan demi menyambung perjuangan ISLAM yang baginda lakukan.Kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W sepatutnya berusaha menyebarkan syiar ISLAM dengan penuh gigih seperti baginda.

Namun,hari ini wujud gerakan yang menolak ISLAM dan menetang ISLAM malah dengan megahnya mengagungkan perjuangan nasionalis dan kebanggsaan.Dasar perjuangan mereka yang jelas dan ternyata terpesong daripada perjuangan ISLAM sebenarnya boleh membunuh perjuangan ISLAM itu sendiri.Perjuangan kearah bangsa dilihat satu perjuangan yang rasis dan boleh membangkitkan sentimen perkauman bertentangan dengan konsep perjuangan ISLAM yang mementingkan perpaduan sejagat.Tidak cukup hanya melaungkan slogan ''perpaduan'' tetapi berjuang membangkitkan sentimen perkauman.

Golongan inilah yang mencengkam pemikiran masyarakat kita pada hari ini untuk terus berada pada takuk lama dan dihasut untuk takut melakukan perubahan.Masyarakat harus membuka minda mereka dengan lebih luas agar perubahan dapat dilakukan dalam meneruskan kelestarian ISLAM dan keaman di negara ini.Tidak ada apa yang perlu ditakutkan terhadap perjuangan ISLAM kerana perjuangan ini berlandaskan AL-QURAAN dan AS-SUNNAH yang jelas menitik beratkan kebaikan kepada kehidupan kita.Ayuh,bangkitlah untuk melakukan perubahan dan bersamalah kita meneruskan perjuangan ISLAM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan