Isnin, 9 Mei 2011

ALLHAMDURILLAH ALLAH MEMBUKA REZEKI BUATKU


Syukur kehadrat Ilahi atas kurniaanNYA kepadaku kerana membuka pintu rezeki yang seterusnya kepadaku.Dalam menghadapi saingan kompetitif dalam perebutan ke IPTA sudah tentu memberi saingan yang sengit kepada pemohon kerana jumlah tempat yang ditawarkan IPTA adalah terhad.Bagi mendapatkan tempat ke IPTA,sistem merit diguna pakai dengan melibatkan 90% dikira daripada akademik dan 10% daripada ko-kurikulum.Mereka yang terbaik sahaja daripada kiraan merit itulah yang berjaya ditawarkan meneruskan pengajian di IPTA.

Di sinilah aku melahirkan kesyukuran tidak terhingga kerana aku merupakan salah seorang yang terpilih untuk ditawarkan ke IPTA bagi sesi 2011/2012.Di saat ramai antara kenalanku yang gagal ditawarkan tempat ke IPTA,aku bertuah kerana terpilih dalam pemohonan ke IPTA itu.Lebih memaniskan,aku ditawarkan di IPTA pilihan pertama aku iaitu UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) .Untuk makluman,aku sebenarnya memang mahu melanjutkan pelajaran ke UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG (UMP) dan menaruh harapan agar terpilih untuk ke sana.

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG telah membuat aku jatuh cinta untuk meneruskan pengajian di sana sejak aku mengenali IPTA ini terutama selepas aku melihat sendiri universiti ini sewaktu bercuti di Pahang tempoh hari.Sejak daripada hari itu,aku telah menanam tekad dan azam untuk satu hari nanti menjejak kaki ke sana.UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG juga turut dikenali sebagai Universiti Teknikal kerana menawarkan kursus kejuruteraan.Oleh itu,universiti ini sangat sesuai dengan minat aku dalam bidang kejuruteraan dan aku ditawarkan kursus Diploma Kejuruteraan Mekanikal.Aku berharap semua ini akan menjadi pemangkin kepada aku untuk lebih berjaya pada masa hadapan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan