Sabtu, 25 Jun 2011

DWI ALAM PERSEKITARAN

Kehidupan baru sebagai mahasiswa penuh berbeda
ALLHAMDURILLAH...setelah hampir sebulan menjalani kehidupan sebagai mahasiswa di tempat orang banyak yang aku dapat belajar daripada suasana kehidupan yang aku lalui sekarang.Dalam menempuh pancaroba kehidupan baru ini,ternyata bekalan yang cukup perlu kita bawa dari tempat asal usul kita kerna bekalan dan pengalaman di tempat asal kita dapat membantu membina jati diri kita yang sebenar.Pengalaman dan amalan yang telah aku terapkan dalam diri aku sejak azali lagi telah aku praktikan di tempat baru ini bagi memastikan aku tidak jauh terpesong daripada diri aku sendiri.

Bak kata pepatah,Hujan emas di negeri orang,Hujan batu di negeri sendiri,Mana nak sama negeri sendiri.Pepatah ini amat sesuai digunakan kerana ke mana sahaja kita pergi,nikmat dan rahmat di bumi kelahiran kita adalah lebih baik daripada tempat orang.Aku bersyukur kerana dilahirkan di negeri yang dipimpin golongan pewaris Nabi dan dikelilingi suasana ibadah serta agama sekaligus dapat membentuk keperibadian mukmin yang cemerlang kepadaku.Bekalan yang aku belajar dari negeri tanah tumpah darahku itulah dijadikan bekalan untuk ke tempat orang bagi membantu aku menjalani kehidupan mukmin yang dekat kepada ALLAH...AMIN!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan